Mulut Raisya terkumat-kamit menyumpah seranah Izzul sambil tangannya melipat pakaiannya untuk diletakkan ke dalam almari.
"Janji konon! Kalau dah nama lelaki tu, lelaki juga. Memang aku cincang kau lumat-lumat kalau kau cuba sentuh aku. Sakitnya hati aku nie!" Bebel Raisya sendirian.
Kalau tak sebab takut dosa, dah lama dia pijak-pijak kepala Izzul tu. Benci betul! Kejadian beberapa minit lalu masih lagi segar-bugar dalam ingatannya.
"Saya dah periksa dan pilih bilik saya. Bilik yang paling besar tu, bilik cikgu kan? Saya ambil bilik yang sebelah kanan tu." kata Raisya selamba. Elok tangannya hendak menarik bagasinya, suara Izzul menghentikan pergerakannya.
"Apa maksud Sya? Kenapa Sya nak pilih bilik pulak? Sya tak suka bilik tu? Sya tak selesa ke?" soal Izzul bertubi.
Raisya melepaskan bagasinya lalu berpusing menghadap Izzul. Kepalanya sedikit didongakkan memandang Izzul. Keluhan dilepaskan.
"Look. Saya tak pernah terfikir pun nak berkahwin. Lagi-lagi kahwin dengan cikgu. Mungkin saya akan cuba untuk terima perkahwinan nie walaupun saya sendiri tak tahu bila. Tapi, buat masa sekarang saya tak bersedia dan tak nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri cikgu. You know what I mean, right?" Tutur Raisya. Riaknya dikawal agar tampak tenang.
Izzul mengangkat kedua tangannya seakan mengalah. "Okey! Abang faham sangat-sangat apa yang Sya cuba sampaikan dan abang pun tak akan paksa Sya untuk terima abang. Tapi, abang juga tak akan benarkan Sya tidur di bilik lain. Sya isteri abang. Tempat Sya di sisi abang." Lembut suara Izzul bertutur.
"Saya tahulah tempat isteri di sisi suami. Bukannya saya tinggalkan cikgu dan pergi ke New Zealand tu pun. Sebelah bilik je. Lagipun, apa gunanya tinggal sebilik kalau nanti asyik bergaduh? Tolonglah faham." kata Raisya lagi.
"Tak ada apa yang nak digaduhkan, Sya. Abang faham keadaan Sya. Tapi, sampai bila? Abang tak nak Sya lalai. Abang takut Sya akan lupa. Lupa yang abang nie suami Sya." ujar Izzul lagi.
Raisya sudah menarik muka. Ingatkan bila tinggal sendiri, lebih senang. Rupanya tak langsung! Tidur sebilik pun buat apa? Maksiat je nanti. Eh, kenapa maksiat pulak? Kan dah kahwin? Dapat pahala lagi ada. Soal otaknya.
Kau diamlah! Sibuk je. Bentak hati Raisya pula.
"Okey, macam ni lah. Abang janji dengan Sya, walau dalam keadaan apa sekalipun abang tak akan sentuh Sya melainkan Sya sendiri yang izinkan. Abang akan tunggu sampai Sya betul-betul bersedia untuk terima abang sebagai suami. I promise." ujar Izzul lembut. Tangannya sudah diangkat seperti membaca ikrar semasa perhimpunan sekolah.
Raisya masih dengan muka masam. Terjuih-juih bibirnya menidakkan kata-kata Izzul. Mengata laki sendiri dalam hatilah tu!
Izzul menghela nafas. Dia tahu apa pun yang dikata, isterinya tidak akan dengar. Cara lembut tak jalan, kenalah guna cara kasar sikit. Tebak akalnya.
"Up to youlah kalau Sya tak nak dengar cakap abang, abang nak buat apa lagi? Abang cuma nak ingatkan Sya, redha Sya dengan abang. Pahala bagi isteri jika suami redha dengan setiap apa yang dia lakukan." Ujar Izzul perlahan. Sedikit sayu ayat terakhirnya.
"Yelah, yelah! Saya tidur bilik tu. Tak adil betullah macam nie!" bentak Raisya. Kakinya dihentak tanda protes.
Raisya mendengus perlahan. Beg pakaiannya direntap kasar. Izzul dijeling sekilas sebelum kakinya mendaki anak tangga.
"Sya, malam nanti kita makan kat luar eh? Abang lupa nak beli barang dapur." ujar Izzul seraya mematikan lamunan Raisya.
Raisya meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan Izzul. Selamba dia cakap dengan aku macam tak ada apa-apa jadi? Aku pelangkung juga mamat nie kejap lagi kang!
YOU ARE READING
〔SU〕Hatiku Milikmu
RomanceApa perasaan kau bila kena kahwin dengan orang yang kau benci? Dah lah tu, dalam keadaan yang teramatlah sangat memalukan pulak? Lebih haru lagi, bila kau kena kahwin dengan tunang kepada kakak kandung kau sendiri? "You made my heart skipped a beat...