BAB 10

463 19 0
                                    

"Sya, kau masih ingat tak dengan Abang Ikmal? Alah, yang senior kita tu." soal Riana.

"Siapa? Aku kenal ke? Tak pernah dengar pun nama tu." soal Raisya pula. Air sirap di dalam gelas dihirup.

"Alah, yang syok gila-gila kat kau dulu tu. Yang budak nerd pakai cermin mata besar tu. Dia senior kita masa kita form 3 dulu. Ingat tak? Dia sama batch dengan kakak aku. Alah, dia sekelas dengan Kak Su dulu." Terang Riana.

Raisya mengerutkan dahi dengan jari telunjuk dan ibu jari pada dagu. Think hardlah kononnya!

"Oh, aku dah ingat! Senior nerd yang tak pernah kena buli tu eh? Yang tak berapa nak pandai sangat tu?" soal Raisya.

"Jahatlah kau nie. Dia pandailah! SPM dia 8A 2B. Aku ingat, tau! Tapi, betul juga apa yang kau kata. Dia tak pernah kena buli pun."

"Suka hati dia lah. Kau tiba-tiba cakap pasal dia, kenapa?" soal Raisya lagi.

"Aku ada cerita kan, yang kakak aku sekelas dengan dia kat universiti. Kakak aku kata, dia dah habis belajar dan dia dah nak balik Malaysia."

"So?"

"Itulah kau tak tahu, kakak aku kata Abang Ikmal sekarang dah tak macam dulu lagi. Aku yang tengok gambar dia pun fuhlamak! Rugi kau reject dia dulu." cerita Riana bersungguh.

Raisya menggulingkan anak matanya. "Ada aku kisah? Riana, kalau kau nak tahu Ikmal tu sebenarya jahat. Konon je dia nerd, tak ada kawan, bodoh semua tapi  perangai macam setan."

Riana mengerutkan dahi. "Kenapa kau cakap macam tu? Semua cikgu puji dia tau kata dia baik. Tak baik kau cakap macam tu."

Raisya menghirup habis air sirap di dalam gelasnya kemudian memandang Riana dengan keluhan kecil.

"Riana, don't judge a book by it's cover. Kau tak nampak apa yang aku nampak. Aku tahu ada setan yang berlindung di sebalik muka malaikat dia tu. Innocent konon! Pergi mampus dengan innocent dia tu." Hambur Raisya.

Sebenci-benci Raisya dengan Matematik dan Izzul Syahmi, Raisya lebih benci lagi dengan lelaki bernama Ikmal itu. Setiap kali teringat kejadian itu, dia seperti ingin saja membunuh lelaki itu.

"Apa maksud kau, Raisya? Apa yang abang Ikmal dah buat?" soal Riana sedikit cuak.

Raisya tersenyum sinis. Kepalanya digelengkan. "Aku tak sanggup nak buka aib orang. Biarlah aku je yang tahu."

"Kenapa pulak?"

Sesaat kemudian, loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Raisya langsung bangun tanpa menjawab soalan Riana. Kalau perlu Riana tahu, biarlah bukan dari mulutnya. Itu lebih baik.

🍁🍁🍁

"Sya, bangun. Dah sampai nie." Kejut Izzul.

Raisya sekadar mengangguk faham. Kepalanya terasa berdenyut-denyut sejak di sekolah lagi. Tali pinggang keledar dibuka untuk keluar dari perut kereta.

"Sya okey tak? Nak abang bawa pergi klinik?" soal Izzul.

"Tak apa, saya okey. Nanti pandailah saya minum panadol." ujar Raisya sebelum berjalan di hadapan Izzul.

Raisya menggigit bibir bawahnya. Dia datang balik pulak. Haish! Raisya meramas perutnya. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.

Sikit lagi Raisya rebah di tengah-tengah rumah itu. Nasib baik Izzul ada di belakangnya. Laju saja tangannya menyambut Raisya yang sedikit terhuyung-hayang itu.

"Sya, kita pergi klinik ya? Abang risau tengok Sya macam nie." usul Izzul. Rasa bimbang menyerbu benaknya serta-merta.

Akhirnya, Raisya mengangguk setuju. Diri sendiri pun sudah tidak dapat menahan sakit. Kalau mama, memang kena bebellah lepas nie. Tak apalah, asalkan tak sakit.

〔SU〕Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now