BAB 16

409 19 0
                                    

"Raisya, kau dengan Cikgu Izzul tu ada apa-apa ke?" soal Rayyan.

Hampir tersembur Raisya dibuatnya. "Mana ada apa-apa. Kau gila ke aku nak ada apa-apa dengan dia?!"

"Aku tanya nie sebab aku perasan cara dia pandang kau lain. Macam ada something. Kan, Riana?" balas Rayyan lagi.

"Betul! Aku pun perasan!" sokong Riana. Tapi, dia langsung menunduk apabila dijeling oleh Raisya. Ops! Macam mana boleh terlepas pulak!

"Lain macam mana? Mana ada apa-apalah!" nafi Raisya lagi.

"Lainlah! Cara dia pandang kau tak sama bila dia pandang orang lain. Macam ada suatu perasaan yang dia simpan. Pandangan mata dia redup je bila pandang kau. Aku dapat rasa perasaan hangat yang dalam hati dia--"

"Stop! Stop! Kau salah minum pil gila ke? Kalau layan kau punya jiwang nie, sampai raya 5 tahun akan datang pun belum tentu habis! Rayyan, kau boleh tak jangan merepek? Cakap main lepas je! Kalau ada orang dengar nanti, macam mana?" cantas Raisya.

Rayyan mencebik bibir. "Aku cakap apa yang aku nampak. Aku perasan tau dalam kelas dia selalu jeling-jeling kau. Curi-curi pandang kau. Kalau kau dengan dia, aku pasti si Ayu tu mesti meroyan punyalah! Kalau tak percaya, tengok lepas nie. Lepas nie masa Matematik."

"Betul tu! Kau berbaik-baiklah dengan Cikgu Izzul tu, Raisya. Mana tahu, dia baik hati nak bagitahu kita apa yang keluar exam nanti. Betul tak, Rayyan?" ujar Riana pula.

"Betul sangat!" sokong Rayyan.

Raisya berdecit. "Tak ada maknanya. Aku siapkan homework yang dia bagi pun dah kira cukup baik."

"Itu lagi satu aku perasan! Kita dah kenal sejak tadika, tau. Kau mana pernah siapkan homework Matematik sendiri. Semuanya tiru aku. Elleh, kau mengaku je lah! Aku sebagai lelaki nie pun, mengaku yang Cikgu Izzul tu handsome. Aku tak hairan kalau kau pun terpegun tengok dia." kata Rayyan selamba.

"Korang nie kan, aku tak siapkan kerja rumah, korang kata aku pemalas. Aku dah siapkan, korang kata aku suka si mata empat tu pulak. Aku nak berubah, tau? Korang nak aku buat apa, sebenarnya?" Raisya mula berdrama pula.

Berubah lah sangat! Walhal, jika bukan Izzul yang memaksa dia menyiapkan kerja rumah itu, memang alamatnya dia tiru Rayyanlah! Tak ada gempa bumi, tak ada tsunami, tetiba dia nak buat kerja Matematik? Pe kes ?!

"Berubah konon! Entah-entah Kak Su dengan Cikgu Izzul putus tunang sebab Cikgu Izzul dah sukakan kau." gumam Rayyan selamba. Berubah muka Raisya.

"Rayyan, mulut kau jaga sikit. Jangan sampai pinggan yang kau makan nanti." Keras bunyi ugutan Raisya itu.

"Raisya, kau nak pergi mana?"

Raisya tidak menghiraukan panggilan Riana. Dia langsung bangun dan meninggalkan dua kawan baiknya itu.

Terdiam Rayyan jadinya. Tak pernah-pernah Raisya marahkan dia sebab buat lawak macam tu.

"Kenapa tu? Sensitif semacam. PMS ke?" soal Rayyan. Riana menjelingnya.

"Boleh tak cakap tu pakai otak? Kau pergi mention nama Kak Su tu, kenapa? Anginlah minah tu! Otak letak kat bawah tapak kaki ke apa?" Tempelak Riana.

Rayyan sudah memuncung. "Aku tak sengajalah. Aku ingat nak melawak je. Tak sangka pulak dia ambil hati. Kau janganlah marah aku, Riana."

"Kalau dah perangai kau macam nie, sampai bila-bila pun aku takkan terimalah kau jadi boyfriend aku." bentak Riana sebelum meninggalkan Rayyan sendirian.

"Janganlah macam tu. Riana?!"

🍁🍁🍁

"Raisya, kau janganlah marah-marah. Macamlah kau tak kenal perangai Rayyan yang suka cakap main lepas je. Dia tak sengaja." pujuk Riana.

"Aku bukan apa, Riana. Aku cuma terkesan dengan kata-kata dia. Betul apa yang Rayyan cakap. Sebab aku, Kak Su dengan Cikgu Izzul putus tunang. Aku rasa bersalah." balas Raisya.

Riana meggulingkan anak matanya. "Kau tak salah pun! Bukannya kau yang sengaja panggil pejabat agama suruh tangkap korang."

"Memangah! Tapi, kalau aku tak ada kat Melaka hari tu semua nie takkan jadi. Dan kalau aku keluar dengan kau malam tu, aku takkan ada dalam bilik tu." ujar Raisya lagi.

"Raisya, apa yang jadi dah tertulis pun. Tak ada siapa yang tahu apa akan jadi kalau kau tak ada kat Melaka hari tu. Mungkin Cikgu Izzul akan diperangkap dengan orang lain dan jadi mangsa fitnahan family kau padahal dia tak salah pun. Tak ada beza pun Raisya, malah lebih teruk." ujar Riana lembut.

"Kau yakin ke dia tak salah?"

"Dah tu kau nak cakap apa? Kau nak kata yang Cikgu Izzul sengaja perangkap kau? Atas sebab apa, Raisya? Tak ada sebab dia nak buat macam tu, malah memalukan diri dia sendiri. Fikirlah logik sikit, Raisya." Kata Riana lagi.

Raisya mengeluh. Dia tahu dia perlu percaya apa yang Riana katakan. Mana mungkin Izzul melakukan semua itu. Tiada sebab munasabah pun.

"Siapa yang dengki sangat dengan aku? Aku nie jahat sangat ke, Riana?" soal Raisya tiba-tiba.

"Manusia nie kita tak tahu. Mungkin tanpa sedar kita sakitkan hati orang padahal kita tak niat pun nak buat macam tu. Orang cakap, manusia nie rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tak boleh juga nak tuduh sesiapa, kan?" Kata Riana lagi.

Raisya mengangguk perlahan. Mungkin benar apa yang Riana katakan. Desis hatinya.

"Raisya,"

Raisya dan Riana menoleh serentak mendengarkan suara itu. Mahu terkeluar biji mata Raisya melihat Rayyan sudah tercegat di belakang mereka.

"Rayyan, kau buat apa kat sini? Dah lama ke kau berdiri kat situ?" soal Raisya.

"Aku cari koranglah. Kenapa kau kalut tiba-tiba nie? Baru je aku sampai. Aku nak minta maaf sebab terlepas cakap tadi. Aku tak sengaja." Kata Rayyan.

Raisya melepaskan keluhan lega. Nasib baik dia tak dengar!

"Tak apa. Aku faham. Kau bila cakap memang main lepas je."

Rayyan mengukir senyum senang. "Betul nie? Aku tahu Raisya Hazeeqa memang baik!"

Riana mencebik bibir. "Bodek je tahu!"

"By the way, siapa dengki dengan kau?" soal Rayyan tiba-tiba. Terkejut juga Raisya tiba-tiba ditanya begitu.

"Apa maksud kau?" soal Raisya teragak-agak.

"Tadi aku terdengar kau cakap ada orang dengki dekat kau. Siapa?" soal Rayyan lagi.

Raisya dan Riana memandang satu sama lain. Terus kalut perempuan tu.

"Tak ada apa! Si Raisya nie lah! Kau kan tahu, pen biru dia selalu hilang. Sebab tu dia cakap macam tu. Kan, Raisya?" kata Riana memberi alasan.

"Ha'ah! Eish! Siapalah yang dengki sangat dengan aku nie?" sokong Raisya pula. Nasib baik Rayyan Iyyaz seorang yang boleh dikatakan naif jugalah.

"Tu je? Cakap bukan main lagi. Macam ada masalah dunia je." Rayyan menggelengkan kepalanya. Apa sajalah kawan-kawan dia nie!

"Eh, dah lah! Jomlah masuk kelas. Nanti lambat, Cikgu Izzul marah." kata Riana tiba-tiba.

"Ha'ahlah!"

"Asal dia nak marah pulak?" soal Raisya pelik. Datang dah bendul minah nie.

"Lepas nie kan Matematik. Subjek tu, siapa ajar?" soal Rayyan pula. Raisya sedikit berfikir.

Loading . . .

"Ha'ahlah!"

💎💎💎💎💎

Keep voting and comments...

〔SU〕Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now