BAB 03

498 19 0
                                    

Raisya sedari tadi menangis. Air matanya tidak segan silu mengalir. Mamanya saat ini dipeluk erat. Matanya pula tidak sanggup memandang wajah bengis papanya.

"Papa tak sangka adik sanggup buat macam nie. Apa yang tak cukup lagi papa bagi, sampaikan adik tergamak conteng arang di muka papa?" Tinggi suara itu bertanya. Sangat jelas dia sedang marah tatkala ini.

"Pa, adik berani sumpah! Adik tak buat semua benda tu. Adik kena fitnah. Adik pun tak tahu macam mana Cikgu Izzul boleh ada dalam bilik adik. Percayalah pada adik, pa." Buat ke sekian kalinya Raisya merayu pada papanya.

"Along, along percaya adik kan? Along kenal adik. Along tahu adik takkan buat macam tu, kan? Along, please?" Raisya masih tersesak. Matanya berkaca memandang Alongnya. Mengharapkan ada sedikit kepercayaan.

"Pa, mungkin ini semua salah faham. Kita tak tahu apa yang dah jadi. Mungkin juga adik dengan Izz kena fitnah. Along bukan nak sebelahkan adik, tapi along kenal adik along." Lembut suara Ezmeer membela nasib adik bongsunya.

"Salah faham apanya, Long? Kalaulah dua-dua masih lengkap berbaju papa boleh anggap salah faham. Ini tidak! Seurat benang pun tak ada pada badan. Malu papa nie, Long. Mana nak letak muka? Kawan baik papa sendiri yang tangkap mereka." Sedikit sayu suara Tuan Amir pada penghujung ayatnya.

"Papa tak kira. Papa nak Izz bertanggungjawab. Papa nak, Izz kahwin dengan Raisya minggu depan." Akhirnya Tuan Amir membuat keputusan.

"What?! Bertanggungjawab untuk apa? Tak! Adik tak setuju. Pa, kami tak buat apa-apa pun. Adik tak nak kahwin. Cikgu tak perlu bertanggungjawab atas apa-apa pun. Cikgu janganlah diam, cakaplah sesuatu. Bagitahu papa kita tak buat apa-apa pun malam tu. Saya tak nak kahwin dengan cikgu." Esakan Raisya semakin kuat.

Izzul bagaikan baru tersedar dari mimpi. Suara Raisya menerpa langsung ke telinganya. Apatah lagi, semua isi rumah saat ini sedang memandangnya.

Matanya melirik pada Raisya yang sedari tadi menangis di pangkuan mamanya. Kemudian lirikannya beralih pada Suraya pua. Suram saja wajah tunangnya di kala ini. Perlahan-lahan dia menarik nafas lalu dihembuskan. Wajah Tuan Amir dipandang.

"Izz akan dengar cakap uncle. Izz akan bertanggungjawab dan kahwin dengan Raisya. "Dengan riak tenang Izzul menuturkan keputusannya.

Kelihatan Tuan Amir mengeluh lega. Tapi, berbeza pula dengan Raisya. Berdesing telinganya mendengarkan keputusan yang dibuat oleh Izzul. Langsung peukan pada mamanya direnggangkan. Raisya bangun dan berdiri berhadapan dengan Izzul.

"Apa yang kau cakap nie? Tanggungjawab apa? Kita tak buat apa-apa punlah! Kau tak perlu pun kahwin dengan aku. Kau tak kesian ke pada Angah? Angah tu tunang kau!" Suara Raisya meninggi. Langsung tiada hormat lagi pada lelaki di hadapannya. Seakan terlupa lelaki itu adalah gurunya.

"Adik, enough is enough! Cukuplah apa yang adik dah buat. Papa tak nak adik berdosa. Kalau pun adik tak mengandung, adik tetap kena kahwin dengan Izz juga. Keputusan papa muktamad!"

"Sudahlah tu, bang. Izz pun dah setuju nak menikah dengan adik. Jangan dipanjangkan lagi hal nie." Puan Sarah pula tersesak. Tidak tertahan rasanya sedih di dada.

"Mengandung? Sampai macam tu sekali papa kata adik? Papa langsung percaya apa yang adik cakap? Ma? Angah? Along, tolong adik?" Raisya sudah memandang satu-satu ahli keluarganya. Namun tidak satu membalas pandnagannya. Walaupun Ezmeer.

"Adik kecewa dengan papa. Adik kecewa dengan semua orang. Tak satu pun yang percaya cakap adik." bentak Raisya. Air matanya laju mengalir membasahi pipinya.

"Kalau adik kecewa, papa lebih-lebih lagi kecewa dengan adik. Papa tak pernah ajar anak papa buat perkara terkutuk tu." Suara Tuan Amir sudah beransur reda, namun masih sayu nadanya.

"Adik benci semua orang!" Raisya langsung berlari. Untuk menaiki tangga. Tubuh Izzul dilanggar tanpa sedikit rasa di hati ingin meminta maaf.

Minta maaf? Malahan sebaliknya. Jika diikutkan hati, mahu saja dia membunuh lelaki itu malam ini juga. Sakit sungguh hatinya apabila diperlakukan sebegitu.

BAM!!!

Hentakan kuat menandakan pintu dihempas atau dipaksa tutup. Pastinya Raisya. Suraya juga bangun dari duduknya.

"Su,"

Langkah kaki Suraya terhenti apabila suara Izzul menyentak gegendang telinganya. Tanpa berniat untuk berpaling, Suraya besuara.

"Awak baliklah. Tak perlu jelaskan apa-apa pada saya." Seusai berkata, Suraya langsung meninggalkan ruang tamu itu. Tingjat atas menjadi tujuannya. Pintu bilik ditutup perlahan sebaik masuk ke bilik.

Tanpa berkata apa-apa, Tuan Amir dan Puan Sarah juga meninggalkan ruang tamu itu. Ezmeer mengeluh panjang. Simpati akan kedua adik perempuannya itu.

"Izz, fikir masak-masak dengan keputusan yang kau buat. Fikir baik dan buruknya." ujar Ezmeer.

"Aku minta maaf, Meer. Bukan niat aku nak malukan keluarga kau. Malukan adik kau. Aku pun terperangkap, Meer."

" Aku faham. Aku rasa baik kau balik dulu. Hari pun dah lewat nie. Kat rumah kau pun, ada lagi yang menunggu."

🥀🥀🥀

"Izz dah fikir masak-masak dengan keputisan yang Izz buat?" sayu suara tua itu bertanya.

Izzul meraup rambutnya ke belakang beberapa kali. Terdengar juga sesekali dia mengeluh.

"Izz minta maaf ibu. Tapi, Izz dah buat keputusan. Izz harap ibu terima keputusan yang Izz dah buat." Lembut suara Izzul berkata pada ibunya.

Puan Habibah melepaskan keluhan. Bahu anaknya disentuh lembut.

"Ibu kenal anak ibu. Ibu hormat keputusan Izz. Apa pun keputusan yang Izz buat, ibu percaya ada sebabnya. Cuma, ibu nasihatkan, biarlah Izz ikhlas dan buat keputusan dengan hati bukan setakat nak puaskan hati semua orang." Lembut suara Puan Habibah memberi nasihat pada anaknya.

"InsyaAllah, ibu. Izz naik dulu. Izz penat sangat, nak rehat." Izzul bangun dan mula mendaki anak tangga.

Sesampai di dalam bilik, tubuhnya direbahkan ke katil. Kepalanya dipicit-picit. Sakit betul kepalanya di kala ini.

Raisya Hazeeqa.

Sedari tadi nama itu berlayar di kotak mindanya. Sesekali kepalanya digeleng memikirkan nasibnya selepas ini. Aduh, sakit pala!

💎💎💎💎💎

Keep voting and comments...

〔SU〕Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now