BAB 24

391 16 0
                                    

"Weyh, asal kau tinggal aku sorang-sorang semalam? Penat dowh aku nak cover kau. Dahlah Alisa dengan Maya tanya aku banyak." adu Riana. Tergaru-garu kepalanya memberi alasan kepada dua gadis itu semalam.

"Along tak bagitahu ke?" soal Raisya pula.

"Dia cakap Cikgu Izzul sakit, so kau kena jaga dia. Itu je lah. Teruk ke Cikgu Izzul sakit?" soal Riana ingin tahu.

"Teruk sangat! Dia demam, panas satu badan. Dia demam bukan biasa-biasa tau. Teruk gila!" Keluh Raisya. Ikutkan hati, mahu saja dia menceritakan semuanya pada Riana, namun dia masih ingat pesan Ezmeer.

Aib suami kena jaga, dik.

Oleh itu, otaknya langsung mencegah keinginan si hati agar perkara buruk tidak terjadi. Berdosa besar buka aib suami.

"Teruk sangat ke? Okey je aku tengok. Sihat walafiat." kata Riana sambil tersenyum. Raisya turut memandang ke arah yang sama.

Kelihatan Izzul, Ezmeer dan Cikgu Rizal sedang berbincang tentang sesuatu. Saat itu, Izzul sedang memandang mereka dan membalas senyuman Riana. Namun, pandangannya langsung dialihkan saat matanya bertembung dengan mata Raisya.

Riana mengerutkan dahi. "Kenapa dengan Cikgu Izzul tu? Dia macam mengelak je. Selalunya bila pandang kau bukan main lagi duk kenyit matalah, flying kisslah."

Raisya hanya menjongket bahu tanda tidak tahu. Dahinya juga berkerut. Dah kenapa pulak dia nak mengelak dari aku?

"Hello?"

"Hi!"

"Hello?"

"HI!"

Ezmeer memulai ucapannya apabila semua peserta mulai fokus padanya.

"Semua dah sarapan, kan? Hari ni adalah hari terakhir kita kat sini. Saya saja simpan aktiviti memenatkan untuk hari terakhir biar korang tak ada semangat nak balik. Jadi, kita akan buat abseiling di menara yang kat sana tu kemudian merangkak di bawah pagar(?) besi dan akhirnya menyalakan unggun api. Unggun api hanya boleh dinyalakan apabila semua ahli kumpuan telah selesai melakukan abseiling dan melepasi pagar besi. Masa setiap kumpulan akan dicatat. Pasukan pertama yang nyalakan unggun api akan jadi pemenang. Pesanan saya yang paling penting, utamakan keselamatan. Jangan sampai ada yang cedera. FAHAM?!"

"FAHAM, COACH!"

Semua peserta pantas bergerak ke menara yang ditunjukkan oleh Ezmeer dengan teruja. Setelah memakai peralatan keselamatan, mereka memulai aktiviti menuruni menara itu.

Kumpulan Raisya yang diketuai oleh Rayyan mendahului. Langsung tiada riak takut di wajah Rayyan. Sempat lagi dia tersenyum manis dan mengenyitkan mata ke arah peserta perempuan yang sememangnya menggilainya. Lebih-lebih lagi saat Rayyan berjaya menuruni menara itu, dia menghadiahkan flying kiss buat mereka. Apa lagi, menjerit histerialah gadis-gadis itu dibuatnya.

PAKK!

"Sakitlah!" Terkejut Rayyan saat Raisya menolak kasar kepalanya dari belakang. Gadis itu yang kedua menuruni menara tanpa ada masalah. Dah biasa ikut Ezmeer, buat apa nak takut?

"Cepatlah pergi!" Gesa Raisya. Rayyan baru teringat akan hal itu. Cepat-cepat dia mengikuti Raisya untuk melepasi pagar besi(?) itu. Begitu juga dengan beberapa kumpulan yang lain. Mereka dapat melepasinya dengan mudah dan langsung bergerak ke arah tempat menyalakan unggun api di mana Izzul menjadi instructor.

〔SU〕Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now