Angin sepoi menampar lembut pipi seketul Raisya Hazeeqa. Skrin telefonnya sedari tadi ditenung.
"Sikit masa lagi berlubang juga skrin telefon tu kang!"
Raisya memandang sekilas abang sulungnya yang mengambil tempat di hadapannya sebelum menggulingkan biji matanya. Sibuk je!
"Ewah, kau ingat kau sorang je ada mata? Dahlah termenung sorang-sorang, tiba-tiba menjeling pulak. Tekanan jiwa ke apa?" soal Ezmeer selamba.
"Along baru balik? Tak dengar pun bunyi kereta." soal Raisya.
"Macam mana nak dengar kalau mata melekat dekat skrin telefon?"
"Oh, rupanya mendengar guna mata? I wonder how I passed my Biology all these years." Balas Raisya dengan riak jengkel terpapar jelas di wajahnya.
"Aik? Cakap macam tu pun nak sentap? PMS ke?" Ezmeer memandang adik bongsunya sambil kening terangkat sebelah. Sedetik kemudian bibirnya mengukir senyum mengejek sambil mata dikecilkan. "Or pregnant?"
Tak semenanya Raisya terbatuk sejurus Ezmeer menghabiskan ayatnya. Mata Raisya membulat mendengar perkataan terakhir yang keluar dari mulut Ezmeer Huzair. "Apa benda along merepek nie? Tak ada maknanya!"
"Tanya je." Ezmeer mencebik. Who knows dia akan dapat title baru, kan? Walaupun dia tahu agak mustahil, but still nothing is impossible. "Soalan paling normal ditanyakan kepada isteri orang. Ada yang salah ke dengan soalan tu?"
"Soalan tu tak salah, tapi orang yang ditanya tu yang salah." Balas Raisya.
Ezmeer mengerutkan dahi. "Apa yang salah? You're married, what? You have a husband, so I don't think anything's wrong with asking that."
"Eccept for the fact that he hasn't called me for the last few days." Balas Raisya pula. Namun, dengan nada perlahan seakan bercakap dengan diri sendiri. Niatnya hanya ingin membalas abang sulungnya di dlaam hati namun mulutnya tetap juga bersuara.
"Apa dia? Cakap kuat sikit, aku tak dengar. Kau ingat aku boyfriend kau ke nak berbisik-bisik?" ujar Ezmeer lagi.
"Tak ada apa-apalah!" Nafi Raisya sambil membuang muka ke arah lain. Nasib baik dapat abang yang telinga tak function sangat.
"Yelah tu!" Balas Ezmeer pula. Tak lama kemudian kedengaran halus Raisya Hazeeqa bersin kecil. "Dah petang nie, sampai bila nak duduk kat luar? Mama kata adik tak sihat. Are you okay? Dah makan ubat? Atau nak Along hantar pergi klinik?"
Raisya hanya menggeleng kepala. "Orang okey je. Selesema sejak semalam lagi, bukannya demam pun. Mama dah bagi ubat tadi."
"Ada bagitahu Izzul?" Soal Ezmeer lagi. Raisya menggeleng lagi. Ezmeer menghela nafas. "Why not?"
"Dia tak tanya."
"Call je lah dia, bagitahu. Buang jelah telefon tu kalau tak nak guna."
Ezmeer berdecit. Adik perempuan dia yang sorang nie memang ada je benda nak bagi alasan. Benda mudah pun boleh jadi complicated. Semakin lama dia pun rasa semakin bosan hendak menegur perkara yang sama. Raisya bukan budak-budak hendak ditegur perkara yang sama berulang kali.
"Jangan jual mahal sangat, dik. Kadang-kadang orang pandai bosan juga. Tak salah kalau sesekali kita mengalah. It doesn't make you weak, but it'll wake you up to reality. Sometimes you don't even notice its precious, until you lost it." Suara lembut Ezmeer menikam telinga Raisya.
Raisya tersentak dengan ucapan abang sulungnya. Should she be worried? No! Kenapa nak risau pulak? It doesn't matter tho!
...
Or is it?
"Jomlah masuk. Dah nak maghrib nie."
"Okey."
🍁🍁🍁
"What's wrong?"
Suara Hazryn menyentakkan Izzul. Wajah gadis itu dipandang. "Huh?"
"Awak kenapa? Dari siang tadi tak fokus langsung. Depan makanan pun mengkhayal." Ujar Hazryn. "Ini mesti kes rindu berat, kan?"
Izzul tertawa kecil mendengar usikan bakal birasnya itu. "Ada-ada je awak nie. Saya nie bukannya ada satu benda je saya kena fikir. Of course, she's a priority. But I still have to deal with every other things, right?"
"Bunyi lain macam je tu." Hazryn menaikkan sebelah keningnya memandang Izzul. " Well, whatever! Saya bukan Ezmeer yang deal with all others' businesses. Saya tak nak ambil tahu sangat tentang rumah tangga orang. Tapi saya dah lama anggap Raisya macam adik saya sendiri. She's my student and also my sister, so better take good care of her."
Izzul hendak bersuara, namun terhenti saat telefon milik Hazryn berdering. Nama pada skrin sempat dilihat sebelum dia menyuap makanan ke mulut.
🍁🍁🍁
Sesampai di meja makan, Ezmeer langsung mengambil tempat. Matanya melilau ke kiri kanan sebelum menghala kepada Puan Sarah. "Adik mana?"
"Tadi Cik Intan dah panggil adik turun. Along pergi tengok adik, boleh?" pinta Puan Sarah. Ezmeer mengangguk. Kakinya diatur menaiki tangga ke arah bilik adik bongsunya. Pintu diketuk dan nama Raisya dipanggil beberapa kali, namun tiada balasan dari dalam. Baru sahaja Ezmeer hendak meninggalkan bilik tersebut, pintu terbuka dari dalam. Wajah Raisya terjegul dari muka pintu.
"Mama panggil makan." Ujar Ezmeer. Raisya hendak membalas panggilan abang sulungnya, namun suaranya tidak keluar. Sebaliknya, tubuhnya terasa longlai.
"Adik!"
🍁🍁🍁
Ezmeer mengerutkan dahi memandang skrin telefonnya. Nombor Izzul didail buat ke sekian kali, namun masih tiada jawapan. Gaduh besar ke? Takkan tiba-tiba pulak?
Ezmeer kembali pada telefonnya semula. Nombor seseorang didail.
Sayang♥ is ringing...
"Waalaikumsalam. Sayang buat apa?" soal Ezmeer sebaik panggilannya disambungkan.
"Of course sebab rindu!" ujar Ezmeer lagi. Meyakinkan sungguh bunyi nadanya. Wajahnya tiba-tiba bertukar monyok. "Belum makan lagi. Lapar~ Sayang mesti dah makan, kan? Kita kat sini tak lalu makan sebab rindukan dia, dia kat sana makan kat hotel. Tak apalah!"
Ezmeer yang tadi berdiri kini sudah melabuhkan punggung di tengah-tengah tangga rumah. Haih, elok sangatlah perangai anak teruna macam tu.
"Betullah! Lagipun Raisya demam. Dia pengsan tadi, so everyone is worried about her." Ezmeer diam sebentar memproses kata-katanya.
"Ya Allah! Sayang!" Ezmeer kembali berdiri setelah mengingati alasan yang sebenar-benarnya dia menghubungi si dia. "Sebab sayanglah nie, Bie lupa semua benda."
Ezmeer meneruskan langkahnya menuruni anak tangga. "Izzul ada kat sana, tak? Boleh bagi phone kat dia-- WOI! WOI!"
💎💎💎💎💎
HUARGHHHHH ITS BEEN A WHILE
if ada yg baca tu , pls teruskan membaca
komen siket biar sis makin semangat nak tulis benda alah niesis minta maaf sgt" sbb late update yg tersangat late nie
btw this chapter is quite short compare to the others , but at least i try ok 😭im srsly busy with my schedule and hw and assignment and test i nearly succumbed to madness 😞
btw semester exam will be starting very soon , so wish me luck guys 😘 (tho i dont study but i still want to pass ok ?)
So
Keep voting and comments...
YOU ARE READING
〔SU〕Hatiku Milikmu
RomanceApa perasaan kau bila kena kahwin dengan orang yang kau benci? Dah lah tu, dalam keadaan yang teramatlah sangat memalukan pulak? Lebih haru lagi, bila kau kena kahwin dengan tunang kepada kakak kandung kau sendiri? "You made my heart skipped a beat...