Raisya memandang Izzul di sebelahnya sambil menaikkan sebelah keningnya ala-ala Ziana Zain.
"Apa?"
"Salam." ujar Izzul dengan tangan masih dihulur kepada Raisya.
"Tak nak lah. Kang ada orang nampak, apa pulak diorang cakap? Kita kan cuma 'bakal ipar'." tolak Raisya.
Izzul menarik semula tangannya. Dia berdehem kecil sebelum memandang Raisya semula.
"Tak apa lah kalau macam tu. Betullah yang Sya cakap. Sya jangan risau, abang redha walaupun Sya tak nak salam abang. Abang tak nak lah nanti Sya berdosa, kan?" ucap Izzul sedikit sayu.
"Sya tak nak turun? Lama-lama dalam kereta nie nanti orang fikir apa pulak." Izzul baru hendak membuka tali pinggang terhenti. Raisya dipandang.
Bibirnya ingin mengukir senyuman namun segera riak wajahnya dikawal. Keningnya bertaut seakan sedang keliru.
"Kenapa? Tangan Sya sakit ke?" soalnya pura-pura tidak faham. Propa betul mamat nie!
Raisya sudah memasamkan mukanya. Kura-kura dalam Ferrari, buat-buat tak reti pulak dia nie. Tak pasal aku pang sekali kang. Gerutu Raisya di dalam hati.
"Salam." ucap Raisya sepatah tanpa memandang Izzul. Izzul sudah tersenyum kemenangan. Raisya pula mencebik tak puas hati.
"Cepatlah! Tak pasal orang nampak pulak nanti." Gesa Raisya.
Izzul dengan senang hati menghulurkan tangannya. Raisya menyalami tangan Izzul kemudian langsung keluar dari perut kereta.
"Raisya! Tunggu aku!"
Raisya menoleh apabila suara Riana menerpa telinganya. Langkahnya dihentikan untuk menunggu kawan baiknya.
"Asal nie? Pagi-pagi lagi dah tarik muka masam. Cerialah sikit. Sejak kau pindah rumah suami kau, kita tak jumpa langsung tau. Aku rindu--"
"Sshhh, diamlah! Kau nie kalau dah bercakap main redah je semua. Simpang ke traffic light merah ke bukannya kau nak tengok. Kau nak semua orang tahu ke? Kalau ada orang dengar yang kau cakap tadi, aku cincang kau hidup-hidup." ugut Raisya.
Riana menayang sengih. "Alah, sorrylah. Kau pun kenal aku kan? Aku tak boleh controllah mulut aku. Salah kau lah siapa suruh tarik muka pagi-pagi?"
Raisya berjalan tanpa mengendahkan kata-kata Riana. Kakinya diatur ke kelas.
"Raisya, kau nie kenapa? Dia dera kau ke? Dia suruh kau buat kerja rumah, basuh baju, mop lantai semua tu? Kau janganlah buat aku gabra, Raisya." soal Riana lagi. Riaknya mula risau.
Raisya menggulingkan anak matanya. "Kau tak payah nak buat novel kat sini, boleh? Kau ingat aku nie bodoh sangat nak ikut je semua cakap dia? Memang taklah! Aku tak senaif tu."
"Dah tu? Dia tak bagi kau duit belanja? Dia bagi kau berlapar ke?"
"Tak lah! Tak ada apa pun. Aku je mood tak bagus hari nie. Bukan setakat hari nie je, setiap hari pun mood aku tak bagus sebab kena menghadap muka mamat tu. Dia tak payah buat apa-apa pun memang aku dah stres dah tengok dia." bentak Raisya.
Kena dera dengan Izzul? Memang tidaklah! Dia yang dera si Izzul tu, adalah! Memasak pun Izzul yang buat. Kemas rumah lagilah dia tak nak buat. Si Izzul tu juga yang kena upah orang datang kemaskan rumah. Nasib baik bilik tidur dia kemas sendiri.
Raisya, Raisya! Sampai macam tu sekali nak buat tunjukkan rasa tak puas hati tu? Soal akalnya
Aku punya sukalah! Biar dia tahu aku tak suka dia. Tengok sampai tahap mana 'ikhlas' dia tu. Balas hatinya.
YOU ARE READING
〔SU〕Hatiku Milikmu
RomantikApa perasaan kau bila kena kahwin dengan orang yang kau benci? Dah lah tu, dalam keadaan yang teramatlah sangat memalukan pulak? Lebih haru lagi, bila kau kena kahwin dengan tunang kepada kakak kandung kau sendiri? "You made my heart skipped a beat...