BAB 27

391 19 1
                                    

"Meer, kau tak ada kawan lain eh? Asyik ajak aku je. Kata busy sangat. Apa, sekarang nie kau tak ada kerja ke dekat firm tu?" soal Izzul. 

"Ada je kerja. Kebetulan hari nie aku lengang sikit aku ajaklah kau makan. Aku belanja apa?" balas Ezmeer pula. 

"Nasib baik kau belanja. Kalau tak, tak ada maknanya aku nak menghadap muka kau kat sini. Dah lah tak handsome. Aku tinggal Raisya kat rumah sorang-sorang semata-mata sebab kau ajak aku keluar. Kau kiralah, berapa banyak masa aku yang kau bazirkan." kata Izzul selamba. Matanya masih ke arah skrin telefon. 

"Tadi kau kata ada Riana temankan Raisya. Aku ajak keluar sekali je. Ewah, kau! Kau ingat kau tu handsome sangat ke? Muka yang tak handsome nie jugalah yang seiras dengan orang yang kau tergila-gilakan dulu tau. Kau tak payahlah nak face shaming aku sangat. Ingat-ingat sikit siapa yang kau puja dulu." balas Ezmeer lagi. 

Mata Izzul berganjak memandang Ezmeer. Bibirnya tersenyum tidak percaya. "Mengungkit kau ya? Abang ipar jenis apa kau nie? Benda lama nak ungkit. Tak ikhlaslah kiranya kau tolong aku dulu?" 

"Bukan ungkit, tapi saja ingatkan. Manusia kan, mudah lupa--"

"Poyolah kau, Meer!" cantas Izzul. Tah papelah si Ezmeer nie. Malas melayan karenah kawan baiknya, Izzul memfokuskan semula matanya ke skrin telefon. Tak semenanya bibir Izzul mengukir senyum. 

Gambar yang baru Raisya upload di akaun Instagramnya berjaya membuat lelaki itu tersenyum tanpa sebab. Sungguh-sungguh gadis itu belajar selepas Izzul mencabarnya beberapa hari lalu. Buku teks Addmath dan Matematik disertakan mini love dari seketul tangan mungil. Pastinya milik Raisya Hazeeqa. Caption tertulis, "please be gentle, dear math and addmath ♡".

Ada-ada je Raisya nie. Konon je study, padahal tengah berperang dengan Rayyan dan Riana dekat Instagram. 

"Tersenyum-senyum macam orang tak betul. Kau usyar siapa tu?" soalan Ezmeer dibiarkan sepi tanpa jawapan. 

"Asal kau pandang aku macam tu?" soal Izzul apabila perasan pandangan Ezmeer pada padanya.

"Nothing. It's just, kau sekarang dah lain. Tak macam dulu--" 

"Meer, kau jangan nak tukar dari mode memperli aku kepada mode jiwang pulak. Geli aku nak dengar." potong Izzul laju. Apalah yang rasuk Ezmeer hari nie?

"Aku cakap je. Kau sekarang dah lain. Tak macam dulu." kata Ezmeer. Izzul mengerut dahi. "Apa yang lain?"

"Lainlah! Dulu kau jarang senyum, ketawa apatah lagi. Aku buat lawak pun, kau pandnag je." 

"Lawak kau hambar, kau nak aku respon macam mana?"

Ezmeer rasa nak tendang je mamat kat depan dia nie. Ingatkan adik ipar je. " Habis tu, kau tersengih-sengih tengok telefon tu dah kenapa? Tak betul? Kau usyar--"

"Sibuklah kau nie! Aku tahu Hazryn busy lately nie sebab uruskan paper trial budak-budak tu sampaikan tak ada masa nak hadap muka kau. Tapi, jangan jadi loner sangat, kesian." kata Izzul selamba.

"Cakap dengan kau nie, Raisya sorang je boleh menang. Aku nak tanya, life macam mana?" soal Ezmeer tiba-tiba.

"Dah nak dekat 1000 words author tulis, baru kau nak tanya? Okey je. Tak ada kau tengok aku menangis ke maraung ke apa. So far so good. Raisya tengah ada misi untuk dapatkan 10A. Tu je aku boeh cakap." ujar Izzul. 

"Misi 10A. Hubungan kau dengan Raisya, macam mana?" soal Ezmeer lagi. 

Tingkah laku Izzul terhenti. Telefon letakkan di atas meja dan wajah Ezmeer dipandang. "Entahlah, Meer. Nak kata good, tak juga. Nak kata not good pun tak juga. I guess, okeylah." 

"Hari tu aku ter-usyar Instagram Suraya. Dia upload gambar dia dengan seorang lelaki. Aku pasti, lelaki tu Rizwan." 

"Rizman? Macam mana Suraya boleh kenal Rizman? Atau diorang memang saling kenal?" soal Izzul bertubi. 

"Itu aku tak tahu. Yang pasti, diorang memang saling kenal. At least, sekarang diorang saling kenal tapi aku tak tahu sejauh mana hubungan diorang." jelas Ezmeer. 

Izzul menarik nafas kemudian dihembus. Rizman. Salah satu nama yang alergi untuk telinga Izzul. Apa hal pulak Suraya nak berhubungan dengan Rizman? Macam mana diorang boleh kenal? Apa hubungan Suraya dan Rizman? 

"Izz, dah lewat nie. Aku kena balik pejabat." ujar Ezmeer lantas menghabiskan minuman nya. Izzul meneliti jam di pergelangan tangannya. 

"Aku pun nak kena balik nie. Riana pun dah balik agaknya. Raisya sorang-sorang kat rumah." kata Izzul pula. 

🍁🍁🍁

Ding! Dong!

"Siapa pulak datang tu? Takkan Izzul balik nak tekan loceng bagai? Selalu main terjah je. Kau pergi tengok!" arah Raisya selamba pada Riana. 

"Eh, asal aku pula? Kau tuan rumah, kau pergilah tengok. Kau ingat aku kuli kau? Sorry sikit!" balas Riana pula. Memang taklah dia nak kasi si Raisya nie buli dia. Dah lah sebesar jari kelingking dia je.

"Bila masa aku kata kau kuli aku? Alah, aku minta tolong pergi siapa datang je. Apa yang susah sangat? Berkiralah kau nie!" rungut Raisya pula. 

"Amboi! Macam tu kau kata minta tolong? Dah lah adab tak ada, sopan santun jangan cakaplah. Ke laut! Aku tak fahamlah. Macam mana cikgu Izzul tu boleh berahan hidup dengan perangai kau nie. Macam aku tak tahu je, kau tu anak manja mama dengan papa kau, kan?" balas Riana panjang lebar. 

"Aku minta tolong buka pintu je. Kau melalut, merepek pasal Izzul sampaikan nama mama papa aku naik sekali, dah kenapa? Kau ingat aku nie teruk sangat? Aku tahulah hormat suami aku macam mana. Tak pernah lagi aku langgar perintah dia, tau?" ujar Raisya pula tidak mahu kalah. 

"Jadi, kau--"

Ding! Dong!

Raisya merengus. Rasa macam nak cekik je minah nie. "Layan kau nie, sampai tahun depan pun pintu tu belum tentu terbuka. Tepi sikitlah, orang nak lalu." kata Raisya seraya bangun. Sempat lagi dia menarik tudung Riana hingga senget tudung gadis itu dibuatkan. 

"Ada aku sekeh juga budak nie!" rungut Riana sendirian.

"Orang yang datang nie pun mengada nak tekan loceng banyak kali. Jadi manusia tak menyabar betul." Raisya mengomel sendirian sambil sibuk memperbetulkan tudungnya sebelum membuka pintu. Tak pulak dia terpikir nak tengok dulu melalui camera siapa yang ada kat depan pintu tu. 

"Siapa yang datang--"

💎💎💎💎💎

Hati" dgn typo , walaupun readers dh baca content sblm baca a/n nie *(^o^)/*

Keep voting and do comment what you're thinking...

〔SU〕Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now