BAB 18

451 21 0
                                    

"Jom shopping? Minggu depan kita nak pergi camping." ajak Riana.

"Betul juga! Jom! Boleh aku pau duit cikgu banyak-banyak." kata Raisya selamba.

"Ewah! Selamba cik adik bercakap. Tuan punya badan ada je kat sini." Izzul mencubit pipi Raisya. Mengerang kesakitan gadis itu dibuatnya.

"Sakitlah! Suka sangat main dengan pipi saya. Aset tau!" marah Raisya. Izzul yang duduk di sofa sambil menonton TV itu dijeling.

"Jeling! Jeling!"

Raisya menjelir lidah. Diusap lembut pipinya yang baru menjadi mangsa tangan jahat Izzul. Pau dia tu aset berharga.

"Menunjuk pulak! Tahulah bahagia. Kalau tahu, aku bawa Rayyan sekali." gumam Riana dengan bibir dicebik. Jealous pulak dia tengok Raisya dengan Izzul.

Sejak menghantar Raisya balik tempoh hari, Riana sering kali bertandang ke rumah Izzul. Itupun atas permintaan Raisya. Kononnya, hendak belajar bersama. Izzul tidak keberatan kerana dia tahu Raisya dan Riana kawan baik dan Riana juga tahu status mereka.

"Apa kau cakap Riana?" soal Raisya apabila perasan mulut Riana terkumat-kamit menggumam sesuatu. Riana menayang sengih.

"Tak ada apa-apa. Bibir aku kena habuk." Dalih Riana. Nasiblah dapat kawan yang biul sikit, percaya juga si Raisya tu.

"Jadi, bila kita nak pergi?" soal Riana.

Raisya berfikir sebentar. Anak matanya digerakkan ke tepi apabila terdengar tawa halus dari Izzul. Bercantum keningnya memandang lelaki itu.

"Gelak, gelak! Apa yang lawak sangat?" soal Raisya hairan. Izzul sekadar menggeleng dengan senyuman tak lekang di bibir.

"Tak ada apalah." nafi Izzul.

"Kita pergi esok?"

"Aku okey je bila-bila. On sentiasa! So, esok kita pergi. Pukul berapa?" soal Riana lagi.

"Dalam pukul 2 atau 3 petang? Aku nak rehat kejap lepas sekolah." balas Raisya.

"Kalau Riana jemput Sya, boleh? Rasanya saya masih di sekolah masa tu." pinta Izzul pula.

Riana menunjukkan tanda 'OK' dengan jarinya. "Boleh je, cikgu. Tak ada hallah!"

"Kau tak ajak Rayyan sekali ke? Dia pun ikut juga, kan?" soal Raisya pula.

"Tak nak aku ajak dia sekali. Kau bukan tak tahu, Rayyan tu tak betul. Eh, tak silap aku Rayyan tinggal dekat-dekat sini. Kau tak pernah terserempak dengan dia ke?" soal Riana pula.

"Tak pernah pun. Mungkin sebab aku jarang keluar rumah kot. Tapi baguslah aku tak terserempak dengan Rayyan."balas Raisya selamba.

"Rayyan Iyyaz ke?" celah Izzul tiba-tiba. Raisya dan Riana mengangguk serentak.

"Cikgu tahu ke rumah dia kat mana?" soal Raisya.

"Tahu. Dia tinggal kat rumah sebelah je. Selalunya if abang balik rumah ibu, abang minta tolong Rayyan tengok-tengokkan rumah nie." jelas Izzul.

〔SU〕Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now