Mata Raisya celik saat telinga menangkap laungan azan Subuh. Kelihatan Izzul masih lena di sebelahnya. Kebiasaan bagi Raisya bangun lebih awal dari Izzul.
Selimut yang menyeliputi tubuhnya terselak tatkala Raisya menggeliat. Angin subuh terasa sejuk menyapa kulitnya. Selimut diselak dan niatnya hendak ke bilik air.
"ARGH!"
BUKK!!!
Raisya segera menarik selimut untuk menutup seluruh tubuhnya. Hanya muka yang masih kelihatan. Riak takut terserlah di wajahnya.
"Akh!" Izzul yang masih mamai menggosok kepalanya yang baru saja selamat mendarat dengan sangat lasak di atas lantai.
"Sakitlah! Apa Sya nie?!" soal Izzul tidak puas hati dengan suara serak basah kerana baru bangun. Wajahnya masih mamai.
"Kau buat apa haa?!" soal Raisya dengan suara meninggi.
"Abang buat apa?" soal Izzul lagi.
Dia bangun dengan keadaan kusut masai. Kepalanya masih terasa pedih itu digosok lagi. Pandangannya jelas menunjukkan riak tidak puas hati.
"Jangan dekat!"Raisya memberi amaran apabila Izzul cuba mendekati katil.
"Kau rogol aku semalam ke? Cakap!" tuduh Raisya. Saat ini Raisya seakan hendak menangis. Matanya sudah kemerahan.
Mata Izzul membulat dengan kenyataan Raisya. "What?! Mana ada! Kenapa pulak abang nak buat macam tu?"
"Tipu! Kenapa--" belum pun Raisya menghabiskan ayatnya, Izzul sudah menyampuk.
"Takkan tak ingat? Sya pengsan semalam sebab kilat dengan guruh kuat sangat." Izzul berhenti seketika. Dia pulak yang tiba-tiba meremang bila teringatkan hal semalam.
"Abang tak tak jumpa baju tidur Sya sebab tu abang bagi baju abang je. Dahlah semalam malam Jumaat." jelas Izzul. Ayat terakhirnya disebut perlahan agar tidak didengari Raisya.
Riak Raisya sedikit lega. Tapi, masih saja berselubung di dalam selimut.
"Checklah kalau tak puas hati. Abang tak buat apa-apa punlah dekat Sya semalam." kata Izzul lagi sedikit geram. Dia tahan hati je semalam tidur sebelah Raisya yang memang halal untuk dia.
"Be-betul?" soal Raisya sedikit teragagap. Dia baru perasan yang Izzul masih lengkap berpakaian. Izzul meraup muka. Raisya dijeling sekilas.
"Sentuh sikit pun tidamlah! Dahlah! Tak sempat Subuh pulak nanti." Izzul mendengus kecil sebelum berlalu ke bilik air selepas mencapai tuala mandi. Mulutnya kumat kamit mengatakan sesuatu. Masih geramlah, kot.
Raisya terdiam. Dia hanya memandang Izzul yang akhirnya hilang dari pandangan. Tersentak juga Raisya bila pintu bilik air ditutup sedikit kasar. Raisya mencebik bibir.
"Aku pengsan ke semalam?"
Raisya cuba memproses semula apa yang diperkatakan oleh Izzul, namun mindanya tidak dapat mengingati apa-apa. Lantas matanya tercantap sesuatu di lantai.
Tuala mandi dengan gambar baby Goku berwarna oren-biru sebagai motif. Tuala mandi dialah tu!
"Eh, kalau dah pengsan macam mana nak ingat? Apalah!" Raisya mengetuk kepalanya sendiri. Keluhan dilepaskan.
YOU ARE READING
〔SU〕Hatiku Milikmu
RomantizmApa perasaan kau bila kena kahwin dengan orang yang kau benci? Dah lah tu, dalam keadaan yang teramatlah sangat memalukan pulak? Lebih haru lagi, bila kau kena kahwin dengan tunang kepada kakak kandung kau sendiri? "You made my heart skipped a beat...