"Senyumlah sikit, Raisya. Pengantin mana boleh monyok macam tu. Hilang seri nanti." Pujuk Hazryn.
Raisya mendengus. Bakal kakak iparnya dipandang dipandang sekilas melalui cermin.
"Seri apanya, Kak Ryn? Kalau adik kahwin dengan pujaan hati memanglah kena berseri. Ini tidak, bukan pujaan hati, nak mati lagi ada!" Rengus Raisya.
"Nak mati, nak mati. Itu jelah kau tahu. Kau tak payah nak mati sangatlah, kang membujang sampai ke tua pulak Cikgu Izzul tu." Celah Riana.
"Apa hal pulak dia nak membujang? Lagi bagus kalau aku mati, boleh dia teruskan plan nak kahwin dengan Angah. Tak adalah menyusahkan hidup aku." Bentak Raisya pula. Makin masam mencuka wajahnya.
"Buat-buatlah terima Cikgu Izzul tu, Raisya. Dia tu kejap lagi nak jadi laki kau. Syurga kau akan bertukar tempat." kata Riana lagi.
"Dahlah tu. Jangan kamu berdua pulak yang bergaduh kat sini. Tak pasal-pasal kamu berdua yang akak kahwinkan nanti." Tegur Hazryn. Takut pula jika suara anak-anak dara itu akan sampai ke luar nanti.
"Kalau dengan Cikgu Izzul tu, tak apalah juga, Kak Ryn. Bolehlah, kacak. Tapi, kalau dengan minah tak siap nie, tak teringin. Orang masih perempuan tulen, tau." kata Riana selamba.
"Baguslah tu! Pergi keluar, kahwin dengan dia. Tak payah menyusahkan hidup aku! Benci je aku tengok muka mamat tu." bentak Raisya lagi.
Riana sudah tersenyum sumbing. "Elleh, kau jangan nak benci-benci dia sangatlah, Raisya. Tak pasal-pasal kata-kata kau tu kena kat kau balik. Jangan salahkan aku kalau nanatu langsung tak boleh berenggang asyik nak tengok je muka Cikgu Izzul tu. Masa tu baru kau tahu, langit tu tinggi ke rendah. Mulut aku nie masin."
Raisya mencebik bibir. Rasa mahu dihempap saja kawan baiknya itu biar koma. Tak perlulah dia hendak mendengar ceramah tak berasas yang keluar dari mulut itu lagi.
Sesekali Raisya melihat dirinya di dalam ceemin itu. Dia hanya memakai tudung bawal crepe berwarna kelabu dan baju kurung satin dengan warna yang sama. Sebenarnya itu baju rayanya sejak dua tahun yang lepas. Sengaja dia memakainya sebagai tanda protes walaupun sudah ditegur oleh mamanya.
Krekk...
"Adik dah siap? Tok kadi dah sampai tu." soal Ezmeer. Sempat dia melemparkan senyum manis buat tunangannya.
Malu-malu Hazryn membalas senyuman itu. Kemudian dia berkalih pada Raisya pula.
"Dari tadi lagi Raisya siap. Cuma dia takut nak turun. Biasalah, bakal pengantin berdebar." Jawab Hazryn.
Ezmeer mengukir senyum hambar. Dia begerak ke dalam bilik itu mendekati adiknya. Dia melirik sekilas pada tunangnya. Hazryn yang faham lirikan itu mengajak Riana keluar dari bilik itu.
"Adik, adik okey? Adik boleh teruskan, right?" soal Ezmeer lembut.
"Adik tak tahu, Along. Adik belum bersedia nak jadi isteri orang. Adik..." Kata-kata Raisya terhenti. Air matanya mengalir lagi.
Ezmeer segera menarik adiknya ke dalam pelukan. Teresak gadis itu dalam pelukan abangnya. Ezmeer mengusap lembut belakang tubuh Raisya seakan menenangkannya.
"Dah lah tu. Along tahu adik along nie kuat. Kalau adik betul-betul tak bersalah, buktikan pada semua orang. Buat mama dengan papa percaya adik tak salah. Boleh, kan?" pujuk Ezmeer.
Raisya mengangguk perlahan. Air matanya diseka. Senyuman hambar dihadiahkan buat Alongnya.
🍁🍁🍁
Dengan dua kali lafaz, Raisya Hazeeqa binti Amir sah menjadi isteri kepada Izzul Syahmi bin Kamal. Sekali lagi menitis air mata Raisya apabila suara saksi menyebut sah. Habislah sudah masa bujangnya. Hilang sudah kebebasan dirinya sebagai seorang remaja.
"Assalamualaikum."
Suara orang memberi salam menyentakkan Raisya dari lamunan. Wajahnya dipaling untuk mengenalpasti empunya suara itu. Tidak sampai sesaat, wajahnya dipalingkan semula.
"Waalaikumsalam." Perlahan suara Raisya menjawab. Mahu tidak mahu saja suaranya keluar.
"Kenapa Sya tak tukar baju lagi?" soal Izzul.
Izzul duduk di atas sofa yang disediakan di bilik itu. Maklumlah, keluarga Raisya juga dari kalangan orang berada. Setakat bilik dan rumah yang besar, tidak perlu dihairankan.
"Sya dengar tak abang tanya nie?" soal Izzul lembut.
Raisya yang tadi cuma membatukan diri langsung menoleh pada Izzul. Tajam anak matanya menikam mata iris lelaki itu.
"Apa kau cakap? Abang? Aku tak salah dengar, kan?" Raisya sudah tersenyum sinis. Kepalanya digelengkan sebelum matanya mencerlung pada Izzul.
"Kau tak payah nak abang sangatlah! Tak perlu kau tunjuk baik pada aku. Kau tak kesian ke pada Angah? Angah tu kakak aku, tau?" ujar Raisya keras.
Izzul menarik nafas panjang. Dia tahu dia perlu bijak mengatur kata dan perilaku agar tidak tersimbah minyak pada gunung berapi yang sudah hendak meletup di hadapannya ini. Kalau tidak, hancur lumatlah tubuhnya nanti.
"Abang tahu Sya marah. Mungkin Sya fikir abang sengaja nak perangkap Sya. Abang tak salahkan Sya kalau itu yang Sya fikirkan. Tapi, abang minta satu je, tolong jangan libatkan Suraya dalam hal kita. Abang tak suka." Tutur Izzul lembut. Namun masih tegas pada ayat terakhirnya.
"Kau tak suka? Habis tu, kau nak buat apa? Aku terfikir, macam mana kau boleh ikut je cakap papa? Sampaikan papa aku suruh kau putuskan tunang dengan Angah dan kahwin dengan aku pun kau sanggup. Apa yang papa aku bagi pada kau? Dia bagi kau duit? Berapa?" Selamba Raisya bertanya tanpa rasa takut. Tidak langsung dia gerun melihat lelaki itu.
"Astaghfirullahalazim! Apa Sya cakap nie? Abang ikhlas ambil Sya jadi isteri abang. Papa tak pernah bayar abang. Jangan fikir buruk pasal abang sampai macam tu sekali, Sya." Ucap Izzul lembut. Redup pandangannya menikam mata hazel milik Raisya.
Raisya senyum senget. "Maaflah kalau aku fikir buruk pasal kau. Aku hairan juga. Macam mana kau boleh lupakan Angah secepat tu? Bertunang dengan Angah, tup-tup kahwin dengan aku. Selamba kau kata kau ikhlas jadikan aku isteri kau. Wah, bertuahnya aku!" Hambur Raisya. Anak matanya digulingkan ke atas tanda meluat.
Katalah apa pun, orang kalau dah marah memang semuanya salah. Dia je yang betul. Bagi je sebijik dua kat perempuan nie, Izz. Tak hormat suami langsung! Marah otaknya.
Izzul tidak mengendahkan kata-kata tersebut. Izzul menarik nafas dalam. Wajah Raisya ditatap.
"Abang tahu, abang cakap apa pun sekarang nie Sya takkan percaya. Tadi, Ezmeer minta abang teman dia keluar kejap. Mesti Sya penat, kan? Sya rehatlah dulu." ujar Izzul.
Izzul bangun dari duduknya lalu keluar dari bilik itu. Raisya tidak memberi sebarang komen. Namun mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah Izzul.
"Ada aku kesah kau nak pergi mana? Kau tak balik terus pun lagi baguslah! Menyakitkan hati je!"
Raisya mengambil tuala di dalam almari. Nasib tak koyak tuala tu ditariknya. Raisya, Raisya!
💎💎💎💎💎
Keep voting and comments...
YOU ARE READING
〔SU〕Hatiku Milikmu
RomanceApa perasaan kau bila kena kahwin dengan orang yang kau benci? Dah lah tu, dalam keadaan yang teramatlah sangat memalukan pulak? Lebih haru lagi, bila kau kena kahwin dengan tunang kepada kakak kandung kau sendiri? "You made my heart skipped a beat...