BAB 04

524 22 0
                                    

"Raisya, ada orang nak jumpa kau kat bawah." Lembut suara Riana memberitahu.

"Siapa?"

"Abang Ezmeer."

"What?!" Mencerlung mata Raisya memandang Riana. "Dia buat apa kat sini? Kau yang bagitahu dia aku ada kat sini?"

Riana sudah serba salah. "Raisya, aku tak sengaja. Aku terlepas cakap. Lagipun, aku kesian tengok Abang Ezmeer. Dia merayu-rayu minta aku bagitahu kau kat mana. Aku serba salah nak tipu dia."

"Kalau kau tak nak tolong aku kau terus terang je dengan dengan aku. Tak perlu kau buat aku macam nie, Riana. Aku tak nak jumpa Along." Intonasi Raisya berubah sayu.

"Raisya, jangan cakap macam tu. Aku memang nak tolong kau. Tapi bukan dengan cara sembunyikan kau macam nie. Larikan diri bukan cara untuk selesaikan masalah." Nasihat Riana.

"Habis tu kau nak aku buat apa? Kahwin dengan dia? Kau percaya aku, kan? Kau tahu aku tak buat perkara terkutuk tu. Cikgu Izzul tu bakal abang ipar aku." Kata Raisya dengan air mata yang tidak segan silu mengalir.

"Aku faham, Raisya. Aku percayakan kau. Tapi, aku juga percaya semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Aku tahu kau tak salah. Korang tak buat apa-apa, aku tahu. Tapi, kau kena juga selesaikan masalah nie. Mungkin berkahwin adalah cara terbaik untuk korang berdua?" Riana memujuk lagi.

"Tapi, aku tak nak kahwin dengan dia. Kau pun tahu aku benci dia sangat-sangat. Macam mana pulak dengan Angah? Angah akan kecewa nanti." ujar Raisya lagi.

"Angah sendiri yang putuskan supaya Izz kahwin dengan adik. Angah dah buat keputusan nak balik London."

Raisya dan Riana berpaling melihat empunya suara itu. Ezmeer terus menghenyakkan punggung di sebelah adiknya.

"Maksud along?" soal Raisya dengan dahi berkerut seribu.

Riana melepaskan pelukan pada kawan baiknya kemudian dia bangun. "Kau bincanglah dengan Abang Ezmeer. Aku keluar dulu, Raisya. Kalau ada apa-apa, aku ada kat bawah." ujar Riana seraya meninggalkan dua beradik itu.

Raisya hanya mengangguk. Hilang saja Riana dari pandangan, Raisya kembali memandang Ezmeer dengan seribu pertanyaan.

"Kenapa Angah nak pergi London pulak? Dia tak boleh terima keputusan papa? Dia kecewa, kan?" soal Raisya bertubi-tubi.

"Angah kata dia nak tenangkan fikiran kat sana. Lagipun, Angah dapat tawaran kerja dari syarikat lama dia kat sana. Angah sendiri yang putuskan pertunangan dia dengan Izz. Dia sendiri nak Izz kahwin dengan adik." Jelas Ezmeer.

Raisya menggeleng-gelengkan kepalanya  tanda tidak percaya. "Tak mungkin Angah setuju macam tu je. Angah cuma ikut cakap papa sebab papa suruh Izz kahwin dengan adik. Angah terpaksa buat macam tu, Along! Along pujuklah Angah. Lagi dua bulan je diorang nak kahwin nak kahwin."

"Angah dah buat keputusan dia. Dia dha bertolak pun ke London pagi tadi. Adik kenal Angah, kan? Angah takkan tukar fikiran." Ujar Ezmeer.

"Perlu ke? Tak ada ke cara yang lebih baik?" soal Raisya lagi.

"Tak ada cara yang lebih baik lagi dah. Cikgu Izzul tu baik. Aku pasti dia akan jaga kau elok-elok nanti. Lagipun, getting married doesn't mean everything is over, Raisya." Celah Riana di muka pintu.

Raisya membatukan diri. Tidak langsung dia memasang niat hendak menyangkal mahupun melawan kata-kata kawan baiknya.

"Kita balik, ya dik? Mama risau sangat dekat adik. Dari pagi tadi mama tak henti-henti menangis cari adik." pujuk Ezmeer lagi. Perlahan Raisya mengangguk. Ezmeer msudah memasang senyum.

"Adik kemaslah barang-barang adik. Along tunggu adik kat bawah." Ezmeer mencium sekilas dahi adik bongsunya sebelum meninggalkan ruangan itu.

"Kau kemaslah barang kau. Aku nak turun kejap. Nak minta duit aku dengan abang Ezmeer." Kata Riana.

"Duit apa?"

"Buat-buat tak tahu pulak. Kau sampai je rumah aku semalam, bukan main kau menangis. Habis tisu aku dua kotak tau. Nie, aku nak minta ganti rugi lah dengan Abang Ezmeer." Ujar Riana selamba lalu menghilang dari pandangan mata.

"Tak guna punya kawan!"

🍁🍁🍁

"Tak nak! Adik tak nak orang tahu adik dah kahwin." Tegas pendirian Raisya.

"Adik dengarlah cakap papa."

"Tak nak! Nikah, kan wajib? Panggil tok kadi datang, along jadi saksi, cukuplah. Buat apa nak panggil semua orang datang? Papa nak semua orang tahu adik kahwin sebab kena tangkap basah, macam tu?" bantah Raisya dengan suara meninggi.

"Bukan itu yang papa maksudkan. Tapi, apa salahnya kita setakat panggil jiran-jiran dengan ahli keluarga terdekat? Tak salah kita bagitahu ahli keluarga, kan?" Kata Tuan Amir pula dengan suara yang sehabis dilembutkan.

"No! Kalau papa nak buat juga, adik lari rumah. Lepas nie, papa, mama, along sekali pun, takkan jumpa adik lagi. Adik tak main-main." ugut Raisya keras.

Sesekali mata Raisya melirik pada Izzul yang hanya berdiam diri. Langsung tidak membantah. Terfikir dek akalnya, lelaki ini tiada perasaankah? Dari tadi diam memanjang. Entah-entah dah terfikir nak bunuh diri sebab tak dapat kahwin dengan Angah.

"Adik, kenapa cakap macam tu? Papa cuma minta pendapat adik. Kalau adik tak nak, tak apa. Kita buat majlis ringkas je. Adik tak perlu tinggikan suara pada papa." Tegur Ezmeer. Tidak gemar rasanya jika adiknya meninggikan suara pada papanya.

Raisya mendengus. Izzul yang hanya mendiamkan diri dijeling. Mungkin perasan akan jelingan itu, lelaki itu berdehem kecil.

"Uncle, Izz rasa Izz setuju dengan Raisya. Rasanya tak payahlah kita hebohkan perkara nie. Jenuh diri sendiri menjawab persoalan orang sekeliling nanti. Raisya pun masih belajar. Izz takut benda nie akan ganggu fokus Raisya." kata Izzul tenang.

Tuan Amir melepaskan keluhan. Anak muda itu dipandang. Redup pandangan seorang tua pada Izzul.

"Kalau Izz dah cakap macam tu, uncle tak boleh buat apa-apa. Izz bincanglah dengan Raisya apa yang sepatutnya."

"Papa nie kan, kalau dia nie yang cakap semua betul. Tapi, bila adik cakap? Semua salah! Dah lah!" Kata Raisya seraya meninggalkan ruang tamu tanpa menunggu balasan dari sesiapa. Tuan Amir mengeluh.

"Uncle, Izz rasa Izz kena balik dulu. Hari pun dah petang." pamit Izzul.

"Elok juga tu. Uncle minta maaf atas kelakuan Raisya. Mungkin Raisya tertekan. Uncle harap Izz faham." ujar Tuan Amir.

Izzul tersenyum. "Tak ada apa yang nak dimaafkan. Izz faham, uncle. Mungkin perlukan masa. Salah Izz juga semua nie terjadi."

"Kau tak perlu salahkan diri kau, Izz. Raisya tu biasalah, semua orang manjakan dia. Itu yang susah sikit nak dengar cakap." kata Ezmeer pula.

Izzul tersenyum seraya mengangguk. "Yelah tu. Aku balik dulu. Kalau ada apa-apa, call aku. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

💎💎💎💎💎

Keep voting and comments...

〔SU〕Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now