2ND FLASHBACK, 1 TAHUN YANG LALU...
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH...
Tao bersama Sehun dan Dr. Choi sedang memeriksa keputusan imbasan sinar x milik Chanyeol.
Dan hasilnya sangat mengejutkan.
"Doc, apa sebenarnya penyakit abang saya?" soal Sehun.
Dr. Choi berdehem seketika.
"Hasil keputusan ujian yang kami lakukan mendapati, encik Hwang mengalami gegaran otak yang agak teruk. Ini mengakibatkan sistem saraf dalam otaknya mengalami gangguan. Jangan terkejut kerana selepas ini sifatnya akan berubah 100% dari sifat asalnya. Saya boleh simpulkan, dia mengalami sindrom Peter Pan...lebih dikenali juga sebagai 'little space syndrome.' " ujar Dr. Choi.
"Sindrom Peter Pan?" soal Tao, terkejut.
Dr. Choi angguk.
"Pesakit yang mengalami sindrom ini akan menunjukkan tanda yang ketara terutama sekali perubahan sikap. Biarpun usianya sudah dewasa namun sikapnya seperti kanak-kanak yang berusia 5 tahun. Orang yang mengalami sindrom ini akan menunjukkan sikap suka bergantung dengan orang lain. Mereka ini sangat sensitif sepertimana juga kanak-kanak." ujar Dr. Choi.
Tao mengurut dadanya.
'Ya Tuhan! KAU tunjukkanlah aku jalan keluarnya!' batinnya lirih.
Sehun yang turut mendengar juga tertunduk.
Setitis dua air matanya mengalir dari sudut matanya.
Tao memeluk tubuh adiknya.
"Abang...apa yang patut kita buat?" soal Sehun, biarpun wajahnya basah dengan tangisan.
"Abang akan cuba cari jalan keluar untuk masalah ini." jawab Tao.Dr. Choi yang melihat gelagat mereka berdua turut tidak dapat menahan air matanya.
Dia memegang bahu kedua beradik tersebut.
"Sabar, kalau boleh usahakanlah agar ia pulih sepenuhnya biarpun ia akan mengambil masa." ujar Dr. Choi.
TaoHun angguk.FLASHBACK END....
(BGM: 3.6.5 BY EXO)
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH...
Tao berkutat dihadapan komputernya.
Sedang mencatat sesuatu.
Matanya lekat memandang skrin komputernya.
Sesekali Tao menghela nafas.
Dia bangun dari duduknya, lalu menuju kearah mini pantry dalam ruangannya.Secawan koko panas dibawanya ke meja kerjanya.
Dahinya berkerut, melihat hasil asesmen dan tesis yang dibuatnya.
Tao berusaha untuk merungkai persoalan yang menyerang mindanya.
'Sindrom Peter Pan!' batinnya.
Iphone 12 miliknya dicapai, seraya mendail nombor milik adiknya Kai.❤️❤️❤️❤️continued❤️❤️❤️❤️
YOU ARE READING
LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL
FanfictionMuka dewasa Namun perangai agak kebudak-budakan Itulah yang terjadi pada Chanyeol, menghidap sejenis sindrom yang dikenali sebagai sindrom Peter Pan. Sindrom Peter Pan ini juga dikenali dengan nama 'little space syndrome' di mana penghidapnya berkel...