9

68 6 4
                                    

Suatu pagi, Chanyeol berada diruang tamu bersama Suho dan Tao.
Bermain permainan kereta dan blok bersama Tao dan Suho, sesekali Tao memberi makan kepada abangnya.
Sehun dan Kai ketika itu keluar membeli barangan keperluan.

Suho mengajar Chanyeol untuk melukis dan mewarna.
Serta membacakan buku cerita untuknya.
Tao sedang menyediakan susu untuk Chanyeol.
Kerana sedari tadi Chanyeol merengek hendakkan susu.

"Nah!" ujar Tao, menyerahkan sebotol susu untuk Chanyeol.
Chanyeol mula menguap, lalu menyambut botol yang diberikan oleh Tao.
Teddy bear yang terletak ditepinya dicapainya, seraya dipeluknya erat.

Chanyeol berbaring disebelah Tao, menghisap botol susunya seraya memejamkan matanya.
Tao membacakan buku cerita dongeng untuknya, sambil mengelus sayang rambut abang kedua mereka.
Suho berada di dapur, memasak untuk mereka bertiga.

Tao terlelap di sebelah Chanyeol.
Buku cerita tersebut masih dalam pegangannya.
Suho mengejutkannya.
"Dik...bangun! Makan dulu!" ujarnya.
Tao menggeliat, menguap seraya menggosok kedua matanya.
"Maaflah, tertidur tadi." ujarnya.
Suho mengukir senyuman.
"Mari makan dulu. Chanyeol tu biar dulu dia tidur." ujar Suho.
Tao angguk.

Tao menoleh, melihat Chanyeol yang nyenyak tidur.
Botol susu masih berada di mulutnya.
Tao menggeleng, tersenyum melihat abangnya yang tidur seperti bayi.
Patung teddy bear miliknya dijadikan bantal peluk.
Rambut Chanyeol dibelainya sayang.
'Abang tetap abang kami, biarpun keadaan abang macam ni!'  lirihnya sedih.
Lalu ia bangun menuju ke dapur.

Ketika itu, Sehun dan Kai baru balik.
Melihat Chanyeol tertidur nyenyak membuatkan KaiHun turut mengukir senyuman.
"Comel!" ujar Kai perlahan.
Sehun angguk.
"Jom kita ke dapur dulu. Nak simpan barang-barang ni semua." ujarnya.

Memasuki dapur, Tao dan Suho sedang makan.
"Baru balik?" soal Suho.
"Haah. Banyak barang dapur kitorang beli tadi." jawab Kai.
"Letak dulu, nanti susun. Kita makan dulu." ajak Tao.
"Tak apalah bang, kitorang dah makan kat kedai tadi." ujar Sehun seraya mengemas barangan dapur yang dibeli tadi.
Kai turut membantu adik bongsunya, mengemas dan menyusun apa yang patut.

❤️❤️❤️❤️continued❤️❤️❤️❤️❤️

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now