1

148 10 12
                                    

(FLASHBACK, SETAHUN YANG LALU...)

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

"Somebody...we need help! Kami perlukan orang untuk OR 8!" suara seorang jururawat menarik perhatian Sehun, yang ketika itu sedang berbincang dengan rakan sejawatannya, Taeyong.
"Ada apa tu?" soal Taeyong.
"Tak tahulah, mari kita tengok!" ujar Sehun.

Kebetulan ketua doktor, Tao juga datang dalam keadaan tergesa-gesa.
"Abang, ada apa tu?" soal Sehun.
"Abang Chan kita kemalangan!" jawab Tao.
Mata Sehun terbuntang, akibat terkejut.
"Dia di mana?" soalnya lagi.
"Operation Room 8. Cepat, kita ke sana!" Tao memberi arahan.

Mereka bertiga menuju ke bilik pembedahan bernombor 8.
Kelihatan para petugas sedang bersiap sedia untuk melakukan pembedahan.
"Doktor Hwang, mujur awak cepat!" ujar seorang jururawat bernama Lisa.
"Bantu saya, saya akan uruskan pembedahan ini!" Tao memberi arahan sekali lagi.
"Baik doc!" sahut seorang jururawat lainnya, mengenakan nametag bernama Jennie.
Tao memandang kearah Sehun.
"Bantu abang!" ujarnya.
Sehun angguk.
Dia tahu bila Tao sudah memberi arahan, tiada bantahan sama sekali.

Pembedahan itu berjalan lancar.
Tao membuka pelitup muka yang dipakainya.
Membersihkan tangan, sambil mencapai stetoskop.
Keadaan kesihatan Chanyeol yang ketika itu sedang terbaring diperiksanya dengan teliti.
Tao menghela nafas.

"Bagaimana?" soal Sehun.
"Stabil." jawab Tao, ringkas.
"Tapi satu masalah, semasa kejadian tu otaknya mengalami gegaran. Ini dari apa yang saya periksa melalui x-ray tadi." sambungnya.
Sekali lagi Sehun terkejut.
Dia terduduk di lantai seketika.
Nafasnya terasa sesak mendengar ayat yang baru sahaja diucapkan oleh Tao.
'Ya Tuhan...berikanlah aku kekuatan!' batinnya sedih.

Tao menyentuh bahu adiknya, membantunya untuk bangun.
"Apa yang harus kita lakukan?" soal Sehun.
Matanya basah.
"Sabar, kita serahkan kepada tuhan. Hanya DIA yang lebih mengetahui." ujar Tao.

Keesokannya...

Wad bernombor 34 itu agak kecoh.
Ini kerana Chanyeol membuat ulah, mengamuk dan melontar barang-barang yang ada disekitarnya.
Menimbulkan ketakutan kepada ketua jururawat yang bertugas ketika itu, Chaerin.

Chaerin mendatangi Tao dengan wajah pucat.
Ketika itu, Tao sedang berbincang sesuatu dengan Sehun.
"Kenapa ni kak? Muka kakak nampak pucat?" soal Tao.
"Chanyeol buat hal, habis semua barang dilempar sana sini. Kakak nak hantar sarapan pun tak jadi sebab takut sangat." ujar Chaerin gugup.
"Kakak tunggu sini, biar saya dengan Sehun pergi siasat." ujar Tao.
Chaerin angguk.

Setibanya di wad 34, terdengar suara ribut dari dalam.
"Itu suara abang Chan!" ujar Sehun.
Dia bergidik ngeri, membayangkan apa yang berlaku jika mereka masuk ke dalam.
Tao membuat isyarat, supaya senyap.
"Hun tunggu dekat sini." ujarnya.
Sehun angguk.

Perlahan Tao membuka pintu wad tersebut.
Tao menggeleng, melihat keadaan bilik yang agak berselerak.
Chanyeol yang duduk diatas katil menangis teresak-esak.
Dia perlahan-lahan menghampiri Chanyeol, seraya menyentuh lembut bahu abangnya.
"Abang, ini saya Tao. Abang okey ke?" soalnya perlahan.

Chanyeol angkat muka.
"Taooooo..." rengeknya.
Tao ukir senyuman, biarpun matanya hampir bergenang.
Chanyeol menyembunyikan wajahnya dileher adiknya.
Tao memeluk tubuh abangnya.
"Abang jangan nangis ya? Tao ada sini temankan abang. Sehun pun ada." pujuk Tao.
"Mana Sehun?" soal Chanyeol, namun nadanya agak kebudak-budakan.
Tao hampir tergelak.
"Sehun ada diluar, nak panggil dia?" ujar Tao.
Chanyeol angguk.
Bibirnya sengaja dimanyunkan, membuatkan Tao tidak henti-henti mengukir senyuman.
"Sehun...mari masuk!" laung Tao dari dalam.
Perlahan Sehun menghampiri kedua abangnya.
Chanyeol menghulurkan kedua tangannya, seolah minta dipeluk.
Membuatkan Sehun tidak dapat menahan senyumannya.
"Abang okey?" soal Sehun, lembut nadanya.
Chanyeol angguk-angguk.
Bibirnya dimanyunkan lagi, kali ini terjuih ke depan.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now