23

34 2 10
                                    

"YEAYY! KITA PERGI KEPSI!"

Chanyeol terkekeh riang, bila Suho, Tao dan Sehun membawanya ke restoran KFC yang terdapat di bangunan 1 Borneo.
Kebetulan, hari itu hari Sabtu.
Dapatlah Suho meluangkan masanya bersama adik-beradiknya.
Namun, Kai tidak dapat ikut serta kerana menemani kedua ibu bapa mereka berkunjung ke rumah nenek mereka di Papar.
Awalnya, Kai berniat untuk bersama Suho dan adik beradiknya yang lain.
Namun atas permintaan HeeChul dan Jessica, terpaksalah Kai mengikut kedua ibu bapanya pergi ke kampung.


RESTORAN KFC 1 BORNEO...

Chanyeol terkekeh keriangan, bila Tao membawanya memasuki restoran tersebut.
"Dik Chan nak makan apa? Biar abang pesankan." ujar Suho.
Chanyeol yang duduk di sebelah Tao tersengih lebar.
"Urrmmm...Chan nak colonel burger  macam yang selalu Chan makan tu. Itu je. Tak nak lain lagi." ujarnya, bersandar di bahu Tao dengan manja.
Tao terkekeh, merasa lucu dengan tingkah Chanyeol yang agak manja ketika ini.
"Kejap, Tao dan Sehun nak makan apa pula?"  soal Suho kepada TaoHun.
"Macam biasa bang. Abang pun tahu kami suka makan apa." jawab Tao, merangkul bahu Chanyeol yang bersandar dibahunya.
Sehun hanya angguk, mengerti maksud Tao.

KAMPUNG KARANAAN, PAPAR...

"Nenek!" ujar Kai, ketika melihat neneknya Hwang Sora sedang menyapu halaman rumahnya.
Sora menoleh, melihat kedatangan Kai bersama Jessica dan HeeChul.
Segaris senyuman terukir di bibirnya.
"Bila sampai?" soalnya seraya memeluk ketiga beranak tersebut.
"Baru tadi nek, cuma diorang abang Suho tak dapat ikut sekali sebab nak jaga abang Chan." jawab Kai.
"Mari masuk, kamu tentu penat tu."  ujar Sora, menyuruh Kai bersama Jessica dan HeeChul masuk ke dalam.

Sora menghidangkan juadah ringan kepada ketiga sekeluarga tersebut.
"Apa hal datang ke sini?" soalnya.
"Kitorang rindu dengan eomma, itulah sebabnya kami ke sini. Paling last  pun masa krismas dua tahun yang lalu. Itu pun sebelum Chullie oppa balik ke sini." jawab Jessica.
Sora tersenyum.
Dia memegang bahu Kai seraya berkata
"Nanti nenek masak yang sedap-sedap untuk malam ini. Kamu tinggallah di sini semalam dua. Nenek pun sebenarnya rindukan kamu juga."
"Terima kasih nenek, sayang nenek." ujar Kai, memeluk neneknya dengan manja.
Jessica dan HeeChul tersenyum gelihati melihat tingkah Kai.
Sememangnya Kai amat manja dengan neneknya.

❤️❤️❤️❤️ continued ❤️❤️❤️

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now