18

36 2 13
                                    

Tengah harinya, Chanyeol ditemani oleh ibunya Jessica menjalani terapi bersama Tao dan Dr. Choi.

"Dik Taoooo!" ujar Chanyeol keriangan, melompat-lompat seperti kanak-kanak.
Tao yang melihat gelagat abangnya terkekeh.
Jessica turut mengukir senyuman gelihati dengan tingkah anak keduanya.
"Amboi...gembira nampak!" usik Tao.
"Mama dah janji nak belikan Chan aiskrim lepas terapi ni, kan mama?" ujar Chanyeol, sesekali terkekeh.
Jessica angguk, tidak dapat menahan perasaan gelihatinya terhadap tingkah anak keduanya yang agak kekanakan.
"Hehehe..." Chanyeol tersengih.

"Mari masuk bilik pemulihan dahulu." ujar Tao seraya menggenggam jemari abangnya memasuki wad pemulihan.
"Dik Tao, apa yang kita nak belajar hari ini?" soal Chanyeol, memanyunkan bibirnya.
"Hari ini Tao buat terapi special sikit. Memandangkan mama juga di sini apa kata kita ajak mama sekali." ujar Tao.
"Yeay! Bawa mama sekali!" Chanyeol terpekik keriangan.
"Ada-ada je kamu ni Chanyeol." ujar Jessica, tergelak kecil.
"Abang Chan memang macam tu mama." ujar Tao.

Semasa Chanyeol sedang belajar menulis dan mengira, Tao berbincang sesuatu dengan ibunya.
Mereka berdiri di suatu sudut.
Sesekali Tao dan Jessica menoleh kearah Chanyeol yang tekun menulis sambil diajar oleh Dr. Choi.
Tao menghela nafas.
"Mama tak perlu risau, Tao dan Sehun tahulah bagaimana nak pulihkan abang Chan seperti sedia kala biarpun ia agak mengambil masa." ujarnya serius.
"Mama faham. Apa pun buatlah yang terbaik untuk abang kamu." ujar Jessica.

Dr. Choi menghampiri mereka berdua.
"Bagaimana keadaan abang saya doc?" soal Tao.
Dr. Choi mengukir senyuman.
"Setakat ini dia mula menunjukkan sedikit perubahan berbanding sebelum ini. Satu perkara yang mengejutkan saya tadi, dia mula mengingati sedikit demi sedikit siapa dirinya biarpun tidak sepenuhnya." ujarnya.
Jessica menarik nafas lega.
Tao angguk, tersenyum.
"Syukurlah!" ujarnya.
"Jika dia menghadiri terapi ini secara konsisten, lagi cepat proses pemulihannya. Tidak perlu menunggu sehingga bertahun-tahun. Dunia perubatan sekarang semakin moden. Apa yang mustahil pun kini kita boleh lakukan." ujar Dr. Choi seraya memegang bahu Tao.
"Baiklah doc, saya faham. Apapun terima kasih!" ujar Tao, seraya tunduk seketika tanda hormat.
"Teruskan usaha kamu. Saya yakin dia pasti akan kembali normal." Dr. Choi membalas.

**__**__**__**__**__**__**__

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now