PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Suatu pagi...
Tao sedang sibuk berbincang dengan Sehun dan Dr. Choi.
Pintu ruangan mereka diketuk.
"Masuk!" sahut Dr. Choi dari dalam.
Pintu terbuka, muncullah Chaerin bersama sepupunya bernama Hara.
"Morning doc, hari ini saya bawa sepupu saya untuk asessment." ujar Chaerin diiringi senyuman.
"Mujur saya tak lupa, hari ini kan review dia?" soal Tao seraya menepuk dahi.
Sehun tersenyum gelihati melihat tingkah abangnya yang kadang-kadang pelupa.Ruangan psikiatri...
"Cik Hara, apa khabar untuk hari ini?" soal Tao seraya membelek fail pesakit ditangannya.
"Saya sihat, thanks doc." jawab Hara, tersenyum.
Sebenarnya Hara juga pernah mengalami sindrom little space, sama seperti Chanyeol.
Namun yang dihadapi oleh Hara tidaklah terlalu teruk memandangkan Tao dan Chaerin pernah membuat terapi untuknya.
"Doktor apa khabar? Dah lama saya tak dengar cerita?" giliran Hara pula yang bertanya.
"Saya okey, cuma agak sibuk. Tentu Hara dah dengar kan cerita tentang abang saya?" balas Tao.
"Maksud doktor, encik Hwang Chan Lie? Ya, saya ada dengar. Kak Chaerin yang beritahu saya." ujar Hara.
Tao menghela nafas.
Riak wajahnya terlihat sedih.
Hara menggenggam jemari Tao.
"Saya faham doc, sebab saya pun pernah melaluinya. Hanya orang yang pernah mengalami sindrom little space ni saja yang tahu bagaimana rasanya jika menjadi seperti kanak-kanak kembali. Apa kata saya bantu doktor? Mungkin dengan terapi yang doktor pernah lakukan kepada saya dahulu boleh membantu abang doktor untuk pulih." ujar Hara.
Senyuman hangat menghiasi bibirnya, membuatkan jantung Tao berdegup kencang.
'Ya tuhan, dia sangat cantik!' Tao membatin.Tao berdehem, menghilangkan rasa gugupnya.
"Cik Hara, boleh kita mulakan asessment sekarang?" soalnya.
"Boleh, silakan." jawab Hara.
Sesi soal jawab bermula.
Tao berasa jantungnya tidak berhenti berdebar, bila melihat wajah Hara yang sentiasa tersenyum.
"Sesi selesai...tahniah cik Hara, awak dah menunjukkan peningkatan!" ujar Tao.
"Terima kasih! Bila review saya yang seterusnya?" soal Hara.
"Dua bulan dari sekarang awak boleh datang lagi. Tarikh temujanji awak saya akan beritahu melalui WhatsApp." jawab Tao.
"Baiklah...saya minta diri dulu." ujar Hara lalu keluar dari ruangan tersebut.Tao tersenyum sendiri.
Wajahnya terasa panas.
Bayangan wajah Hara tadi memenuhi mindanya.
'She' s really pretty! Adakah aku sudah jatuh cinta dengannya?' batin Tao.🌹🌹🌹🌹continued🌹🌹🌹
YOU ARE READING
LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL
ФанфикMuka dewasa Namun perangai agak kebudak-budakan Itulah yang terjadi pada Chanyeol, menghidap sejenis sindrom yang dikenali sebagai sindrom Peter Pan. Sindrom Peter Pan ini juga dikenali dengan nama 'little space syndrome' di mana penghidapnya berkel...