Suatu malam, pintu bilik Tao diketuk.
Tao terpisat-pisat, menggosok matanya beberapa kali.
Bunyi ketukan itu semakin kuat.Pintu bilik dibuka, kelihatan Chanyeol berdiri di situ.
Bajunya basah semua.
"Kenapa ni?" soal Tao, setengah mengantuk.
"Basah...terkencing tadi. Chan takut nak ke tandas, gelap." ujarnya.
Bibirnya menjuih seakan hendak menangis.
Tao tersenyum melihat abangnya.
"Mari, ikut Tao. Nanti Tao gantikan alas tilam ya? Abang Chan kena tukar baju dulu tau." ujarnya.
Menarik lembut lengan abangnya lalu membawanya ke biliknya.Dengan telaten, Tao menggantikan alas tilam abangnya.
Dan juga menggantikan pijama basah milik Chanyeol.
"Dah siap! Dah bersih pun!" ujar Tao, tersenyum.
"Chan takut, nak Tao temankan Chan." rengek Chanyeol.
"Yelah, abang Chan baring dulu. Tao nak cari buku cerita untuk abang." ujar Tao seraya berlalu keluar dari bilik.Tidak lama kemudian, Tao masuk semula membawa buku ditangan.
"Nak dengar cerita Rumpelstiltskin! Best tau!" ujar Chanyeol, keriangan.
Tao angguk, lalu duduk di kerusi bersebelahan dengan katil abangnya.Khusyuk Tao membacakan cerita, kedengaran suara dengkuran halus disebelahnya.
Tao menoleh, Chanyeol sudah tertidur.
Tao menggeleng, membetulkan letak selimut yang menutupi tubuh abangnya.
Dahi Chanyeol diciumnya.
'Apapun, abang adalah istimewa bagi kami!' batinnya sedih.Gerak geri Tao diperhatikan oleh abang sulung mereka Suho.
Pintu bilik Chanyeol tidak tertutup jadi mudahlah Suho mengintai ke dalam.
Kebetulan Suho terbangun, kerana tekaknya berasa dahaga.
Suho mengambil keputusan untuk menuju ke dapur.
Ketika melintasi bilik Chanyeol, pintunya tidak ditutup.
Kelihatan Tao sedang duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Chanyeol, membacakan buku cerita untuknya.Tao menuju ke dapur, ia bertembung dengan Suho.
"Chanyeol dah tidur?" soalnya.
"Dah." jawab Tao, ringkas.
Tao menyediakan dua mug koko panas untuk dirinya dan Suho.
"Terima kasih!" ujar Suho, ketika Tao menyerahkan mug tersebut ke tangannya.
Tao duduk berhadapan dengan abang sulungnya.
"Biarpun Chanyeol dah jadi macam tu, kita semua tetap sayangkan dia." ujar Suho, memecah kesunyian antara mereka.
"Ya bang. Tao pun, bila dapat tahu abang Chan jadi macam tu, Tao rasa sedih. Begitu juga Kai dan Sehun. Tao rasa, nak buat terapi untuk abang Chan. Biarpun ianya mengambil masa yang agak lama. Kalau boleh, kita nak abang Chan pulih seperti sedia kala. Tao rindukan abang Chan yang dulu. Ceria, happy virus...sekarang dah tak sama macam dulu lagi." ujar Tao.
"Abang faham. Apa yang penting jangan putus asa. Abang sentiasa sokong kamu dan Sehun." ujar Suho, memberi semangat kepada adiknya.❤️❤️❤️❤️continued❤️❤️❤️❤️❤️
YOU ARE READING
LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL
FanfictionMuka dewasa Namun perangai agak kebudak-budakan Itulah yang terjadi pada Chanyeol, menghidap sejenis sindrom yang dikenali sebagai sindrom Peter Pan. Sindrom Peter Pan ini juga dikenali dengan nama 'little space syndrome' di mana penghidapnya berkel...