"Nenek nak pesan apa?" soal Tao sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di kerusi kafe yang terdapat di situ.
Kebetulan kafe tidak terlalu ramai, hanya keluarga pesakit sahaja yang datang bersarapan di situ.
"Nenek dah lama tak makan nasi goreng Pattaya. Nasi goreng di sini sedap!" ujar Sora dengan senyuman.
"Tao pun suka makan tu nek, tak apa Tao pesankan dua ya? Nenek nak minum apa?" soal Tao.
"Bagi kopi pekat kurang manis." jawab Sora.
"Okey nek!" ujar Tao lalu segera bangun.Tao menghampiri kaunter seraya meminta pesanan untuk mereka berdua.
Pelayan yang berada di situ tersenyum-senyum melihat Tao, si ketua doktor yang tampan sekaligus cantik dalam waktu bersamaan.
'Boleh tahan juga si ketua doktor ni, hensem pula...hemmm...' si pelayan itu membatin.
"Excuse me! Kamu dengar tak, saya panggil kamu ni!" ujar Tao, memetik jarinya menyedarkan lamunan si pelayan itu tadi.
"Ah...maafkan saya, tak dengar tadi." ujar si pelayan gugup.
"Kamu tu mengelamun, tu sebab saya panggil awak tak dengar!" usik Tao.
Bibirnya mengukir senyuman tipis.Tao menghampiri meja neneknya, dengan makanan yang dipesan tadi.
"Siapa tu Tao? Tadi nenek tengok dia macam sukakan kamu." soal Sora, mengusik.
"Oh...pelayan kafe ni. Nama dia Aisyah nek. Dia memang macam tu, asal Tao datang sini dengan adik Sehun ataupun adik Kai dia memang begitu. Suka tengok muka Tao...entah apa yang menariknya Tao pun tak tahu." ujar Tao, angkat bahu.
Sora tersenyum cuma.
"Sudahlah, mari makan. Nanti sejuk dah tak sedap pula." ujar Sora.Kebetulan, Chanyeol bersama ibunya menuju ke kafe.
Tao dan neneknya sudah selesai bersarapan.
"Dik Taooo!" ujar Chanyeol keriangan.
Segera ia menghampiri adiknya lalu duduk disebelahnya.
Tao mengusap lembut rambut abang keduanya.
"Macam mana terapi tadi abang Chan?" soalnya tersenyum.
"Best tau. Rugi adik tak ikut tadi. Chan banyak belajar macam-macam. Tadi, Doktor Lee yang ajar Chan mengenal bentuk, huruf dan warna. Chan rasa macam nak sekolah tadika balik!" ujar Chanyeol agak teruja.
Sora, Tao dan Jessica terkekeh.❤️❤️❤️❤️ continued ❤️❤️❤️❤️
YOU ARE READING
LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL
FanficMuka dewasa Namun perangai agak kebudak-budakan Itulah yang terjadi pada Chanyeol, menghidap sejenis sindrom yang dikenali sebagai sindrom Peter Pan. Sindrom Peter Pan ini juga dikenali dengan nama 'little space syndrome' di mana penghidapnya berkel...