20

40 2 14
                                    

"YEAYYY! HOREEE! MANDI LAUT...EEE SERONOKNYA!"

Suara Chanyeol yang agak teruja ketika mereka sekeluarga berkelah di Teluk Likas.
Ini semua adalah rancangan Kai, kerana dia amat merindui suasana riang ketika bersama keluarga dan masa itu Chanyeol masih lagi dalam keadaan normal.
Tao, Sehun dan Jessica sedang membentang tikar, mengatur makanan yang dibawa dari rumah.
Suho dan Chanyeol sedang sibuk membina istana pasir.
Manakala HeeChul dan Kai sibuk memanggang sayap yang diperap oleh Jessica semasa mereka masih dirumah tadi.

"Abang, sedaplah bau sayap ayam tu. Chan nak makan!" rengek Chanyeol ketika ralit bermain istana pasir bersama abangnya Suho.
"Sebentar Chan, baba dan adik Kai masih memanggang lagi tu. Sabar ya?" ujar Suho, membelai sayang rambut adiknya.
Chanyeol memanyunkan bibir.
Tao dan Sehun menghampiri mereka.
"Nah!" ujar Tao, menyerahkan satu kon aiskrim kepada Chanyeol.
Chanyeol terkekek keriangan seraya memakan aiskrim tersebut.
Membuatkan Sehun menggeleng kepala.
"Pelan-pelan makan tu bang, tengok dah comot!" sungut Sehun, seraya mengesat hujung bibir Chanyeol yang comot dengan aiskrim.
"Abang Chan makan macam budak-budak!" usik Tao, membuatkan Suho tergelak kecil.
Chanyeol tersengih.

"Mari makan!" laung Jessica, memanggil ahli keluarganya.
Seorang demi seorang menghampiri.
"Mmm...sedaplah sayap ni!" ujar Chanyeol, menghidu bau sayap ayam yang baru dipanggang tadi.
Tao mencedok nasi, lauk dan sayap panggang tersebut.
"Mari abang Chan, kita makan dulu." ujarnya.
Chanyeol menghampiri adiknya, lalu duduk bersila.
"Abang lapar ehh..." usik Sehun.
Chanyeol pout bibir, angguk kepala.
"Meh adik suap, nah...buka mulut!" ujar Tao, diiringi senyuman gelihati melihat tingkah abang keduanya.
Sehun yang duduk di sebelah ibunya menoleh kearah abang ketiganya.
"Ma, tengok...abang Chan!" Sehun mencuit lengan ibunya.
Jessica menoleh.
"Ada apa?" soalnya.
"Abang Chan, berselera betul dia makan. Dah tu duduk macam budak-budak!" usik Sehun, terkekeh.
Jessica mengukir senyuman, melihat gelagat kedua anaknya Tao dan Chanyeol.
Chanyeol merengek seperti anak kecil, bila Tao lambat menyuap makanan ke mulutnya.
"Alolo, lapar ye?" usik Tao.
"Cepatlah, Chan lapar ni!" rengek Chanyeol.
"Ye, sebentar dik Tao suap!" ujar Kai pula, tersenyum kelucuan dengan tingkah Chanyeol.

❤️❤️❤️continued ❤️❤️❤️❤️

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now