14

51 3 10
                                    

Suatu hari, di rumah keluarga Hwang...

"Taooo...nak tu, abang nak patung tu!" ujar Chanyeol, bila melihat patung teddy bear miliknya yang dipeluk oleh Kai.
Kai terkekeh, menghampiri abang keduanya.
"Nah!" ujar Kai.
Tao menggeleng, melihat gelagat abangnya yang agak kekanakan.
"Abang Chan nak makan tak? Tao ada buatkan kek." ujar Tao.
"Nak! Mesti sedap kan? Dik Tao kan pandai buat kek!" ujar Chanyeol keriangan.
Kai tidak dapat menahan senyumannya bila melihat tingkah Chanyeol yang begitu comel baginya.

Tao keluar dari dapur, membawa dua potong kek coklat buatannya.
"Wahhh...sedapp!" ujar Chanyeol, menjilat bibirnya.
"Jom kita makan!" ujar Kai, seraya mencapai pinggan yang dihulurkan oleh Tao.
"Adik Kai...nak suap!" ujar Chanyeol, seraya membuka mulutnya minta disuap.
Kai tergelak, namun diikutinya juga permintaan abangnya.

Ketika itu, Suho sedang berada di dapur.
Memasak untuk mereka adik beradik.
Sehun ketika itu berada di dalam bilik, sedang menyiapkan asessment yang dibuatnya.
Kai masih menyuapkan kek ke mulut abangnya.
"Pelan-pelan makan tu bang, dah comot." ujar Kai, seraya mengesat sisa coklat yang berlumuran di sudut bibir Chanyeol.
Chanyeol tersengih.
"Nah!" ujar Suho, yang ketika itu keluar dari dapur.
Menyerahkan segelas jus oren untuk diminum oleh Chanyeol.

Sehun keluar dari bilik.
"Wahh...meriah nampak!" usiknya.
"Tengah layan gelagat abang Chan." balas Kai.
Sehun duduk di sebelah Chanyeol.
"Abang Chan makan apa tu? Nampak sedap!" soal Sehun.
"Adik Tao bagi abang makan kek! Sedaaapp!" ujar Chanyeol, seraya membuat isyarat jarinya 👍🏻.
"Abang Tao pandai masak. Lagipun mama yang ajar!" ujar Sehun, tersenyum.

Tao ketika itu membantu Suho di dapur.
"Seronok tengok abang Chan. Nampak gembira biarpun dia tak macam dulu." ujarnya.
"Ya, abang pun perasan." balas Suho, turut mengukir senyuman.
"Kalau boleh Tao dan Sehun akan melakukan terapi untuk abang Chan secepat mungkin. Cuma kena kumpul banyak maklumat dahulu." ujar Tao.
"Bila nak mula?" soal Suho.
"Selewatnya tiga minggu dari sekarang." jawab Tao.
"Lagi cepat, lagi bagus." ujar Suho.
Tao angguk.

🌹🌹🌹🌹continued🌹🌹🌹

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now