PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH....
WAD PEMULIHAN
Chanyeol menyanyi riang bila Sehun memasang lagu 'Omar dan Hana.'
Sesekali bertepuk tangan, membuatkan Sehun tidak lekang dengan senyuman.
"Hun...lapar..." ujar Chanyeol, mengusap perutnya.
"Kejap ye? Nak makan apa?" soal Sehun.
"Nak burger!" jawab Chanyeol, terkekeh.
"Okey!" ujar Sehun.
"Abang Chan tunggu sini, kejap lagi abang Kai datang temankan abang." sambungnya.Tidak lama kemudian, pintu wad diketuk.
Kai menyembulkan kepalanya dicelahan pintu yang terbuka.
"Ada apa Hun?" soal Kai.
"Temankan abang Chan kejap, Hun nak pergi beli makanan. Dia dah lapar tu." jawab Sehun.
"Okey." ujar Kai, lalu masuk ke dalam.Kai membawa bersamanya buku cerita, untuk dibacakan kepada abangnya.
"Adik Kai...." rengek Chanyeol, seraya menghulurkan tangannya minta dipeluk.
Kai mengukir senyuman.
Lalu memeluk tubuh abangnya.Sehun keluar dari situ, lalu menuju ke parkiran.
Memandu keluar dari situ menuju ke restoran KFC terdekat.
Membeli 3 set snack plate untuk mereka bertiga.
Dan juga 3 biji burger double cheese kegemaran Chanyeol.Dalam perjalanan balik, telefonnya berdering.
Sehun melihat kearah skrin.
'Abang Tao!' batinnya.
Butang hijau digeser.
"Ada apa?" soalnya.
"Kamu di mana ni Hun? Cepat sikit balik, ada benda abang nak beritahu." suara Tao agak jelas di hujung talian.
"Okey!" ujar Sehun, lantas mematikan panggilan.PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH...
Sehun, Tao dan Kai berkumpul dalam sebuah ruangan.
Chanyeol masih berada di wad pemulihan.
Ralit bermain dengan permainan yang disediakan.
Ditambah lagi dengan perutnya yang kenyang selepas diberi makan oleh Kai tadi.
Mujurlah Chanyeol tidak banyak ragam."Ada apa tu abang Tao?" soal SeKai serentak.
Tao menunjukkan keputusan x-ray Chanyeol yang baru diambilnya sebentar tadi.
Tao menghela nafas.
"Ada perkembangan positif abang dapat tadi. Sel-sel otaknya mula menunjukkan pemulihan sedikit demi sedikit. Namun ia akan mengambil masa. Jadi abang cadangkan kita buat terapi khas untuknya." ujar Tao.
Sehun dan Kai mengukir senyuman.
"Elok juga jika kita buat terapi untuk abang Chan." ujar Kai, teruja.
"Mungkin dengan cara ini sahaja kita dapat pulihkan dia biarpun mengambil masa yang lama." ujar Tao.
Kai memegang dagunya.
"Biar saya bantu kamu untuk tujuan ini sementara saya dalam proses menyiapkan tesis." ujarnya.
"Bagus idea awak, Kai." ujar Tao.❤️❤️❤️❤️continued❤️❤️❤️❤️❤️
YOU ARE READING
LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL
FanfictionMuka dewasa Namun perangai agak kebudak-budakan Itulah yang terjadi pada Chanyeol, menghidap sejenis sindrom yang dikenali sebagai sindrom Peter Pan. Sindrom Peter Pan ini juga dikenali dengan nama 'little space syndrome' di mana penghidapnya berkel...