24

47 1 8
                                    

"Yeay! Nenek sudah datang!"

Bunyi riang Chanyeol bila melihat kelibat neneknya bersama dengan kedua orang tuanya dan adiknya Kai.
Sehun yang sedang makan bingkas bangun.
Tao yang sibuk membasuh pinggan turut menunda kerjanya untuk seketika.
Suho yang berada di ruangan keluarga juga turut keluar.
Menyambut kedatangan nenek mereka yang sangat dirindui.

"Apa khabar cucu-cucu kesayangan nenek ni?" soal Sora, diiringi senyuman.
Memeluk cucu-cucunya satu persatu, seraya mengusap rambut Chanyeol.
"Khabar baik nek. Masuklah, nenek mesti penat." ujar Sehun, membantu mengangkat beg pakaian dan ole-ole yang dibawa dari kampung.
Tao masuk semula ke dapur, menyambung kerjaannya yang tertunda tadi.

Malamnya, suasana di ruangan keluarga Hwang sangat riuh-rendah.
Makan malam keluarga, disulami dengan perbualan HeeChul dan Jessica bersama Sora.
Suho dan adik-beradiknya sekadar memerhati, tiada terniat untuk menyampuk perbualan orangtuanya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Keesokan paginya, Chanyeol bersama ibu dan neneknya menjalani terapi.
Kai sibuk bertugas di kampus, manakala Suho pula bersama bapanya sedang bermesyuarat bersama pelanggan syarikat mereka.

"Mama...lepas terapi ni Chan nak makan burger." ujar Chanyeol, manja.
Bibirnya dimanyunkan, membuatkan Jessica terkekeh gelihati dengan tingkah Chanyeol.
Sora yang melihat gelagat kedua beranak itu tidak dapat menahan senyumannya.
"Sabar Chan, nanti nenek belikan patung untuk Chan. Nak?" ujar Sora.
"Nak! Terima kasih nenek...Chan sayang nenek!" ujar Chanyeol teruja, seraya memeluk neneknya.
"Pergilah buat terapi dulu, nenek nak jumpa dengan Tao sebentar!" ujar Sora, mengusap rambut Chanyeol.
Chanyeol tersengih.

"Nenek? Nek buat apa di sini?" satu suara angelic membuatkan Sora menoleh.
"Ni ha...temankan abang Chan kamu ni." jawab Sora.
Yang bertanya itu tadi sebenarnya adalah Tao.
Dan kebetulannya Tao lalu disitu.
Tao menghampiri neneknya, seraya merangkul bahunya.
"Apa kata Tao bawa nenek ke kafe. Kebetulan Tao tak banyak tugasan hari ini, sambil itu kita boleh tunggu abang Chan siap terapi." usul Tao.
"Boleh juga, sebab mama kamu beritahu tadi ini akan mengambil masa. Jadi nenek tak bosan menunggu." ujar Sora.
Tao mengukir senyuman.
"Mari nek!" ujarnya, seraya memimpin neneknya berjalan menuju ke kafe.

❤️❤️❤️❤️ continued ❤️❤️❤️❤️

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now