15

40 3 6
                                    

Suatu pagi...

Kelihatan Tao berada di dewan kuliah bersama dengan Kai.
Dibantu oleh Taeyong, JongDae dan Chaerin, mereka mencari info mengenai little space syndrome.
Sesekali Chaerin menghubungi sepupunya Hara.
Ingin meminta pendapat mengenai terapi yang sesuai dilakukan kepada Chanyeol.

Wad pemulihan...

Sehun sedang menemani Chanyeol, memberi makan dan membantunya bermain menyusun blok.
"Dik Sehun, Chan nak ke tandas...Chan takut." ujar Chanyeol.
"Mari Hun temankan." ujar Sehun, tersenyum.
Ketika berada di luar tandas, Chanyeol berkata.
"Tunggu situ, Chan takut!"
"Ye...Hun tunggu sini!" balas Sehun.

Chanyeol keluar, tersengih.
"Dah siap?" soal Sehun.
"Dah, Chan bersihkan sendiri." ujar Chanyeol.
"Pandailah abang Hun ni." Sehun mengukir senyuman, mengusak lembut rambut abangnya.

"Adik Tao mana? Chan nak jumpa dia." soal Chanyeol sebaik mereka berdua melangkah masuk semula ke wad.
"Abang Tao ada kerja sikit. Kejap lagi datanglah dia." jawab Sehun.
Sehun menyerahkan patung teddy panda kepada abangnya.
"Chan nak tidur, ngantuk." ujarnya.
"Tak nak susu dulu ke?" soal Sehun.
"Nak!" jawab Chanyeol, mempoutkan bibirnya.
Sehun menggeleng, mengukir senyuman lalu menuju ke pantry.
Membuatkan sebotol susu untuk abangnya.

Masuk semula ke dalam wad, botol susu tersebut diserahkan kepada abangnya.
Chanyeol memeluk patungnya, seraya menghisap susu dari botolnya.
Sehun menghela nafas, mengukir senyuman lembut.
Perlahan Chanyeol mula terlelap.
Sehun mengusak rambut abangnya, seraya mencium dahinya.
Selimut ditarik, hingga separas pinggang.
Lalu menuju ke ruangan doktor yang terdapat di situ.

Berkutat dengan dokumen di situ, sesekali Sehun memerhatikan Chanyeol yang tertidur.
Dia menghela nafas.
Pintu wad diketuk.
"Masuk!" sahut Sehun dari dalam.
Terjengul kepala abang sulung mereka, Suho di celah pintu.
"Masuklah!" ujar Sehun.
"Saja abang datang sini, nak tengok macam mana adik-adik abang ni bekerja." ujar Suho, diiringi senyuman.
"Abang tak kerja hari ini?" soal Sehun.
"Setengah hari sahaja. Kan hari ini Sabtu." jawab Suho.
"Aduh...Hun lupa pulak!" Sehun tepuk dahi.
Membuatkan Suho terkekeh.
"Tao mana?" soalnya.
"Dekat kampus, dengan abang Kai. Katanya nak cari maklumat tentang penyakit abang Chan tu. Dan juga mencari cara untuk merawat." jawab Sehun.
Suho menghela nafas.
"Apa pun yang berlaku, jangan putus asa." ujarnya.

🌹🌹🌹🌹continued🌹🌹🌹

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now