BILIK DEKAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH...
Kai sedang berbincang sesuatu bersama ketua dekan fakulti mereka, HanGeng.
"Prof, saya ada kemusykilan sedikit. Boleh bantu saya tak?" soal Kai.
"Ada apa boleh saya bantu?" soal HanGeng, seraya mengukir senyuman.
Kai menceritakan tentang perihal Chanyeol yang menghidap sindrom Peter Pan.
HanGeng mendengar dengan penuh teliti.
Dahulunya HanGeng pernah bertugas sebagai doktor pakar psikologi di Hospital Queen Elizabeth.
Namun setelah bersara, HanGeng mengabdikan dirinya untuk universiti ini.
Mengajar dan berkongsi ilmu kepada para penuntutnya.Pintu ruangan di ketuk.
Kai dan HanGeng menoleh kearah pintu yang terbuka.
Doktor Taeyong tercegat di situ.
"Ada apa ni doc? Saya tengok kamu nampak cemas sahaja?" soal HanGeng.
"Prof. Hwang, tadi Sehun suruh kamu datang ke sana!" ujar Taeyong, pucat.
Kening Kai terangkat.
"Kenapa?" soalnya.
"Encik Hwang ChanLie, saya tak tahu apa terjadi pada dia. Dia pengsan di wad pemulihan." ujar Taeyong.
Kai menoleh kearah HanGeng.
Seraya menundukkan tubuhnya seketika.
"Maafkan saya, nanti kita sambung lagi perbincangan tentang hal ini." ujarnya.
HanGeng angguk.
"Tak apa, saya faham. Pergilah." ujarnya.Kai mengikuti Taeyong yang sudah berada di hadapannya.
Hatinya berdebar cemas, khuatir terjadi sesuatu dengan abangnya.
'Ya tuhan, lindungilah dia! Aku sayangkan dia!' batinnya resah.Langkah mereka semakin laju, sehingga sampai dihadapan pintu wad kecemasan.
Kebetulan beberapa orang petugas keluar masuk dari dalam wad tersebut.
Salah seorang jururawat yang terperasan akan kehadiran Kai segera menghampirinya.
"Prof. Hwang, kami minta maaf sebab tadi abang prof pengsan semasa di wad pemulihan. Darah membuak keluar dari hidungnya. Kami khuatir jika ada apa-apa terjadi padanya." ujarnya khuatir.
Kai angguk.
"Tak apa, saya faham. Mujur kamu cepat bertindak." ujar Kai, menarik nafas lega.Pintu wad dibuka.
Kelihatan Tao dan Sehun keluar dari situ.
"Bagaimana keadaan abang Chan?" soal Kai.
"Jangan risau, dia tak apa-apa. Sebenarnya abang Chan mengalami demam tinggi. Sebab itulah hidungnya berdarah." jawab Sehun.
"Tadi Taeyong beritahu abang Chan pengsan." ujar Kai.
"Ya, tadi dia pengsan disebabkan suhu tubuhnya agak abnormal. Namun kami cepat bertindak dengan melakukan prosedur mandi berjelum untuk mengurangkan suhu tingginya." ujar Tao, memegang bahu Kai.
Kai mengurut dadanya.
"Tunggu dia keluar dulu, barulah kita boleh lawat dia." ujar Sehun.
Kai angguk.
"Okey!" jawabnya ringkas.❤️❤️❤️❤️continued❤️❤️❤️❤️❤️
YOU ARE READING
LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL
FanfictionMuka dewasa Namun perangai agak kebudak-budakan Itulah yang terjadi pada Chanyeol, menghidap sejenis sindrom yang dikenali sebagai sindrom Peter Pan. Sindrom Peter Pan ini juga dikenali dengan nama 'little space syndrome' di mana penghidapnya berkel...