3

114 9 17
                                    

Kai yang sedang berkutat dengan fail-fail tesisnya menoleh kearah bunyi yang mengganggunya.
'Siapa pulak ni?'  batinnya.
IPhone 12 miliknya dicapai, lalu melihat skrin.
'Abang Tao! Ada apa ya? Baik aku jawab!'  batinnya terkejut.

Butang hijau digeser.
Panggilan bersambung.
"Hello...ada apa?" soal Kai.
"Boleh tolong abang tak?" suara Tao kedengaran agak jelas dihujung talian.
"Mesti berkaitan dengan abang Chanyeol, bukan?" Kai meneka.
"Betul. Bukan kamu ada belajar ke tentang Sindrom Peter Pan semasa kamu masih kuliah dulu?" soal Tao.
"Ada cuma tak berapa detail sangat. Apa pun saya cuba tolong abang setakat mana yang mampu." ujar Kai.
"Okey Kai, abang betul-betul perlukan pertolongan dari kamu untuk kali ini. Abang kena cari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh abang kita Chanyeol. Kalau boleh cuba Kai risik-risik dengan kengkawan yang lain manalah tahu mereka boleh bantu sedikit sebanyak." suara Tao kedengaran penuh pengharapan.
"As you wish brother. You can believe in me...i will try it!"  ujar Kai, mengukir senyuman tipis.
"Okeylah, abang ada kerja sikit. Jumpa di rumah nanti!" Tao menamatkan panggilannya.
"Okey." balas Kai ringkas.
Seraya menamatkan panggilan.

WAD PEMULIHAN...

Chanyeol merengek, hendakkan permainan lori yang dipegang oleh Sehun.
Ketika itu, Sehun menemani Chanyeol.
Bertujuan untuk dijadikan bahan tesis olehnya.
Sehun sudah merancang untuk mengadakan sesi terapi khas buat Chanyeol.
Tugasnya sebagai pakar psikologi benar-benar menuntut kesabarannya.

Sehun mengajar Chanyeol bermacam-macam perkara.
Dari rutin harian hinggalah ke permainan.
Sesekali Chanyeol terkekeh riang, bila dapat menjawab dengan tepat.
Dan memuncungkan bibirnya jika jawapannya salah.

Gelagat abangnya membuatkan Sehun berasa lucu.
Diajarnya Chanyeol bermain permainan berbentuk blok.
Sesekali Chanyeol bertepuk tangan bila berjaya melakukan apa yang disuruh oleh Sehun.
"Nak aiskrim tak?" soal Sehun, bila melihat Chanyeol ralit bermain dengan patung yang diberikan oleh abang sulung mereka, Suho.
"Nak!" ujar Chanyeol.
Lagaknya seperti kanak-kanak riang.
Membuatkan Sehun tidak berhenti tersenyum biarpun dadanya terasa sesak.

Sehun membawa sebekas besar aiskrim berperisa coklat kegemaran mereka.
Chanyeol terkekeh, bertepuk tangan keriangan bila melihat makanan kegemarannya terhidang didepan mata.

❤️❤️❤️❤️continued❤️❤️❤️❤️

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now