Suatu pagi di hari Sabtu....
"MAMA!"
Rengekan Chanyeol mengejutkan ibunya Jessica yang sedang sibuk menyiapkan sarapan.
Jessica menoleh, melihat Chanyeol yang berdiri di tangga seraya bibirnya terjuih ke depan.
"Ada apa ni?" soalnya.
"Chan basahlah mama, terkucil semalam. Chan takut nak ke tandas." ujar Chanyeol, agak manja.
"Tak apa mama, biar Tao gantikan baju abang Chan. Mama siapkanlah sarapan dulu." ujar Tao, yang ketika itu baru keluar dari bilik.
Jessica mengukir senyuman, lalu meneruskan kerjanya."Terima kasih dik Tao, abang rasa bersih sekarang." ujar Chanyeol, bila Tao menggantikan pakaian dan alas tidurnya yang basah.
Tao mengukir senyuman.
"Kalau takut nak ke tandas sorang-sorang, panggil Tao." ujarnya.
Chanyeol angguk.
"Mari kita pergi sarapan. Mesti mama dah siap masak." Tao tersenyum, seraya memimpin tangan abang keduanya menuju ke dapur.Sedang bersarapan, Sehun baru balik dari hospital kerana bertugas syif malam.
"Baru balik?" soal Jessica kepada anak bongsunya.
"Ya mama, Hun penatlah. Semalam je banyak pesakit yang Hun kena handle. Mujurlah staff nurse Jennie dan Lisa banyak membantu. Begitu juga dengan kak Chaerin." jawab Sehun, bersandar di sofa kerana kepenatan.
Semalam sahaja ada tiga orang mangsa kemalangan yang terpaksa dikendalikan oleh Sehun akibat kekurangan staf.
"Tak apalah, Hun rehat dulu, mandi baru sarapan. Mama tengok Hun pun dah mengantuk tu." ujar Jessica.
"Okey ma..." balas Sehun seraya berdiri lalu menaiki tangga menuju ke biliknya."Sehun dah tidur ke?" soal Tao kepada ibunya selesai sahaja mereka bersarapan.
Ketika itu, Jessica sedang membasuh pinggan.
"Dah tidur agaknya, mama tengok dia tu penat sangat." jawabnya.
"Tak apalah ma, nanti Tao jengukkan dia. Kesian pula Tao tengok adik Hun tu. Dah tiga minggu dia kena kerja syif malam. Lagipun hospital tempat Tao bekerja sekarang ini memang kekurangan staf." ujar Tao.
"Yelah, pergilah jenguk dia." ujar Jessica.Tao melangkah masuk ke bilik adik bongsunya.
'Kesian pula abang tengok kamu ni Hun. Ramai pula yang bercuti. Tak apalah nanti abang akan cari cara untuk handle masalah ini.' batin Tao, apabila melihat Sehun tertidur pulas kerana penat, dicampur lagi dengan rasa mengantuk.
Pintu bilik adiknya ditutup perlahan, lalu dia turun ke ruang tamu.❤️❤️❤️❤️continued❤️❤️❤️❤️
YOU ARE READING
LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL
FanfictionMuka dewasa Namun perangai agak kebudak-budakan Itulah yang terjadi pada Chanyeol, menghidap sejenis sindrom yang dikenali sebagai sindrom Peter Pan. Sindrom Peter Pan ini juga dikenali dengan nama 'little space syndrome' di mana penghidapnya berkel...