5

99 9 22
                                    

PASAR RAYA 1 BORNEO...
(Masa ini keadaan normal, belum ada pandemik)

Chanyeol melihat suasana di pasar raya dengan rasa teruja.
Bersamanya adalah Suho, Tao, Kai dan Sehun.
Sesekali Chanyeol terkekek keriangan apatah lagi bila Suho membelikannya patung teddy panda bersaiz besar untuknya.

"Adik nak makan apa?" soal Suho.
Senyuman manis terukir di wajahnya.
"Chan nak aiskrim!" jawab Chanyeol, seraya jarinya menunjuk kearah deretan gerai menjual aiskrim yang terdapat di situ.
"Kejap, nanti Tao belikan." ujar Tao.
Langkahnya dipercepatkan menghampiri salah sebuah gerai yang terdapat di situ.

Tidak lama kemudian, Tao datang dengan membawa dua kon aiskrim bersaiz agak besar.
Chanyeol bertepuk tangan kesukaan, sambil memeluk erat patung pandanya.
"Mari makan, biar Tao suap." ujar Tao.
Mencapai sudu yang disediakan, Tao menyuap aiskrim ke mulut Chanyeol sedikit demi sedikit.
Sesekali Chanyeol berceloteh, sambil bertepuk tangan.
Membuatkan senyuman tidak lekang dari bibir SuTaoKaiHun.

"Errr...kenyang!" ujar Chanyeol seraya mengusap perutnya.
Tao terkekeh.
Suho dan Kai juga tersenyum.
"Kita nak ke mana lepas ni?" soal Kai.
"Oh ya...kelmarin ada satu fun fair dibuka sini dekat Teluk Likas. Mari kita ke sana!" usul Tao.
Semua angguk setuju.
"Yeay yeay pergi fun fair!" ujar Chanyeol, menari keriangan.
Membuatkan keempat beradiknya tidak dapat menahan gelak.

Gelagat mereka berlima menjadi perhatian pengunjung disitu.
Ada yang tersenyum-senyum, dan ada juga yang berbisik-bisik.
Ketika ditanya, Suho menjawab sekenanya sahaja.

TELUK LIKAS FUN FAIR...

"Tao...mari!" ujar Chanyeol, menarik-narik lengan adiknya.
"Ahh...nak ke mana?" soal Tao.
"Tuuu..." jawab Chanyeol.
Bibirnya memuncung kearah booth yang menyediakan permainan.
"Ooo...nak Tao main tikam-tikam? Boleh!" ujar Tao.
"Yeaaayyyy Tao nak main tikam-tikam!"  Chanyeol bersorak riang.
Bertepuk tangan seraya terkekeh.
Patung panda miliknya dipegang oleh Sehun.
Dia menggeleng lucu melihat tingkah abangnya.

Tao dan Chanyeol ralit bermain tikam-tikam.
Kesemuanya mengena sasaran.
Chanyeol bersorak riang bila Tao memenangkan hadiah berupa teddy bear berwarna coklat.
"Nak tu...nak tu..." ujar Chanyeol, menunjuk ke arah patung yang dipegang oleh Tao.
"Nah...ini untuk abang Chan!" ujar Tao sambil menyerahkan patung tersebut kepada Chanyeol.
Membuatkan Chanyeol melompat keriangan.
Sikapnya benar-benar membuat SuTaoKaiHun terhibur.

❤️❤️❤️❤️continued❤️❤️❤️❤️❤️

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now