Suatu pagi di Hospital Universiti Malaysia Sabah...
"Selamat pagi Doktor Hwang!" tegur Chaerin kepada Tao, yang ketika itu sedang mengemas berkas fail dokumen pesakitnya.
Tao menoleh.
"Oh! Kak Chaerin...selamat pagi juga. Ada apa ni kak? Saya tengok kakak ceria hari ini?" soalnya, diiringi senyuman.
"Hari ini hospital kita akan menerima kedatangan pelatih baru, iaitu doktor pelatih dan jururawat pelatih. Mereka akan praktikal di sini selama tiga bulan." ujar Chaerin.
Tao mengukir senyuman.
"Ini sudah cukup bagus. Oh ya, petang nanti kumpulkan semua staf ya? Tiada yang terkecuali sebab kita akan mengadakan mesyuarat petang ini." ujarnya.
"Baiklah doc, kakak keluar dulu." Chaerin meminta diri.Petang itu, di bilik mesyuarat hospital...
"Selamat petang Doktor Hwang, ada apa panggil kami semua berkumpul ni?" soal Jennie.
"Tengah hari tadi, kita telah menerima kemasukan pelatih baru terdiri dari 24 orang doktor pelatih dan 65 orang jururawat pelatih. Kalau boleh saya minta kamu semua tolong berikan tunjuk ajar kepada mereka ya?" ujar Tao, diselangi arahan.
"As you wish Doctor Hwang, we will give the best for them." ujar Lisa.
Tao angguk, tersenyum melihat semangat anak-anak buahnya.
"Kita bersurai! Kamu teruskan tugas kamu, tentang para pelatih ini semua biar saya yang handle terlebih dahulu sebelum saya bahagikan mereka kepada beberapa bahagian." ujarnya.
Masing-masing keluar dari bilik mesyuarat, dengan senyuman yang terukir di bibir.
Teruja kerana mendapat pelatih baru.Sesi orientasi...
Tao bersama dengan para pelatih tersebut, berjalan mengitari kawasan hospital.
"Doc, sudah berapa lama bekerja di sini?" soal seorang doktor pelatih, mengenakan nametag bernama Lucas.
"Agak lama juga, dalam 12 tahun begitulah. Saya bermula dari bawah, sebagai seorang pakar psikologi. Selepas tu, saya belajar lagi dalam bidang ortopedik serta obstetrik. Habis tu, saya sambung lagi belajar untuk jadi pakar fisioterapi dan juga pembedahan. Kerana kerja keras saya selama enam tahun di hospital ini, saya telah dinaikkan pangkat menjadi ketua doktor di sini." ujar Tao, panjang lebar.
Para pelatih yang mendengar ceritanya berasa kagum.
"Doktor Hwang, awak adalah idola kami. Saya pun nak jadi macam awak!" ujar salah seorang doktor pelatih perempuan yang memakai tudung, bernama Aliyah.
"Terbaik! Tapi mesti kena usaha keras, kata orang jika melakukan sesuatu, buatlah sampai habis. Jangan buat alang-alang separuh jalan!" Tao membalas, memberi semangat kepada para pelatih di situ.❤️❤️❤️❤️continued❤️❤️❤️❤️
YOU ARE READING
LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL
FanfictionMuka dewasa Namun perangai agak kebudak-budakan Itulah yang terjadi pada Chanyeol, menghidap sejenis sindrom yang dikenali sebagai sindrom Peter Pan. Sindrom Peter Pan ini juga dikenali dengan nama 'little space syndrome' di mana penghidapnya berkel...