28

37 2 0
                                    

Suatu malam...

"Dik Tao tengok apa tu?" soal Chanyeol kepada Tao.
Ketika itu, mereka berada diluar rumah.
Tao sedang sibuk dengan teleskop miliknya, untuk melihat bintang.
"Abang Chan nak tengok bintang tak?" Tao menyoal balik abang keduanya.
Chanyeol angguk.
"Nak!" ujarnya riang.
"Sini dekat Tao. Tao nak bagi abang Chan guna ni." ujar Tao, menyerahkan teleskop tersebut kepada Chanyeol.

  Suho, Kai dan Sehun keluar dari dalam bilik.
"Abang Tao...jom kita buat barbecue sambil tengok bintang!" ujar Kai.
"Boleh!" jawab Tao ringkas.
Kebetulan abang sulung mereka, Suho membawa tempat untuk memanggang serta arang kayu.
Sehun pula membawa sebesen sayap ayam dan sosej yang telah diperap.
Kai pula membawa cooler box yang berisikan minuman tin dan kotak.

  Chanyeol yang melihat abang dan adik-adiknya berasa teruja.
"Yeaayyy! Kita memanggang lagi!" ujarnya keriangan.
"Mama yang suruh abang Chan, sebab dia tahu yang kita nak tengok bintang." ujar Sehun.

  Kebetulan Jessica dan HeeChul keluar kerana ada urusan.
Dan akan pulang pada hari lusa.
Sebab itulah Jessica awal-awal lagi menyediakan bahan untuk anak-anaknya membuat barbecue di luar rumah.
Chanyeollah orang yang paling teruja, kerana adik-beradiknya sanggup mengadakan aktiviti di luar rumah.

   Suho sibuk memanggang sayap serta sosej, dibantu oleh Kai.
Sehun pula menyertai Tao dan Chanyeol, melihat bintang menggunakan teleskop.
"Abang Tao, cantik betul bintang malam ni." ujar Sehun.
"Ya, memang cantik. Tak rugi kita buat aktiviti sekarang ni. Peluang bukan selalu ada sebab kita semua sibuk." jawab Tao.
"Betul." sahut Kai yang ketika itu sibuk membantu abang sulung mereka.
Suho yang mendengar perbualan adik - adiknya cuma mengukir senyuman.
"Oh ya...bila baba dan mama balik?" soal Chanyeol.
"Diorang balik lusa. Tahulah baba tu banyak sangat urusan. Kelmarin sahaja, ada beberapa orang pelabur nak buka syarikat hartanah di kawasan Penampang. Sebab tanah baba ada di sana." Suho menjawab.
"Bukan setakat itu sahaja, di kawasan Putatan dan Menggatal pun baba ada hartanah. Baba kita memang bijak, dia berfikir untuk masa depan kita semua." Tao pula menyambung.
Semua angguk.

♥️♥️♥️♥️CONTINUED♥️♥️♥️♥️

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now