"Dik Tao...buka pintu, Chan takut! Hueee..."
Chanyeol merengek di depan pintu bilik Tao pada suatu malam.
Chanyeol tidak dapat tidur, apatah lagi rumah mereka ketika itu blackout.
Seluruh kawasan perumahan mereka dalam keadaan gelap-gelita.Pintu dibuka.
"Eh! Kenapa ni?" soal Tao, kebingungan.
Masakan tidak, dia yang baru sahaja melelapkan mata terganggu dengan bunyi ketukan di pintu biliknya.
"Hiks...hiks...Chan takut gelap! Nak tidur dengan dik Tao. Boleh ke?" soal Chanyeol, dengan mata yang basah.
"Marilah masuk, kesian abang Tao ni." ujar Tao, tersenyum.
Lalu membawa abangnya masuk ke biliknya.
"Abang Chan nak minum apa? Nanti Tao buatkan." ujar Tao, mengusap sayang rambut abang keduanya.
"Chan nak susu!" ujar Chanyeol, terkekeh.
"Kejap, Tao buatkan...abang Chan diam-diam ye? Nanti Tao pasangkan lampu." ujar Tao.
Dia berdiri, menghampiri meja kecil disebelah katilnya.
Memasang emergency lamp yang sudah tersedia di situ.
Chanyeol tersengih.
Tao menyerahkan patung Hello Kitty miliknya, untuk dipeluk oleh Chanyeol.Tao berada di dapur.
Dengan bantuan emergency lamp yang sudah tersedia disitu, Tao membuatkan susu untuk abangnya.
Bibirnya mengukir senyuman, mengingat tingkah Chanyeol yang masih lagi keanak-anakan.
Gelas tersebut dibawa naik ke biliknya."Nah!" ujar Tao, menyerahkan gelas tersebut kepada Chanyeol.
"Terima kasih!" balas Chanyeol, tersengih lagi.
"Nak tak kalau Tao bacakan buku cerita buat abang?" soal Tao.
Chanyeol angguk.
"Nak! Chan nak dengar cerita Cinderella! Cerita tu best, mama selalu baca dulu kalau Chan nak tidur!" ujar Chanyeol.
"Okey, kejap!" ujar Tao, seraya bangun dari duduknya dan mencari buku yang dimaksudkan.
(Oh ya, bilik tidur Tao agak luas juga...maklumlah dia ketua doktor ditempatnya bekerja.
Bilik Tao ini ada perpustakaan mini dan meja komputer. Ini bertujuan untuk tugasannya.)Tao datang semula, membawa buku ditangannya.
Chanyeol sudah berbaring di katil adiknya.
Susunya juga sudah dihabiskan.
Tao membuka bukunya dan membacakan cerita yang diminta oleh Chanyeol tadi.
Ralit mendengar, Chanyeol akhirnya terlelap.
Tao menggeleng kepala, melihat abangnya yang telah tertidur.
Membetulkan selimut, seraya mencium dahi abang keduanya.
"Selamat tidur abang Chan, abang tetap kebanggan keluarga kita biarpun abang tak macam dulu lagi."ujar Tao, perlahan.❤️❤️❤️❤️ continued❤️❤️❤️
YOU ARE READING
LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL
FanfictionMuka dewasa Namun perangai agak kebudak-budakan Itulah yang terjadi pada Chanyeol, menghidap sejenis sindrom yang dikenali sebagai sindrom Peter Pan. Sindrom Peter Pan ini juga dikenali dengan nama 'little space syndrome' di mana penghidapnya berkel...