11

51 5 6
                                    

Suatu malam...

Tao tidak dapat melelapkan matanya.
Sedang berkutat di hadapan komputer, seraya membelek fail di tangan.
Komputernya dimatikan lalu melangkah keluar dari biliknya.

Keluar dari rumah, memandu ke tempat kerjanya biarpun bukan shifnya malam itu.
Kakinya laju melangkah ke ruangan psikiatri, kunci dibuka dan lampu dinyalakan.
Tao menghampiri pantry, membuat kopi untuknya.

Komputer dinyalakan.
Satu fail yang tersimpan didalamnya dicari.
Bibirnya mengukir senyuman bila menemui apa yang dicarinya.
Tao menghubungi Sehun, yang ketika itu bertugas shif malam.

"Ada apa bang?" soal Sehun dihujung talian.
"Datang ke sini, abang berada di ruangan psikiatri sekarang!" ujar Tao memberi arahan.
"Okey!" balas Sehun, lalu panggilan ditamatkan.

"Ada apa abang panggil Hun ni?" soal Sehun sebaik memasuki ruangan tersebut.
"Ini..." Tao menuding kearah skrin komputer didepannya.
Dahi Sehun berkerut.
"Siapa ni bang?" soalnya.
"Mungkin masa tu Hun belum masuk ke sini lagi. Ini adalah fail kes seorang pesakit bernama Hara. Dia ni pernah mengalami situasi sama seperti abang Chan kita. Cuma ia berbeza kerana dia tidaklah seteruk abang Chan." ujar Tao.
"Maksud abang sindrom little space?"  soal Sehun.
"Ya, cuma sindrom ini lebih kerap berlaku pada lelaki berbanding perempuan. Perempuan yang mengalami sindrom ini sama juga seperti lelaki cuma proses penyembuhan mereka lebih cepat sedikit berbanding lelaki." jawab Tao.
(Maaf kalau info kurang tepat)
"Maksudnya? Sel otak mereka lebih cepat pulih begitu?" soal Sehun lagi.
Tao angguk.
"Abang pernah kendalikan kes ni, dibantu dengan Dr. Choi dan kak Chaerin. Sebenarnya pesakit ini adalah sepupu kepada kak Chaerin." jawab Tao.
"Tak sangka..." Sehun menggumam.
Tao memegang bahu Sehun.
"Abang akan gunakan fail kes ini sebagai rujukan untuk merawat abang Chan kita." ujarnya.
Sehun angguk, tersenyum.
"Moga usaha kita berjaya." ujarnya.

Tao menelefon ke rumah, memberitahu tidak dapat balik.
Ia bercadang untuk tidur di hospital sahaja kerana ada simpanan pakaian ganti dalam lokernya.
Kai yang menyambut panggilan cuma menjawab 'ok'.
Dia sudah tahu jika Tao tidak balik ke rumah, Tao tetap akan menghubunginya.

🌹🌹🌹🌹continued🌹🌹🌹

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now