19

39 2 11
                                    

RESTORAN MERDEKA, 4:30 PM...

Seisi keluarga berkumpul di restoran tersebut, kerana HeeChul yang menyuruh mereka ke situ.
"Ada apa baba panggil kami ke sini?" soal Kai sebaik sahaja melabuhkan punggungnya berhadapan dengan ayahnya.
"Masih ingat tak rumah di Jepun yang baba ceritakan dulu?" soal HeeChul, merenung kelima-lima anak lelakinya.
"Ingat...ada apa dengan rumah tu baba?" soal Sehun pula.
"Rumah tu baba dah jual, begitu juga bisnes di sana. Lagipun baba dah ambil keputusan untuk fokus kepada bisnes di sini, sambil-sambil membantu abang Suho kamu." ujar HeeChul dengan senyuman.
"Syukurlah!" kelima beradik itu berpelukan gembira.
"Baba dah tak perlu ulang alik lagi ke Jepun. Bisnes di sini dah berbaloi untuk kita sekeluarga." ujar Tao, diangguki oleh Suho.
"Bagaimana bisnes perkapalan kita setakat ini?" soal HeeChul kepada anak sulungnya.
"So far so good baba, semakin ramai yang ingin melabur ke dalam syarikat kita selepas melihat potensi syarikat." jawab Suho.
"Oh ya, Hun dengar abang Suho bakal dicalonkan untuk anugerah Best Entrepeneur Of The Year. Abang Suho tercalon sebagai finalis untuk kategori Best CEO Of The Year." ujar Sehun.
Mendengar berita tersebut, Jessica memeluk suaminya.
"Baba kamu memang terbaik! Dan buktinya, abang sulung kamu bakal dapat anugerah!" ujarnya tersenyum.
Chanyeol pula bertepuk tangan gembira, membuatkan Tao ingin memeluk abang keduanya ini.

Dalam perjalanan balik, Kai yang memandu.
Menaiki SUV keluarga, suasana riuh memeriahkan keadaan dalam SUV tersebut.
"Abang, kalau abang dapat anugerah tu nanti...boleh belanja tak?" soal Sehun, seraya bersandar di bahu Chanyeol.
Tao yang duduk di sebelah Kai menoleh ke belakang, melihat gelagat adik beradiknya bersama kedua ibu bapanya.
"Sudah lama tak rasa seronok macam ni." ujar Kai.
"Ya, abang pun rindukan suasana begini." balas Tao.
"Oh ya, hujung minggu ni apa kata kita berkelah di Teluk Likas? Boleh bawa abang Chan mandi laut! Mesti dia suka." usul Kai.
"Bagus idea awak dik, abang Chan tentu teruja tengok laut! Kan dah lama kita tidak ke sana?" soal Tao.
"Ya! Dah lama Kai fikir tentang ni sebenarnya, sebelum baba dan mama balik dari Jepun. Inilah masa yang terbaik untuk bersama keluarga!" ujar Kai, teruja.

**__**__**__**__**__**

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now