03

25 9 15
                                    


Sebaik saja kakaknya memberhentikan kereta dihadapan pintu gerbang memasuki kawasan kolej, Sara dengan tergesa-gesanya ingin keluar dari kereta.

"Ehh nanti kejap!" tiba-tiba Selina menahannya saat pintu kereta dibuka.

"Apa lagi kak!? Orang dah lambatlah!"

"Kejaplah akak nak cakap.. nanti nak balik Sara tumpang Fie ya.. bukan apa akak maybe busy sikit hari ni.. takut Sara tertunggu-tunggu pulak"

Sara hanya meng'em kan saja, dia dah lambat sangat dah ni!

"Yelah yelah! Sara pegi dulu" dengan kalutnya dia pun keluar dari kereta lalu berlari masuk ke dalam kawasan kolej.

Selina hanya tersenyum melihat tingkah laku si Sara tu, tau pun kalut.. bangunlah lambat lagi.

Selina pun mula mengerakkan kereta untuk meninggalkan kawasan kolej.

Dalam perjalanan, telefonnya tiba-tiba berdering, dalam hatinya dia berasa sedikit pelik apabila melihat nama si pemanggil itu.

'Entah-entah nak dengar report pasal first day Sara kena denda agaknya' getus hatinya.

Yalah.. kita tengah bercakap pasal Sara okey... adiknya itu kadang-kadang perangai keras kepala dia tu memang menguji kesabaran orang. Mesti papa nak tau sama ada Sara betul-betul ikut denda atau pun tidak.

Selina pun mengeluarkan airbudnya lalu menjawab panggilan itu sambil meneruskan pemanduannya.

"Hello pa.. ya ada apa?"

"Elly dah ada kat kedai dah ke?"

"Belum.. tapi Elly dah nak sampai dah. Kenapa pa?"

"Papa nak Elly datang ofis papa.. ada benda penting yang papa nak discuss dengan Elly"

Berkerut dahinya. Hal penting apa???

"Boleh.. tapi ambik masa sikit la kot nak sampai.. takpe kan pa?"

"Takpe.. I'll wait.. papa pun takde meeting pagi ni so nanti Elly dah sampai terus masuk ofis papa ya." Nada suara papanya tidaklah kedengaran tegas tapi tetap jugak membuatkan Selina sedikit cuak dan tertanya-tanya.

Dah la soal adiknya baru saja settle semalam, kot-kot la ada lagi yang papanya nak tambah denda. Tapi buatnya dengan dia sekali yang kena macam mana? Kalau tak, takkan la sampai nak discuss kat ofis? Kenapa tak kat rumah je?

'Aduhh.. aku ada buat salah ke!??'

Selina dah mula panik tak bertempat.

"Okay.. see you there pa.. bye..." katanya sebelum panggilan ditamatkan.

Selina mengeluh kecil.

"Papa nak bincang pasal apa agaknya ya? Pasal Sara lagi ke? Atau.. sebab... eh!? Takkan la pasal tu? Papa kan dah setuju dengan syarat aku"

Buat masa sekarang ni hanya itulah yang terlintas difikirannya. Kalau tidak sebab Sara.. mesti sebab papanya mahukan dia berkerja di syarikat keluarga mereka itu.

Selina mengeluh lagi, tidak tahu bagaimana dia hendak memujuk ayahnya lagi jika soal itu yang akan berbangkit nanti.

Takkanlah syarat dia dulu tu dah tak valid?

Disebabkan Selina asyik berfikir soal itu, dia secara tidak sengaja terlanggar kereta dihadapannya gara-gara tidak perasan lampu trafik yang sudah bertukar merah.

Selina dah cuak.

"Habis la aku....."

•••••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now