32

11 4 8
                                    

Sambil memandu, ada kalanya dia mengerling sekilas lelaki yang duduk disebelahnya.

Dari tadi cuma pandang ke luar tingkap, sekali sekala perasan dia akan memeriksa telefonnya. Mungkin ingin memeriksa perkhabaran ibunya yang dimasukkan ke hospital tu kot.

Tapi kan...haish!

Dia awkward sebenarnya sekarang ni!

Mana taknya. Dah dua-dua senyap tak bercakap apa.

Dia sendiri pun sebenarnya tak kuasa nak memulakan perbualan tapi kalau dah dua-dua senyap macam ni memang awkward gila la jadinya..!

'Kalau tak disebabkan mak dia memang aku dah auto menyesal dah sekarang ni sebab dah offer dia naik satu kereta. Eiii awkwardnyaa!!!!!'

"Um.. Cik Saraléa.."

'Haa.. ada pun suara.. ingatkan nak terus jadi bisu dah.'

Haish.. Sara.. Sara.. sempat lagi tu nak mengumpat orang.

"Saya nak ucapkan terima kasih sebab dah hantarkan saya ke klinik tadi lepas tu sekarang ni pulak tolong hantarkan ke hospital. Saya minta maaf kalau saya dah menyusahkan dan ambik masa Cik.."

Ucap Soobin dengan seikhlasnya. Tapi Sara tu macam biasalah, hanya tayang muka takde perasaan dia je. Tapi sebelum itu, dalam diam sempat jugak dia membuat penilaian sendiri ketika memandang ke arah lelaki itu dengan ekor matanya.

'Hmm.. actually kan.. he's really good looking though.. padan la si Fie tu kata dia ramai peminat kat kolej tu.'

Masa ni jugak la bayangan lelaki itu yang sedang berbual dengan Hanna kembali terimbau di depan matanya.

'Takde maknanya la dia nak acah berbaik dengan kau Sara! Dia cuma beradab je sebab kau dah tolong offer nak tumpangkan dia.'

Dan disaat itu.. dia jadi sakit hati semula pada Hanna.

Pembetulan.

Dia memang selalu sakit hati pasal Hanna cuma kali ini berbeza.

Sara cepat-cepat mematikan lamunannya terhadap sepupu yang menyakitkan hati tu.

Dia pun membalas kata-kata lelaki itu tanpa memadangnya.

"Tak menyusahkan pun. Aku yang offer nak tumpangkan kau kan so kau tak payahlah nak minta maaf. Lagipun aku buat untuk mak kau, takkan la aku nak biarkan aje kau dengan keadaan sakit macam tadi tu.. nanti mesti mak kau risau. Aku ni memang la tak sebaik macam Hanna yang kau bela kan sangat tu tapi aku ni pun takdelah sejahat macam mak tiri Cinderella. I mean okay la.. aku mengaku aku ni memanglah jahat tapi takde la sampai 24 jam buat jahat je, adalah juga rasa kesian tu. Kalau tak, tak jadi orang la aku ni."

Dan seperti biasa, jawapannya memang tak sah kalau tak disertakan dengan nada sarkastik.

Sejujurnya dia tak kisah pun apa tanggapan orang kepadanya. Lebih-lebih persepsi lelaki ini terhadapnya. Dia hanya mahu pulang dengan tanpa rasa serba salah. Itu saja.

Lagi pula, memang dia juga punca kaki lelaki itu tercedera, jadi sebagai manusia yang masih punya hati perut takkan la dia nak biarkan aje kan?

Sara mengerling lagi ke arah lelaki itu bila tiada balasan darinya.

'Aiii senyap lagi?? Dah habis modal nak kenakan aku balik ke apa? Hari tu bukan kemain lagi.. tapi hari ni pelik pulak aku tengok mamat ni.'

"Saya betul-betul minta maaf.."

Sara jadi terkedu bila mendengar ucapan maaf itu.

Yalah.. dia tengah mengumpat dalam hati tapi mamat ni mintak maaf pulak.

Tapi yang buat dia sedikit terkejut, ucapannya kedengaran..... ikhlas.

Ucapan maaf yang berbeza berbanding ketika dia ucapkan kata maaf sewaktu kejadian di perpustakaan itu.

Ketika itu, pada pendengaran seperti memerli.

"Maaf untuk kata-kata saya pada Cik tempoh hari tu.."

Sara diam. Dia hanya fokus pada pemanduan, entah nak bagi reaksi macam mana pun dia tak tahu.

Memang la orang selalu minta maaf  walaupun tiada salah padanya.

Tapi ni..... macam tiba-tiba je.

'Betul ke apa yang aku dengar ni?? Mamat perasan bagus ni betul-betul minta maaf dengan aku??'

"Saya tahu apa yang saya katakan tu agak keterlaluan untuk seseorang yang langsung tak mengenali Cik. Masa tu saya cuma terlalu yakin yang saya berada di pihak yang benar. Saya rasa tindakan saya tu tindakan yang betul, tapi sebenarnya saya cuma bongkak dan terlalu prejudis dengan Cik. Saya sedar saya cuma bertindak hanya berlandaskan apa yang saya dengar dan apa yang saya lihat sampaikan saya tak peduli kesan kata-kata saya tu pada Cik. Saya tahu.. apa yang berlaku pada papa Cik tu sebenarnya ada kaitan dengan apa yang terjadi antara kita kat library tu kan?'

Dia tertunduk dengan hati yang sarat dengan rasa serba salah. "Saya betul-betul rasa bersalah pada Cik.. saya minta maaf sangat-sangat. "

Soobin memandang ke arah Sara.

Dia tahu gadis itu terasa dengan apa yang dia katakan tempoh hari.

Bukan niatnya ingin menghakimi sesuka hati, tapi ada kalanya kita akan dikaburi dengan keterampilan luaran seseorang sehingga kita terlupa untuk melihat hatinya juga.

Sara yang mendengar itu hanya membatu tidak membalas apa-apa.

Macam susah je dia nak percaya.

Lelaki yang mati-matian membela Hanna, lelaki yang begitu hebat berkata-kata soal dirinya yang egois.. kini meminta maaf darinya???

Soobin hanya memerhati saja gadis itu yang hanya diam dan fokus pada pemanduannya.

Mungkin masanya tidak tepat untuknya berbicara soal itu, tapi setidaknya dia sudah meluahkan rasa kesalnya dan sudah meminta maaf.

Sejak dari hari dia tahu soal kebenaran tentang Sara dan Hanna, hatinya memang tidak tenteram. Selagi dia tidak meminta maaf selagi itu rasa bersalah itu akan memakan hatinya.

Dia masih menanti reaksi Sara.

Tetap juga tiada balasannya.

Ralat kerana Sara tidak memberikan respon?

Mungkin..

Tapi dia faham, gadis itu mungkin masih lagi terasa hati dengannnya. Andai Sara membencinya pun dia akan terima saja.

Tiada apa yang dia boleh lakukan lagi jika itu adalah pilihan Sara.

Semua orang berhak membuat pilihan apa yang terbaik untuk diri masing-masing.

Tapi pilihannya pula..

"Cik.. what if.. we start over? Kita jadi kawan?"

•••••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now