17

18 8 2
                                    

"Yeonjun!!"

Dia yang sedang berbincang sesuatu dengan rakan sekelasnya di koridor itu pun berpaling ke arah suara yang memanggilnya.

"Apa hal dengan kawan kau tu? Kelam kabut je aku tengok?" kata salah seorang dari mereka.

Yeonjun hanya mengangkat bahu. Dia menanti rakannya itu menghampiri mereka.

"Apasal kau ni?" soalnya.

"Kau-- kau sabar kejap. Bagi aku ambik nafas dulu." Katanya dengan sebelah tangannya diletakkan di dinding dan sebelah lagi di pinggangnya.

Gaya macam orang yang tengah cuba nak menstabilkan nafas je.. eh hello! Dia punya penat tu jangan cakap okey! Ingat orang saja-saja ke nak marathon satu bangunan ni? Kalau tak sebab cerita sensasi ni memang tak la.

"Okey la Yeonjun.. kitaorang gerak dulu la.  Nak kena jumpa dengan prof ni.. nanti apa-apa hal kita discuss lain kali."

Yeonjun hanya mengangguk, setelah dua rakannya itu berlalu dari situ, dia pun kembali memandang ke arah Felix.

"Hm.. cakap la apa yang gempar sangat sampai kau beria cari aku ni"

Felix menghela nafasnya. Okey dah tak semput. Dah boleh menyampaikan berita.

"Kau tau tak apa yang jadi kat library tadi?"

Yeonjun bersandar di tepi koridor itu sambil berpeluk tubuh, "let me guess.. Sara buat hal kan?"

Felix pantas mengangguk. "Tapi kali ni bukan gaduh biasa-biasa tau! Ni dah macam si Sara tu nak melancarkan perang!".

Yeonjun agak penasaran. Kecoh sangat ke kat library tu? Teruk ke Sara bergaduh? Kenapa Fie tak call atau mesej pun bagitau? Bermacam yang dia fikirkan sekarang ini.

Selalunya kalau teruk sangat kes Sara memang Fie akan cepat-cepat bagitaunya kerana dia dah diamanahkan oleh sepupu Sara iaitu Han, kawan baik merangkap seniornya dulu untuk tolong tengok-tengokkan Sara di kolej ni.

Dalam erti kata lain jadi mata-mata tak berbayar.

Meskipun dia dah Sara sering bertingkah lidah dan tak sependapat tapi itu lebih kepada gaduh macam adik dan abang je atau orang kata gaduh frenemy. Namun, meskipun begitu dia sentiasa ingat akan pesanan Han itu. Jika Sara terlibat dalam pergaduhan yang besar dia tetap akan tolong selesaikan.

"Dia gaduh dengan sapa? Pasal apa?" soalnya serius.

"Aku takde la tau detail tapi dengar-dengar dari student yang ada kat sana, Sara gaduh dengan senior. Student lelaki, nama dia.. err.. something with Choi.." Felix cuba untuk mengingati nama pelajar itu.

Beberapa saat kemudiaan dia memetik jarinya. Patut la macam familiar!

"Baru aku teringat"

Yeonjun memandangnya.

"Dia tu roommate kawan kau lah! Choi Soobin Adriel kan nama dia?"

Terbutang mata Yeonjun saat nama itu disebut.

"What!!?"

                                   ***

Langkahnya dilajukan apabila dia ternampak Fie.

"Fie!!" panggilnya sambil berlari ke arah gadis itu.

Fie berhenti melangkah, menunggu Yeonjun disitu sambil memeluk tubuhnya dengan wajah yang kelat.

Dalam hati dia tahu sangatlah mengapa si Yeonjun tu kalut begitu. 'Mesti nak tanya pasal Sara la tu.. cepat betul cerita tersebar' gerutu hatinya.

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now