33

14 5 3
                                    

"Said what??" Soalnya dengan wajah yang keliru dan terkejut. Sel otaknya memang tengah loading sekarang ni.

Dia tak salah dengar kan???

"Kau ni kalau tengah buat lawak memang takde talent aku cakap because its not funny at all okay. Are you sure kepala kau takde terhantuk ke apa masa terlanggar kereta aku tadi? Takpe.. sampai je hospital nanti, suruh doktor kat sana scan kepala kau." katanya dengan nada sarkastik lalu menyambung lagi.

"Kau? Nak berkawan aku!? Perempuan yang satu kolej panggil dia perempuan angkuh, perempuan jahat??? Kau ni biar betul. Jangan nak merepeklah!" kata Sara dengan rasa tidak percayanya.

Jampi serapah siapalah yang punya angkara ni.

Melihatkan reaksi Sara itu Soobin hanya mampu tersenyum nipis. Dia tidak terasa hati pun dengan kata-kata Sara tadi yang kedengaran seperti menyindirnya.

Dia faham kalau gadis ini menunjukkan reaksi yang sebegitu.

Yalah kan.. siapa je tak terkejut. Sebelum ni terang-terangan dia memang tak berkenan dengan sikap Sara. Sementelah pula dia juga seorang yang tidak mudah nak berkawan.

Ini kalau Beomgyu atau Yeonjun tahu memang dorang akan kata dia dah buang tabiat.

Tapi percayalah.. dia takde niat lain.. dia memang ikhlas nak menjadi kawan kepada Sara, bukannya musuh seperti yang gadis itu mungkin fikirkan.

Lagi pula....

"Cuba faham dia.. i'm telling you.. dia tak sejahat macam yang kau dan orang lain sangkakan. Aku yakin kalau ada seseorang yang boleh tolong dia hapuskan rasa benci tu. Dia akan boleh berubah dan terima Hanna."

Kata-kata Han itu asyik berlegar dalam mindanya dan ia membuatkannya terfikir...

Takde salahnya andai dia mencuba untuk mengenali dan memahami isi hati gadis yang bernama Saraléa Amour ini.

Dia tidak mengharapkan lebih dari persahabatan ini tapi cukuplah sekadar dia dapat menebus sikapnya pada Sara sebelum ini.

Tapi kalau dia dapat membantu Sara mengatasi kebenciannya pada Hanna, itu mungkin satu bonus.

Padanya tiada yang salah pun semua itu.

Hanna tetap keluarganya dan Sara juga tidak rugi apa-apa jika cuba untuk berubah jadi seseorang yang lebih baik.

Bukankah itu yang kita semua usahakan dalam hidup?

Jadi lebih baik.

Tapi jauh dilubuk hatinya.

Dia tidak pasti alasan yang sebenar-benarnya mengapa dia buat keputusan begini.

Dia juga turut sama rasakan yang keputusannya ini agak tiba-tiba dan diluar jangkaannya.

Mungkin kerana dia terlalu ikutkan rasa bersalah dengan apa yang terjadi? Atau kerana rasa simpati pada Sara dan Hanna?

Atau mungkin juga..

Sebenarnya dia memang ingin mengenali Saraléa Amour?

"Kenapa? Saya ni tak cukup kateria ke nak jadi kawan Cik?"

Sara mengerling sekilas.

'Eh eh mamat ni.. perli aku nampak.'

"Kau rasa?" Dia menyoal lelaki itu kembali.

Belum orang tu nak jawab dia sendiri yang tolong jawabkan.

Dari kena sindir kannnn... so baik dia berikan hujahnya dulu.

"Lepas apa yang dah berlaku, takkan la semudah macam tu je kau kata kau nak berkawan dengan aku? Lagipun aku ni kan jahat pada Hanna.. pada semua orang. So bila kau kata kau nak berkawan dengan aku tu memang bunyinya macam merepek la. Tak masuk akal kau tau tak. And plus, kita memang takkan boleh jadi kawan pun sebab awal-awal lagi kau dah out dari senarai. Kau tu sebelahkan Hanna. Aku memang tak suka dengan perempuan tu dan aku tak nak ada kaitan dengan perempuan tu.. dan memandangkan kau memang baik dengan dia so you can forget about that sebab aku anti dengan orang yang baik dia!"

"Jadi sebab Hanna.. saya terus kena blacklist?"

Sara mengerling lagi dengan wajah kelat.

'Kau sendiri yang masukkan diri dalam list.. lagi nak tanya.'

"Blacklist tak blacklist.. itu memang prinsip aku. Even kalau kakak aku bela dia pun aku akan lancar perang dingin dengan dia, jadi kau mesti dah boleh agak kan betapa bencinya aku dengan perempuan tu. Kalau kau rasa aku ni terlalu ikutkan hati that is up to you. Aku tak peduli pun apa tanggapan kau pada aku tapi yang aku pantang adalah kalau kau cuba nak kaitkan aku dengan dia. Sebab tulah aku mengamuk kat kau masa kita kat library hari tu. So now i think better kau lupakan ajelah niat kau tu. Aku ni.. cuma akan beri pengaruh buruk je."

Soobin tersenyum nipis sebelum mengalih pandangan ke arah jalan dihadapannya.

"If we don't try we won't never know Cik Saraléa.."

Dia dapat rasakan pandangan Sara padanya bila dia berkata begitu.

"Saya ikhlas nak berkawan sebab saya nak kenal dengan Cik. Sebelum ni saya cuma dengar saja cerita tentang Cik dari budak-budak kat kolej tu.. dan itulah yang jadi punca saya dah sakitkan hati Cik hari tu. Saya judge tanpa saya kenal dengan Cik macam mana kawan Cik tu kenal Cik. Saya nampak Fie memang ambil berat sangat pasal Cik. That means.. you're a good friend. Jadi saya rasa tak salahkan kalau kita cuba jadi kawan? Dan kalau soal Hanna, mungkin Cik boleh mula belajar untuk tak libatkan kebencian Cik terhadap Hanna dalam semua perkara dan dengan semua orang. Maaf kalau kata-kata ni saya menguris hati Cik.. tapi.. kebencian takkan menjadikan hidup kita bahagia Cik. Tak salah untuk kita menutup pintu hati andai kita takut untuk terluka, tapi tak salah jugak kan jika kita berikan peluang kedua pada diri sendiri?"

Sara tidak berkata apa-apa. Setiap bait ayat lelaki itu seakan memberi kesan padanya..

Peluang kedua..

Itu adalah perkara yang dia tidak mampu lakukan seperti kakaknya dan Sunoo.

Hatinya sudah terluka dan tidak semudah itu untuk dia membuang kebencian itu..

Meskipun dia akui kata-kata lelaki ini ada benarnya, tapi seperti biasa.. egonya saja yang terlalu utuh untuk dirobohkan.

Dia pun memandang lagi ke arahnya.

Lelaki itu hanya memandang ke luar tingkap.

Tidak pula nampak seperti dia mengharapkan jawapan.

Mungkin tidak mahu memanjangkan topik agaknya..

'Kenapa kau bersungguh ingin berkawan dengan aku sedangkan kau tahu bagaimana sikap aku.. macam mana begitu mudahnya pandangan kau berubah terhadap aku..'

Dan ketika itu wajah Han terlintas di fikirannya.

Memang takde sebab lain lagi yang dia boleh fikirkan.

Han memang sudah ceritakan semuanya..

•••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now