42

11 3 0
                                    

"Abang!? Kau ada abang!?" Soal Beomgyu lalu terduduk disebelah Soobin.

Soobin hanya mengangguk.

Normal la kalau itu reaksi Beomgyu. Memang dia tak tahu pun!

Well.. technically, memang banyak benda pun yang Beomgyu tak tahu tentang Soobin.

"Mati-mati aku ingat kau ni anak tunggal. Habis tu kenapa aku tengok muka kau tu nampak macam stress je bila sebut pasal abang kau tu?"

Sekali lagi.

Dia rasa macam tak patut untuk menanya pasal hal peribadi keluarga Soobin. Hish mulut ni.. kepoh betul la nak tanya itu ini..

"Sorry Soobin.. aku- aku.. tak patut tanya macam-macam kat kau.."

Soobin tersenyum nipis. "Takdelah.. kau tak payah nak minta maaf bagai.. aku yang berahsia dengan kau so faham kalau kau curious.." dia berjeda seketika sebelum menyambung.

"Macam mana aku nak mulakan. It's.. a long story. Tapi apa yang boleh aku cerita.. dia dengan mama aku ada selisih faham dan pendapat. Dia dengan kata hati dan pilihan hidup dia.. mama aku pulak dengan prinsip dia. Akibatnya.. keluarga aku jadi pecah belah. Tapi mujur papa aku tak macam mama aku. Dia yang suruh aku tinggal dengan abang aku lepas aku tamat sekolah, dia nak aku belajar kat Korea.. but as you can figure it out, aku balik sini pun atas permintaan mama aku. Even though aku tak pernah setuju dengan tindakan mama aku pada abang aku tapi aku pun tak sebelahkan abang aku juga. Aku tak sanggup nak kecewakan mama.. aku kalau boleh nak jadi anak yang taat pada dia sebab dia adalah ibu aku. Dalam dunia ni takde yang lebih penting dari keluarga.. aku tak boleh bayangkan macam hidup aku nanti kalau mama aku bencikan aku."

Beomgyu terdiam mendengar cerita Soobin.

Langsung dia tidak menyangka seberat itu masalah keluarga Soobin. Rasa simpati dan serba salah menyelubungi hatinya.

"I'm so sorry.. maybe i shouldn't asked.."

"No.. it's okay. Memang aku nak ceritakan kat kau pun. Kaulah kawan yang paling baik pernah aku ada.. and i just thought that maybe you should know.. well at least aku pun dapat luahkan apa yang aku simpan selama ni. Lagipun takkanlah aku nak cerita kat Yeonjun atau Han pulak kan? Baik aku luah kat kau je."

Beomgyu hanya tersenyum. Ya.. betul jugak. Sesetengah perkara itu mungkin kita tidak perlu untuk beritahu pada orang lain, tapi ada juga perkara yang kita boleh berkongsi dengan orang yang kita percaya. Setidaknya beban yang dipikul itu terasa ringan.

"If you said so.. thanks man.. i'm glad if i can be one of the person yang kau percaya dan yang kau anggap sebagai kawan yang baik. Aku tak pandai sangat nak bagi nasihat or kata-kata semangat tapi sebagai kawan.. aku akan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kau.. aku harap juga yang one day keluarga kau akan bersatu semula.. you know mother is a mother.. tak kira apa pun, jauh di dasar hati dia.. rasa sayang pada anak tu tetap ada jadi kau jangan putus asa."

Soobin mengangguk perlahan. Kata-kata Beomgyu itu juga adalah harapannya selama ini.

Dia tidak pernah berputus asa.. dia akan lakukan apa saja demi untuk menyatukan keluarganya seperti dulu.

Apa saja.. termasuklah juga--

"Itulah yang aku harapkan Gyu. Aku tahu.. dalam hati dia, dia tetap sayangkan abang aku. Marah-marah dia pun, suatu hari nanti mesti akan lembut juga hatinya kan? Sebab tulah aku setuju untuk balik sini dan juga tunaikan hajat dia yang ingin aku dijodohkan dengan Hanna dengan harapan dia boleh maafkan perbuatan abang aku nanti."

"W--wait.. wait! What!!?"

Bingung dan terkejut yang teramat Beomgyu bila mendengar perkataan di 'jodohkan' dan nama selepas perkataan itu.

Apakah!!?---

"Cuba kau ulang balik??? Aku.. aku-- aku takut aku salah dengar. Kau!?? Hanna!??? You mean.. Lee Hanna?? Sepupu Saraléa? Hanna!!??"

Terkejut punya pasal, habis tunggang langgang soalannya.

Speechless habis!

Bayangkanlah..

Dari berteori yang dua tu ada apa-apa, rupanya memang ada apa-apa pun!!! Siap mak yang jodohkan!!?

Drama tv in real life betul!

Si Soobin ni pun satu. Takde warning takde mukadimah.. main rempuh je dengan plot twist macam tu, memang sah-sah orang akan terkejut!

"Ya.. apa yang kau dengar tadi tu betul. Aku dengan Hanna akan bertunang.. maybe lepas aku habis final."

Ternganga Beomgyu dibuatnya. Bertuah punya member.. Benda macam ni dia bagitau macam takde apa padahal ni berita mengejutkan tau tak!?

"I am... still in shocked. Like.. i know i was keep joking around.. kata kau dengan Hanna ada apa-apa... but! I'm totally not expecting something like this!? Patutlah kau protective sangat pasal dia sampai berani bersemuka dengan sepupu dia yang ego dan baran tu. Rupanya.. bakal tunang?"

Soobin melepaskan keluhan kecil.

Sebenarnya dia terlepas cakap pasal Hanna tu.. tapi tak kisahlah. Lambat laun dia memang akan dan kena bagitau kat Beomgyu jugak.

Alang-alang dah terlepas cakap tu, baik dia straight to the point je la.

"Actually aku takde kenal sangat dengan Hanna atau family dia, termasuk sepupu dia."

Berkerut dahi Beomgyu.

Dah tu!!?

"Maksudnya.. masa kau gaduh dengan Sara tu kau tak kenal lagi dengan Hanna?" Bulat matanya menyoal. Biar betul???!

"Lebih kuranglah. Mama aku ada la cerita pasal Hanna serba sedikit.. and to be honest memang aku sendiri yang pilih untuk study kat kolej ni sebab aku nak kenal dengan bakal tunang aku tu. Walaupun aku kata tadi yang aku terima soal perjodohan ni sebab hajat mama aku tapi aku nak terima bakal tunang aku tu dengan seikhlas hati. Aku tak nak buat sebab terpaksa." Terang Soobin. Beomgyu yang mendengar itu pun mengangguk tanda setuju.

"Betul la tu tindakan kau.. dalam kita taat pada permintaan ibu bapa, kita kena fikir pasal hati kita jugak. Kalau kau rasa ini yang terbaik, kau tunaikan la hajat mama kau tu.. tapi.. um... Hanna tau ke?"

Inilah yang dia tertanya-tanya dari tadi. Kalau dah Soobin ni tak kenal sejak dari awal maknanya Hanna lagilah tak tau kan?

"She knows."

"Really!?"

Okey. Dia tak jangka tu.

Soobin mengangguk. "Aku bagitau dia masa hari yang aku accident tu. And..."

"And?"

Beomgyu dah resah jadinya. Apa lagilah yang si Soobin ni tak bagitaunya.

"Her."

"Her? Who??"

"Saraléa Amour."

Σ(O_O;)

••••••

p.s note: i really need to insert that face HAHAHAHAHA

Gyu really need a break from all those news. XD
so how was it? puas hati tak? Ni baru reaction Gyu, agaknya la kan.. korang rasa Yeonjun, Fie.. dorang mcm mna? 😂

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now