38

13 5 3
                                    


Suasana malam yang dingin, nyaman dan mempesonakan dengan langit yang berbintang itu tidak begitu dapat mendamaikan hati dan fikirannya.

Dia yang pada ketika ini sedang berdiri di luar balkoni biliknya hanya memikirkan soal itu saja sepanjang hari ini.

Soobin Adriel..

Dia sedang fikirkan pasal lelaki itu.

++++

(Flashback)

Tidak lepas matanya dari memandang lelaki yang baru saja masuk tadi.

"Pekerja baru ke?"

Entah kenapa...

Hatinya tertarik ingin tahu pasal lelaki itu.

Walaupun wajahnya tidaklah begitu ketara tapi entahlah.. hatinya tiba-tiba pulak jadi taman bunga.

Tak boleh jadi ni! Dia kena juga tau siapa lelaki tu!

"Arin!" Panggilnya apabila pekerja senior di kedai kakaknya itu kebetulannya baru saja keluar dari bilik stor barangan.

"Ya Cik Sara?" kata gadis itu bila sudah berdiri dihadapannya.

"Kak Elly ada ambik pekerja baru ke?" Soalnya.

"Umm.. ada. Kenapa ya Cik?"

Makin berbunga hatinya! Happy sampai terpaksa ditahan senyum itu.

Tak la nampak ketara sangat teruja dia tu. Lagi-lagi depan si Arin ni pulak.

"Takde apa-apa. Cuma.. sebab tadi, aku nampak ada sorang lelaki ni masuk kedai.. tu pasal tanya. Dah lama ke dia kerja sini?"

"Um.. rasanya dah sebulan lebih jugak la."

Terangguk-angguk dia mendengar.. dah macam interview orang pulak.

"Okeyyy.. umm.. student ke?" Soalnya lagi.

Ni dah bukan macam interview dah tapi macam soal siasat orang.

"Yup. Tak salah saya.. dia belajar kat kolej yang sama dengan Cik."

Tika ini dah semacam alam semesta memihak padanya! Happy yang tak boleh digambarkan lagi!

"Nama??"

"Choi--"

+++++

(End flashback)

Dan ketika jugaklah hal yang menyakitkan hati itu berlaku.

Si Grace boleh pulak tumpahkan air di mejanya!?!?

Dia apa lagi.. memang naik anginlah masa tu. Mengamuk sakan sampaikan misinya nak cari tahu siapa jejaka itu pun jadi tergendala.

Nama pun dia tak tahu!

Tambah pula dengan segala benda yang berlaku sejak kes kat library tu buatkan dia jadi lupa seketika pasal jejaka misteri itu.

Tapi ternyata takdir punya perancangan yang lain.

Siapa sangka.

Hari ini.. identiti jejaka misteri itu akhirnya diketahui juga.

Masih segar dalam ingatannya ketika dia melihat jejaka itu buat pertama kali.

Jaket denim biru dan topi hitam..

Hari ini...

Penampilan yang sama dia lihat pada Soobin bila dia secara kebetulan ternampak lelaki itu sedang berbual dengan Hanna di tangga kolej.

Pada mulanya dia tidak mahu terlalu obses dengan perkara itu tapi bila terlintas yang Soobin juga bekerja disana juga, hatinya terus jadi kacau bilau dan tak tentu arah!

Soobin!?!? Orang yang dia benci adalah orang yang sama dia jatuh hati!?!?

Disebabkan dia tidak dapat menerima hakikat itulah yang dia sampai boleh mengamuk dalam kereta pada hari itu.

Tak nak percaya tu satu hal. Yang dia tak boleh terima bila Hanna ada di antara mereka.

Dia terasa dirinya kalah pada Hanna.

Egonya tercabar.

Dan hatinya... hatinya pula bagai dipijak lumat ke tanah bila terasa dirinya dipermainkan.

"Berbaik?? Kawan!? What a b*llsh*t!..."

"Papa tak bagitau Sara lagi ke? "

Perbualannya dengan ibu bapa lelaki yang padanya kini adalah lelaki hipokrit itu kembali terngiang.

"Bagitau Sara apa Aunty? "

"Pasal perjodohan Ad dengan sepupu Sara, Lee Hanna. "



•••••


p.s note : taadaa! may or may not really a plot twist about that whole thing pasal Soobin n Hanna since kat sinospis dh bg clue.. tapi! tapi.... korang ada terlintas tak yg Sara actually ada perasaan pada Soobin since begining!!???? well technically dia tak tau siapa first love dia tp now korang dn Sara dh tahu so..... ≧∇≦ tell me ur thoughts!

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now