10

16 7 2
                                    


"Sara sure ke tak nak aunty hantar sampai ke rumah?"

Sara yang sudah membuka seatbeltnya pun mengangguk.

"Sokay aunty.. Sara dah bagitau dah kat Kak Elly yang Sara nak datang kedai dia. Lagipun kat rumah Sara bosan jugak.. adik pergi school trip so takde sapa-sapa kat rumah"

Fie yang mendengar itu pun memutarkan biji matanya.

'Habis tu sepupu kau tu apa? Patung cendana?' kata Fie dalam hati sambil tergeleng kepala, Sara ni kan.. memang buat si Hanna tu tak wujud agaknya.

Dia memandang Sara yang duduk di kerusi belakang. "Okeylah.. see you tomorrow. Jangan tak datang kolej pulak! Esok kita ada group discussion.. aku tak nak jadi wakil kau lagi okey!"

Sempat lagi dia kenakan kawannya itu. Sara pulak apa lagi.. sepit ketamnya pun auto berfungsilah.

"Adoi! sakitlah!" terjerit Fie bila bahunya dicubit.

"Sapa suruh kau kenakan aku depan mama kau! Eii... bertuah punya kawan.." Sara pun memandang mama Fie yang hanya melihat saja dia dan Fie tadi.

"Urm.. thanks aunty sebab tumpangkan Sara.. kalau tak sebab aunty ada keje memang Sara akan belanja aunty makan kat kedai Kak Elly ni"

"Mama aku je? Aku ni kau tak nak belanja?" seloroh Fie ikut sedap jiwa dia je.

Sara buat muka menyampah. "Macam la selama ni aku tak pernah belanja kau"

Mama Fie tersenyum lagi melihat gelagat dua gadis itu. Memang dia dah tau sangat perangai dua orang ni macam mana.. bergurau tu memang tak kenal tempat.

Meskipun dia tidaklah begitu mengenali keluarga Sara tapi dia sangat rapat dengan Sara dan kakaknya, Selina. Jika dia ada urusan kerja disekitar sini atau kebetulan lalu memang akan dia singgah di kedai Selina.

Kagum sungguh dia dengan semangat wanita muda itu. Meskipun lahir dalam keluarga yang sudah punya legasi tapi Selina tetap juga ingin berdikari dan membina kerjaya sendiri.

Sara pula.. memanglah nampak seperti seorang gadis yang manja dan agak kasar tapi itu kerana dia dibesarkan dengan kemewahan. Tambahan pula, dia sudah kehilangan kasih sayang seorang ibu.. mungkin kerana itu ia mempengaruhi tingkah laku dan perwatakkannya.

Pada awalnya dia agak tidak berkenan anaknya berkawan dengan Sara tapi bila dia sendiri mengenali gadis itu dengan lebih rapat barulah dia mengerti sebab mengapa gadis boleh menjadi seperti itu.

"Aunty.. Sara pergi dulu ya.."

Suara Sara mematikan lamunannya. Dia mengangguk lalu menyentuh lembut kepala Sara seperti kebiasaan dia lakukan bila Sara datang berkunjung ke rumahnya.

Perilaku yang biasa dia lakukan pada Fie tapi ia membawa erti yang berbeza buat Sara kerana gadis itu sudah lama tidak mendapat belaian seorang ibu.

"Hal kecil je.. nanti kalau ada apa-apa just call aunty atau Fie.."

Sara mengangguk lalu keluar dari kereta. "Bye aunty.. bye Fie" katanya sebelum menutup pintu kereta.

Fie menjenggukkan kepalanya ke luar tingkap kereta. "Jangan lupa siapkan bahagian kau untuk projek berkumpulan tu"

Sara buat muka tak kuasa nak melayan "eii kau ni... tak habis-habis. Yalah yalah!" ujarnya acuh-acuh tak acuh.

Entah akan dibuatnya atau tidak. Kita tengok je la esok macam mana...

Bila kereta mama Fie sudah mula bergerak meninggalkan kawasan itu, Sara pun berjalan masuk ke dalam kedai bakeri kakaknya.

Dia duduk di tempat yang menjadi kegemarannya, meja kecil yang terletak di penjuru kedai dengan di sebelah kanan terdapat pokok bunga lily dan disebelah kiri pula terdapat rak yang tersusun novel-novel lama.

Sara sempat meneliti keadaan di dalam kedai itu. Meskipun dia jarang datang ke sini tapi sedikit sebanyak dia perasan juga dengan perubahan dalam kedai kakaknya.

Kedai ini tidaklah sebesar mana tapi jika dibandingkan sewaktu di awal pembukaan, kedai kakaknya sudah banyak melalui perubahan.

Dari sebuah kedai kecil yang hanya beroperasi menjual dan menjadi pengedar kepada peniaga lain, kini kakaknya sudah mempunyai jenama sendiri. Malah kedainya juga sudah diubah suai untuk kelihatan seperti sebuah kafe mini di dalamnya.

Sara termenung seketika, kakaknya memang jauh berbeza dengan dirinya.

Kakaknya itu tidak kisah dengan status keluarga mereka. Dia tidak malu untuk bermula dari bawah, modal juga dia anggap sebagai pinjaman dari papa. Jatuh bangun dalam perniagaan semuanya dia tanggung dan berusaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari papa.

Sara jadi tertanya-tanya..

Suatu hari nanti mampukah dia berdikari seperti kakaknya? Tanpa kekayaan keluarga?

Sedang dia tengah mengelamun itu, tiba-tiba pandangannya terpaku pada seorang pemuda yang baru masuk ke dalam kedai. Wajahnya tidak begitu jelas kerana dia memakai topi.

"Pekerja baru ke?" Sara jadi tertanya-tanya sendiri.

•••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now