43

13 4 3
                                    

(Flashback)

"Cik--"

Dia menghalangi Sara dengan memegang lengannya setelah mereka berdua keluar dari bilik mamanya.

Tapi bila melihatkan wajah dingin gadis itu yang sedang melihat lengannya, dia pun melepaskan pegangannya.

"Sorry. " Ucapnya seraya menjarakan diri.

"Nak apa?"

"Um.. i just.. wondering if.. you have anything you want to ask me?" soalnya dengan sedikit teragak-agak.

Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana dia hendak berbicara dengan Sara mengenai perkara itu.

Dengan segala yang sudah berlaku, dia tidak mahu nanti gadis ini fikir dia ada niat lain.

Cukuplah sekali Hanna menjadi mangsa gara-gara tindakannya. Kalau boleh dia tidak mahu timbul salah faham lagi.

"I do actually. " Balas Sara sambil berpeluk tubuh.

Wajah gadis itu memang beku tanpa perasaan. Nak kata marah, tak. Nak kata suka, lagilah tak. Yalah pasal Hanna kot.. takkanlah okey macam tu je kan?

"Just ask. Anything." Ujarnya.

Sara pun menjongketkan keningnya.

"Anything? Okey. First of all. Kakak aku tahu?"

Anggukkan kecil diberikan.

"Mama saya ada bagitau yang Hanna ada cousin.. so i just thought that maybe i should get to know her family.. jadi saya pun mintaklah kerja kat sana. But it just recently Kak Elly tau siapa saya.. mula-mula tu dia memang marah sebab saya berahsia dengan dia tapi lepas saya dah ceritakan semuanya dia faham dan bersetuju untuk rahsiakan dari Hanna dulu--"

"And also from me?"

"Bukan macam tu--"

"Habis tu macam mana?" Sara memotong cakapnya. Dia pun tergelak sinis.

"Mustahillah kau tak tahu aku ni adik Kak Elly. Mengaku jelah yang memang dari awal.. kau tak nak aku tau siapa kau sebenarnya sebab kau tak nak ada kaitan dengan orang jahat macam aku ni kan?"

"Saraléa listen to me-"

"Patutlah beriya sangat bela dia dulu tu. Bakal tunang rupanya. Yalah.. aku kan dah sakitkan 'Cik Tuan Puteri' kau tu.. mesti kau marah sangat kat aku kan? Tapi aku nak tanya.. aku ni memang jahat sangat ke kat mata kau sampai kau nak jadi sebahagian dari keluarga aku pun aku tak layak nak tahu?"

Dia hanya mampu mendengar saja sindiran dari Sara itu. Dia tahu Sara masih terasa hati dengannya.

Dia akui.. dia sudah menyakiti perasaan gadis itu dengan kata-katanya dulu dan ianya memang tidak boleh ditarik balik kerana akibat dari kejadian itu dah berlaku dah pun.

"Cik.. Tentang kejadian tu, okey.. saya mengaku memang masa tu saya kenal siapa Cik. Tapi sebelum tu saya memang langsung tak terfikir yang Cik ni adalah Sara. Maksud saya.. masa tu saya fikir mungkin kebetulan nama sama jadi saya tak pernah terlintas yang Saraléa Amour yang semua orang kat kolej tu kenal dengan Sara, sepupu Hanna yang mama saya ceritakan tu adalah orang yang sama. Saya pun masih baru kat kolej tu jadi tak banyak yang saya tahu.. salah satunya.. adalah Cik ni adalah sepupu Hanna. I know it sound doesn't make sense--"

"Why? Because i'm not like what you expected? Macam Kak Elly yang baik.. yang ambik berat pasal Hanna tu?"

Soobin mula ditimpa rasa bersalah lagi. Dia tahu Sara memerlinya.

"Saya akui.. memang saya agak skeptical dengan Cik bila saya dapat tahu yang Cik adalah adik Kak Selina. Mungkin Cik tak ingat tapi kita pernah terserempak kat kolej pada hari yang sama Cik datang ke kedai hari tu. Masa tu Cik terlanggar saya dan terus pergi macam tu je. Saya bersangka baik mungkin Cik terkejar untuk ke kelas. Tapi masa tulah saya perasan yang wajah Cik nampak familiar, rupanya memang Cik adalah adik Kak Selina. Saya cam sebab mama saya ada tunjukkan gambar family Cik pada saya... dan bila saya nampak Cik marahkan Grace kat kedai hari tu saya mengaku yang saya tak suka dengan sikap Cik. Sebab tulah saya tak terus kenalkan diri siapa saya sebenarnya.. lebih-lebih lagi dengan apa yang dah jadi.. saya tahu ianya takkan semudah tu untuk Cik terima saya dalam keluarga Cik." Terangnya panjang lebar tanpa meninggalkan satu pun detail dalam penjelasannya.

Segala apa yang dia ingin jelaskan sudah pun dia luahkan.

Sara dilihatnya hanya diam memadang ke arah lain. Wajahnya seperti sedang menahan rasa sakit hati.

Mungkin teringatkan kejadian yang berlaku antara mereka di perpustakaan hari itu barangkali?

"But that was before i know the truth.. about you and Hanna."

Pandangan Sara pun kembali fokus padanya.

"So my guess was right. Han yang bagitau?"

Dia pun mengangguk tanda mengiyakan.

Sara tersenyum. Tapi dia boleh nampak itu adalah senyuman sinis.

"No wonder semudah itu pandangan kau terhadap aku boleh berubah dalam sekelip mata je. Sampaikan nak berbaik. Kenapa? Sebab kau kesiankan aku? Atau kau sebenarnya kesiankan Hanna?"

Nadanya kedengaran sengaja disiniskan saat menyebut nama itu. Soobin hanya memandangnya.

Susah sangat ke Sara mahu percayakan dirinya?

"Jawablah!--"

"I already answer that masa kita kat dalam kereta." Balasnya jujur.

Tapi Sara kelihatan masih lagi ragu-ragu untuk percayakan kata-katanya.

"I don't buy it. Lepas mak kau bagitau pasal pertunangan korang tu what else could it be kalau tak kerana Hanna? Jadi dah jelas kan... kau berbaik dengan aku sebab kau nak lindungi bakal tunang kau tu dari aku."

"Sara-"

"Kau takut aku apa-apakan dia lagi kan!?"

"Saya buat kerana awak!"

•••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now