16

15 8 0
                                    

"ARGHH!!"

Bergema jeritan amarah Sara di dalam tandas itu. Mujur tiada sesiapa pun disitu melainkan Fie. Kalau orang lain tentu dah seriau bila mendengar Sara menjerit tadi.

"Aku benci dia!! Aku bencikan lelaki tu!! Berani dia hina aku!!"

Fie hanya mampu berdiam diri saja. Melihat Sara yang teramat marah itu, lebih baik diam daripada memberi komen yang akan mengudang bala pada diri sendiri.

Sara menunduk di hadapan cermin dengan kedua belah tangannya diletakkan bersebelahan dengan sinki.

Mengigil tubuhnya menahan rasa amarahnya bila mengingatkan kembali apa yang terjadi di perpustakaan itu.

+++

"Hanna? Apa hal pulak dengan perempuan tu?" dia menyoal dengan nada yang kasar.

Padanya dia tidak ada salah pada perempuan itu! Memang selayaknya kena macam tu.!

"Saya tak tau apa masalah Cik dengan dia.. tapi sebagai kawan, saya harap Cik takkan susahkan dia lagi, apatah lagi nak aniaya dia. Hari tu saya nampak Cik koyakkan nota-nota dia.. tak cukup dengan tu Cik hempas pulak laptop dia. Tak lama lagi nak final exam.. tergamak Cik buat kat sepupu sendiri macam tu? Cik tau kan semua tu penting untuk dia nak hadapi exam nanti. Kalau pun Cik bencikan dia janganlah sampai hilang rasa belas kasihan pada orang"

Sara hanya kaku disitu. Kejadian itu kembali menerjah ingatannya.

Memang dia sengaja buat begitu pada Hanna kerana pada masa itu dia terlalu marah.

Dia memadang lelaki itu dengan rasa amarah yang membuak-buak.

'Berani dia nak jatuh salah semuanya pada aku!?'

"Kau tak tau menahu-nahu satu hal pun pasal aku dengan perempuan tu! Jadi kau tak payah nak jadi baik kat sini dengan nak bela perempuan tu sebab aku takkan rasa bersalah walau sebesar hama pun! Masalah aku dengan perempuan tu.. takde kena mengena dengan orang luar.. so don't you dare nak tunding jari kat aku seolah-olah aku la manusia yang paling jahat. You know nothing!"

Bergetar suara Sara. Amarahnya kini sudah bercampur dengan rasa benci dan terluka.

"Saya tak kata pun Cik jahat. Tapi Cik juga tak berhak nak menghukum orang. Memang betul.. saya tak tau apa-apa pasal Cik dengan Hanna, saya cuma bercakap ni hanya sekadar atas dasar seorang kawan yang hanya nak menegur orang yang telah buat salah pada kawannya. Walau apapun salah dia pada Cik.. pada saya perbuatan Cik tetap salah. Kalau tak sebagai seorang sepupu pun kasihankan dia sebagai seorang pelajar.. Cik nak ke jadi penyebab dia gagal dalam exam nanti? Penyebab masa depannya musnah?"

Sara hanya tersenyum sinis. "Aku tak peduli sikit pun la"

Lelaki itu juga ikut sama tersenyum. Entah apa la makna senyumannya itu. Tapi Sara pasti kerana jawapannya tadi.

'Apa lagi ya yang kau nak cakap Encik Yang Terpaling Baik!?'

"Saya takde niat nak sakitkan hati Cik.. sekali lagi saya minta maaf. Tapi satu je nasihat saya pada Cik, kita ni tak selamanya berada di atas.. suatu saat bila kita berada di bawah.. berdoa la semoga orang yang pernah kita berbuat salah tu akan memaafkan perbuatan kita. Mungkin sekarang ni Cik tak peduli pun. Tapi percayalah.. suatu hari nanti.. bila Cik dah menyesal, jangan sampai Cik melutut untuk minta maaf pada Hanna"

+++

"PERGI JAHANAMLAH DENGAN MAAF KAU!!!"

Tepik Sara semahunya. Hatinya terlalu sakit dengan kata-kata lelaki itu!

"Bawak bertenang Sara! Jangan la macam ni!"

Fie sudah tidak sanggup nak melihat Sara begitu. Terpekik macam nak bunuh orang! Seriau dia dibuatnya! Tak pernah-pernah dia lihat Sara semarah ini!

Fie memeluk tubuh Sara, dia mengusap belakang tubuh sahabatnya itu. "Dah la Sara...jangan fikirkan lagi. Makin kau fikir nanti ia hanya akan buat kau bertambah sakit hati je.. kau lupakan la apa yang dia cakapkan tu"

Sara menolak tubuh Fie. Air matanya dikesat dengan kasar.

"Kau nak suruh aku lupakan!? Fie... kau dengar tak apa yang dia cakap kat aku?! Dia kata aku akan melutut minta maaf kat perempuan tu?"

Nada suara Sara mula meninggi. "Kau dengar tak Fie? KAU DENGAR TAK!? DIA KATA AKU AKAN MELUTUT MINTA MAAF KAT PEREMPUAN TU!!"

Air matanya mengalir lagi. Saat ini seluruh ruang hatinya begitu membenci lelaki itu! Kesakitan kerana peristiwa lalu kembali meremukkan hatinya.

"Kau bagitau aku Fie... kalau aku melutut minta maaf kat perempuan tu--"

Fie sudah bergenang air matanya, dia tidak pernah melihat Sara menangis teresak begini.

"K-kalau aku melutut sekalipun.. dia boleh hidupkan mama aku ke?"

Fie menunduk. Disengka air matanya yang hampir gugur.

"Aku tanya kau ni Fie!! Dia boleh ke kembalikan mama aku!!? Tak kan?!! Sebab dia memang tak akan boleh!! Mama aku selamanya takkan kembali lagi pada aku sebab mak ayah dia dah--"

Fie terus menarik Sara dalam pelukkannya. Dibiarkan Sara menangis semahunya.

"Dah Sara.. jangan cakap lagi.. aku tak nak tengok kau macam ni.. jangan nangis lagi"

Tapi Sara tidak berhenti menangis, malah dia makin teresak.

Sudah terlalu lama dia menyimpan air mata ini. Tidak terlintas di fikirannya yang hari ini dia akan menangis.

Lelaki itu sudah menguris bekas luka dihatinya dan kini luka itu kembali berdarah.

"Aku bencikan dia Fie... aku benci dia!" ucapnya berkali-kali.

••••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now