53

19 2 0
                                    

"Kalau pasal Soobin tu aku boleh brain lagi.. yalah mamat tu kan boleh tahan handsome.. mana tau Sara tu nak cuba-cuba pikat dia ke apa kita mana tau.. Tapi! Yang kes Hanna tu yang aku tengah pening sekarang ni." Kata Yunna sebaik saja mereka sudah selesai dengan kerja mengintip si Sara tadi.

Haii Yunna.. sempat lagi kau puji muka handsome si Soobin tu ya.

Sambil mereka berdua menuruni anak tangga, Fie pun mengeluh memikirkan soal itu.

"Entah la Yunna.. aku pun tak tahu nak komen apa. Macam yang aku bagitau kau tadi la.. yang pasal Hanna tu memang Sara takde sembang apa pun dengan aku.. tau-tau je Sara tu datang kolej dengan Hanna."

Yunna mengusap dagunya macam gaya tengah berfikir.

Kan bagus kalau kau khusyuk berfikir macam tu masa prof tengah mengajar......

"Firasat aku la kan.. aku rasa ni ada kena mengena dengan Uncle Eduord. Mungkin lepas apa yang jadi Sara dah insaf? Yalah kan cuba kau fikir.. papa dia sakit masuk hospital sebab apa? Sara tu takdelah jahat mana.. aku rasa dia nak berbaik dengan Hanna mesti sebab papa dia.."

Hmm. Bagus ada kawan yang husnuzon macam ni. Tak terus assumed yang bukan-bukan.

Tapi kan... Sejujurnya, memang la Sara tu tak jahat.. tapi.. err.. she is quite complicated jugak orangnya kan?

Nak kata jahat tu takde la jahat yang sejahatnya sebab Sara tu sedih jugak dengan apa yang berlaku pada papa dia tu.

Tapi nak kata baik memang tak la kan? Kalau tidak, takdenya dia nak rancang nak balas dendam semua tu betul tak?

Aish.. Sara, Sara..tergeleng orang dengan perangai dia ni.

"Ada point jugak cakap kau tu.." Balas Fie pula menyuarakan pendapatnya.

"Kalau pasal Hanna mungkin la kot sebab tu papa dia tapi yang pasal Soobin tu... Hish! Takkan la! Kau nak cakap Sara tu dah jatuh hati kat mamat tu ke apa??"

Aik.. serkap jarang yang mengena pulak si Fie ni.

"Takdelah sampai ke situ.. aku main cakap je tadi. Mungkin ada cerita yang kita tak tahu yang Sara tak bagitau kita lagi? Tapi kalau betul pun apa salahnya kan? Okey apa kalau Sara dengan Soobin. Sama cantik sama padan. Lain la kalau mamat tu dah berpunya."

Alahai.. agaknya kalau dorang dua ni tahu yang Soobin tu bakal tunang Hanna macam manalah agaknya ya?

Mendengarkan itu Fie tidak pula membalas.

Entah kenapa dia jadi tak sedap hati je.....

"Eh Hanna!"

Yunna tiba-tiba menyebut nama itu.

Fie pun berjalan ke sebelah Yunna untuk menjenguk ke arah tangga bawah.

Lahh.. kebetulan betul.. baru je sembang, tuan punya diri terus muncul.

"Hai Yunna.. Fie." Ucap Hanna ramah seperti selalu apabila sudah berdiri dihadapan mereka berdua itu.

Fie tersenyum membalas sapaan itu. "Hanna dari mana ni?" soalnya berbahasa.

"Baru habis discussion dengan prof.. sekarang ni nak ke library.. nak betulkan assigment sikit."

"Lah.. tak sudah lagi ke pasal assigment? Bukan exam tinggal beberapa hari je lagi? Ish! Ni yang takut jadi senior ni nanti. Tak terkejar nak buat itu ini." Kata Yunna menyampuk bicara Hanna.

Fie pun terus menyiku lengan sahabatnya itu.

"Banyaklah kau... sekarang ni pun berlambak assigment kau yang tak siap. Senior tak senior.. assigment memang dah jadi masalah hidup kita dah pun. Kalau kau tak nak hidup kau kat U ni jadi huru hara kau rajin-rajin la siapkan kerja tu on-time. Eiii.. kau dengan Sara memang takde beza.. diri sendiri yang suka tangguh lepas tu nak salahkan kerja banyak la apa la.."

Kecik besar je Yunna pandang si Fie ni.

Fie kalau bab nasihat pasal study memang boleh tahan laser jugak. Itu yang Sara kadang-kadang naik angin kalau kena bebel dengan Fie.

"Wah.. kemain ya kau kenakan aku."

Hanna yang diam itu hanya tersenyum je melihat dua sahabat itu bertingkah lidah.

"Aku cakap benda betul. Nasib la kalau terasa." Balas Fie pula selamba.

Yunna dah berdegus halus. Berdebat dengan Fie ni bukan boleh menang!

Dia pun kembali memandang Hanna.

"Hanna tadi kata nak ke library kan? Kebetulan tadi saya pun dari sana, jumpa dengan Sara.. dia cari awak."

Aduh! Lurus macam pembaris betul la si Yunna ni... main percaya jeee apa yang Sara tu cakap.

"Oh ye ke?" Kata Hanna dengan kerutan halus di dahinya. Sara mencarinya? Kenapa tak call je?

"Kalau macam tu okeylah.. Hanna pergi jumpa dia sekarang. Thank you Yunna."

Sebaik saja Hanna berlalu dari situ Fie pun menyiku lengan Yunna lagi sekali.

"Apa?" Soal Yunna sedikit annoying. Minah ni main siku-siku orang pulak.. bagi siku kan baru tau!

"Sara cari Hanna? Pasal apa? Kau takde cakap pun tadi?"

"Aku terlupa la.. Sara pun takde cakap pulak apa sebabnya.. aku malas la nak tanya lebih-lebih, kan naik angin pulak minah tu.. akuuu jugakkk yang kena. Okey la Fie.. nanti-nanti kita sambung borak.. aku nak kena masuk kelas ni.. aku jumpa kau kat kafe je la nanti ya?"

Fie hanya mengangguk.

Setelah Yunna menghilang dari pandangannya, Fie pun menoleh ke arah koridor yang menghala ke arah perpustakaan kolej.

Entah kenapa hatinya semacam merasakan ada sesuatu yang tidak kena saja.

Tapi kerana Sara itu sahabatnya dia tidak mahu bersangka yang bukan-bukan..

"Perasaan aku aje kot.."


••••

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 03, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now