19

20 7 7
                                    


"Jadi maknanya selama ni kau memang tak tau la yang kau kerja kat kedai kakak dia!?" soal Beomgyu dengan wajah yang terkejut.

Malam itu di dorm pelajar kolej, mereka berdua sedang sibuk menyiapkan assignment.

Tapi dalam pada kesibukan itu, si Beomgyu ni tetap jugak mahu tahu apa yang berlaku di library siang tadi dari Soobin.

Sebaik saja berita 'pergaduhan' Sara dengan Soobin sampai ke telinganya, memang dia terkejut habis! Benda yang selama ini dia berharap takkan terjadi akhirnya berlaku juga.

Kan betul sangkaanya.. memang akan kecoh! Kalau pasal Sara tu memang cepat je berita akan tersebar.

Siapa tahu mungkin lepas ni Sara tu akan balas dendam kat kawannya yang sorang ni. Dia tu dah la student baru, dari takde apa-apa kes terus nama jadi bualan kat kolej sebab terjebak dengan Sara.. kan dah jadi satu hal.

Si Sara tu... jangan haraplah akan biarkan saja orang yang telah mencabar egonya itu hidup senang kat kolej ni. Tak kira la siapapun, confirm akan dihuru harakannya.

"Aku tak pernah pun jumpa dia selama dekat 2 bulan aku kerja kat situ. Aku pun takde la ambik tau kalau pekerja lain duk bersembang pasal adik Kak Elly. Dorang pulak selalu panggil dia 'Cik Diva' so aku takde la nak syak apa-apa, tapi semalam tiba-tiba je dia datang lepas tu boleh pulak bergaduh dengan pekerja kat sana.. dari situ la baru aku dapat tau adik bos aku tu sebenarnya Saraléa Amour yang semua student kat kolej ni duk bercakap selama ni."

Sebut je pasal tu terus dia mengeluh bila memikirkan tentang perangai dan sikap ego gadis itu.

Jujur dia katakan, sedikit sebanyak gadis itu memang menguji kesabarannya.

Kejadian di kedai Kak Elly dan apa yang berlaku pada Hanna itu juga turut terlintas di mindanya.

Dia tahu bukan tempatnya untuk mencampuri urusan peribadi antara gadis itu dengan Hanna tapi sebagai seorang kawan dirasakan tiada salahnya andai dia mahu membela Hanna.

Andai kata-katanya salah pada penerimaan gadis itu, jadi tiada apa yang dia boleh lakukan.

Jika tidak dapat menerima tegurannya, bermakna gadis itu hanyalah mengagungkan egonya sehinggakan perkataan maaf tiada dalam kamus hidupnya.

"Sara tu memang macam tu perangai dia.. orang buat salah sikit kat dia memang habis la kena blacklist terutamanya kalau pasal Hanna. Macam kes kau ni la. Takde pasal-pasal dah masuk list musuh dia. Sebabnya kau bela Hanna depan muka dia. Apa lagi.. memang jadi angin taufan la si Sara tu.."

Fokus Soobin pada assignment jadi terganggu bila perkara tentang gadis itu mula menjadi topik perbualan mereka.

"Beomgyu.. kau tau apa-apa tak pasal dia dengan Hanna?"

Beomgyu memandang Soobin sekilas sebelum menyambung semula kerjanya.

Dalam hati dia berasa hairan juga, Soobin yang dia kenal tak pernah-pernah nak ambik tau pasal orang. Tapi kali ni macam bersungguh pulak dia nak tahu.

"Tak banyak la.. apa yang aku tau.. Hanna tu dah lama tinggal dengan keluarga Sara and for some reason Sara memang benci giler dengan Hanna. First day Sara masuk kolej ni pun dia dah cari pasal dengan Hanna. Dengar cerita dia buat sepupu dia tu sampai masuk bilik rawatan kau tau.. start dari situ la semua student kat kolej tau yang Hanna tu sebenarnya sepupu dia dan pasal tu jugak la Hanna tu hilang kawan.. bukan apa, diorang tu cuma tak nak terjebak dengan Sara je. Yang still betul-betul berkawan pun sorang je.. nama dia Rya"

Beomgyu menceritakan apa yang dia tahu tentang Sara dan Hanna.

Jujur, memang tak banyak yang dia ketahui sebabnya dia pun takde lah berkawan rapat dengan Hanna dan Rya. Fie dan Yunna hanya sekadar kawan biasa atau rakan sekolej saja. Si Sara tu pulak jauh sekalilah nak dibuat kawan dan pasal Yeonjun, dia juga tak begitu pasti sejauh mana Yeonjun tahu mengenai Sara dan Hanna.

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now