12

15 8 14
                                    




"Macam mana kau buat keje huh!!? Bawak air pun boleh tumpah!!"

Sara terus-terusan memarahinya tanpa menghiraukan beberapa orang pelanggan yang berada di situ.

Suasana jadi agak tengang dengan amukannya tadi.

Dua orang pekerja yang berada disitu pun hanya mampu memandang saja. Mereka tidak berani mahu masuk campur.

Sara mengelap dressnya dengan tisu. Kalau ikutkan hatinya, nak je dia baling gelas tu kat muka budak tu! Bengang betul dia! Macam ni ke pekerja kakaknya buat kerja!? Cuai!

"M-maafkan saya Cik Sara! Saya betul-betul tak sengaja! B-biar saya tolong bersihkan!" katanya sedikit tergagap- gapap kerana berasa bersalah.

Kalut Grace ingin membantu membersihkan kesan minuman pada dress Sara itu.

Tapi belum sempat dia berbuat apa-apa, Sara sudah menolaknya dengan kasar.

"Get away from me!"

Grace sudah berkaca matanya, malu dengan pelanggan-pelanggan yang memandangnya tu satu hal.. sekarang ni dia rasa bersalah sangat.

Dia betul-betul tak sengaja tertumpahkan air tu tadi, tapi memang dia akui itu adalah salahnya.. dia yang cuai.

"Maafkan saya Cik Sara" ucapnya lagi sambil tertunduk. Tak berani dia nak bertentang mata dengan gadis ini. Semua orang kenal dan tau macam mana barannya adik kepada bos mereka yang sorang ni.

"Maaf?" kata Sara dengan nada mengejek.

"Senang betul kan.. buat salah lepas tu mintak maaf! Kalau air tu kena laptop aku tadi macam mana!? Kalau rosak kau nak ganti? Banyak sangat ke duit kau tu nak bayar ganti rugi!"

"Sara!"

Dia menoleh ke arah pemilik suara itu.

"Apa halnya ni?" Han berdiri disamping Grace.

Han memandang Sara yang sudah berpeluk tubuh itu. Mukanya pula memang nampak sangatlah tengah bengang.

Arin yang mengekori Han tadi berdiri sedikit jauh dari situ. Tak nak la dia dekat-dekat, kan nanti tak pasal-pasal dengan dia sekali kena dengan Sara.

"Han tengoklah apa yang budak ni dah buat kat Sara!! Habis kotor tau dress dengan beg Sara!" adu Sara dengan nada geram. Sakit betul hatinya! Dah la dress ni baru saja dia beli.

Han melepaskan keluhan kecil. "Dress dengan beg je pun..bila dah cuci nanti bersih la.. Sara tak boleh la marah sampai macam ni sekali kat dia."

Han cuba untuk meredakan keadaan tapi makin berapi pulak Sara dibuatnya bila Han seolah-olah membela pekerja kakaknya itu.

"Yang Han nak bela dia ni kenapa!?" Sedikit keras nadanya membalas.

Han memandangnya seketika.

'Marah betul dia ni....'

"Ni bukan soal bela ke apa tapi benda kecik je kan.." katanya lagi dengan nada memujuk tapi tak jalan jugaklah nampaknya bila tengok muka Sara yang dah semacam nak telan orang je bila tengok Grace.

"Benda kecik apanya!! Mahal tau dress dengan beg ni! Dengan gaji setahun dia tu pun belum tentu dia mampu la nak bayar ganti rugi!" kata Sara dengan lagak sombongnya.

Arin yang hanya jadi pemerhati dari tadi itu hanya mampu mengelengkan kepala.

Manja sangat adik bosnya ni. Manja tu satu hal.. ni garang nak mampus!

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now