07

24 8 23
                                    

"Macam mana dengan kaki kau? Sakit lagi ke?"

Hanna duduk dikerusi bersebelahan dengan katil.

Dia bergegas ke bilik rawatan ini sebaik saja kelasnya tamat. Tapi sebelum dia ke sini dia ada meminta bantuan dengan Yeonjun agar mewakilkannya untuk memulangkan nota yang dia pinjam dari seseorang.

Nasib baiklah dia sempat berjumpa dengan Yeonjun tadi, kalau tidak satu hal pulak nak mencarinya. Bukan apa, dia dah berjanji dengan tuan punya nota tu yang hari ini dia akan memulangkan semula nota itu. Dia bukan seorang yang suka mungkir pada janji.

Betapa dia bersyukur sangat pelajar itu sudi mahu meminjamkan notanya. Kalau tidak.. terpaksa la dia berkampung kat library semata-mata nak kumpulkan semua nota-nota pelajarannya semula. Dahlah exam nak dekat.. silap-silap tak dapat la dia nak study.

Serta merta dia terimbas kembali kejadian yang berlaku seminggu yang lalu.

Gara-gara dia berlaku jujur dan bercakap benar dengan pakcik saudaranya, ia ternyata mengundang amarah sepupunya itu.

Tidak cukup dengan maki hamun, notanya habis dikoyakkan. Malah laptopnya juga dihempas sampai rosak jadinya.

Tipulah kalau dia kata tidak terkesan dengan tindakan Sara tapi dia juga tidaklah sampai berdendam. Cuma.. terkadang dia berasa penat..

Penat kerana terpaksa berhadapan dengan kebencian Sara.. meskipun dia tahu dia sememangnya layak dibenci tapi tidak pernahkah terdetik di hati Sara mahu memaafkan?

"Hanna!"

Tiba-tiba dia tersentak dari lamunannya.

Dia memandang rakannya dengan wajah yang kebinggungan.

"Huh?"

Rya yang melihat itu pun tergelak kecil.

"Kau ni sempat pulak berkhayal ya.. ni mesti kau tengah fikir pasal sepupu kau tu kan?" soalnya lembut.

Tapi apabila melihatkan wajah Hanna yang muram itu, dia pun mencapai tangan Hanna lalu tersenyum nipis padanya.

"Hanna.. aku okey je.. alah sakit sikit je ni.. esok lusa baik la nanti" ujarnya dengan senyuman dibibirnya, ingin menghilangkan rasa bersalah rakannya itu.

Hanna ni memang baik sangat.. hatinya terlalu lembut.

Tapi sebenarnya bukan salah sepupunya juga. Masing-masing yang cuai, tergesa-gesa.. itu yang sampai terlanggar.

Cuma... sikap Sara tu je. Tapi itu biasalah, dah memang begitu sikapnya, jangan haraplah nak mengalah. Andai memang salah Sara pun, takkan berlaku la dalam sejarah Saraléa Amour akan meminta maaf.

Dia melepaskan keluhan kecil, khuatir andai Hanna menyangka Sara yang menolaknya hingga kakinya terseliuh.

Bukannya dia tak nak bersuara bila Sara menuduh Hanna begitu tapi dengan Sara yang dah naik angin lepas tu dengan Fie pulak kata mereka dah lambat nak kelas, itu yang dia berdiam diri saja. Salah cakap kan makin berapi pulak Sara.. nanti tak pasal-pasal Hanna pulak yang kena.

Tapi bila difikirkan semula pasal tu, Rya pulak yang diburu rasa bersalah.

"Hanna..."

Dia menanti Rya menyambung bicaranya. Sebenarnya dari tadi lagi dia perhatikan saja Rya, mesti rakannya itu turut sama memikirkan soal Sara.

"Apa dia?"

Rya mengeluh.

"Pasal pagi tadi tu.. bukan salah dia pun. Aku yang tergesa-gesa nak jumpa prof, dia pun lambat nak ke kelas itu yang sampai terlanggar kat tangga tu. Kaki aku terseliuh pun bukan sebab dia... benda dah nak jadi, bukannya sebab dia tolak aku ke apa" katanya tanpa meninggalkan satu pun detail cerita.

Hanna tersenyum nipis, dia hanya menganggukkan kepala.

Dia kenal Sara. Dia sudah dapat mengagak yang Sara takkan saja-saja nak buat macam tu.

Yang dia kesalkan hanyalah sikap Sara.

Mengapa Sara perlu biadap dan kasar sebegitu pada Rya? Rakannya dah pun meminta maaf walaupun ia bukan salah sesiapa tapi Sara tetap juga memarahinya, bukan setakat marah je tapi turut menghina Rya.

Hanna tahu, Sara tidak suka dengan Rya sebab Rya adalah kawan baiknya. Sara hanya menunggu masa saja untuk mencari salah Rya supaya dia mempunyai alasan untuk menyusahkan Rya kelak.

Bencikannya sampai Rya pun turut sama menjadi mangsa...

Sara memang tak boleh melihatnya hidup senang. Ada saja benda yang dia akan lakukan semata-mata mahu membuat hidupnya susah.

Dia sebenarnya sudah kehabisan cara untuk berbaik dengan sepupunya itu.

Bukan dia tak mencuba, dah puas dah dia berusaha ingin berbaik dengan Sara tapi kalau dah hati dah penuh dengan amarah dan kebencian.. dirinya tetap takkan diterima sebagai ahli keluarga walau apa jua alasannya.

Hanna tersenyum nipis. "Kau tak payah la fikir pasal tu.. aku tau la bukan salah kau dan bukan salah Sara juga. Cuma....."

"Cuma kau tak suka dengan sikap Sara kan?" Rya memotong bicara Hanna.

"Alah.. semua orang tau la Sara tu memang baran orangnya. Dah masa tu dia lambat nak ke kelas, lepas tu terlanggar pulak dengan aku yang memang dia 'alergik' nak tengok muka ni.. itu pasallah marah dia tu bertambah-tambah jadinya" katanya dengan nada bergurau.

Dia tau apa yang Hanna ingin katakan tadi.. tapi nak buat macam mana, dah memang Sara tu tak suka padanya. Tegur baik-baik masa terserempak pun boleh kena maki inikan pulak terlanggar.. time dia dah lambat nak masuk kelas pulak tu.. hadap la!

"Aku bukannya apa.. aku cuma tak nak Sara jadikan kau sasaran untuk dia nak lepaskan kemarahannya pada aku je. Kau bukan tak tau dia dengan aku ni macam mana.. semua pasal aku ada je yang tak kena kat mata dia.. dia bukan boleh tengok aku happy" ujar Hanna meluahkan perasaan.

Rya hanya mendengar saja. Dah selalu sangat dia menjadi tempat Hanna meluahkan rasa terkilannya dengan layanan Sara yang dari dulu tidak pernah baik padanya.

Terbit rasa simpati buat rakannya itu.

Sudahlah anak yatim... sepupu pulak membenci dan melayannya seakan musuh. Siapa je yang tak stress hidup sebumbung dengan sepupu yang macam tu?

Tapi setidaknya ahli keluarga Sara yang lain baik padanya. Cuma Sara saja yang tidak pernah menerima Hanna.

Dia jadi teringatkan semula kejadian pagi tadi...kat kolej ni baru sikit.. kalau di rumah entah macam manalah Sara menghamburkan kebenciannya pada Hanna.

•••••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now