41

9 3 0
                                    

Sebaik saja pintu bilik dibuka, Beomgyu yang ketika itu sedang menaip mesej ditelefon terkejut bila melihat roommatenya.

"Soobin? Bila kau balik ? Bukan kau mc ke?"

Soobin yang lagi berbaring sambil membelek telefonnya itu pun bangkit lalu duduk disisi katil.

"Baru je tadi. Aku malas la nak cuti lama-lama kan banyak pulak kerja yang tertangguh.. dengan final pun minggu depan dah nak start. Kejap.. yang kau ni pulak? Awal balik dorm. Selalunya bukan kau lepak library dulu ke?" Soal Soobin pula.

Beomgyu meletakkan beg sandangnya di atas meja belajar sebelum duduk di atas kerusi disitu.

"Saja.. bosan jugak asyik study kat sana. Lagipun petang karang aku nak temankan Yeonjun pergi jumpa Han."

"Jumpa Han??"

"Oh- sorry! Lupa pulak nak bagitau kau. Yeonjun... beberapa hari lepas dia ada jumpa aku, dia cakap Han nak cari pekerja kat studio fotografi dia. So dipendekkan cerita, Yeonjun ajaklah aku temankan dia pergi sana sebab dia nak try buat part-time kat situ."

Soobin terangguk mendengarnya. Cakap pasal Han, dia pun sebenarnya ada benda juga nak dibincangkan dengan Han nanti.

"Yeonjun adalah rekomenkan aku kerja tu, tapi aku terpaksa tolak sebab lepas final aku memang nak terus balik Korea."

Soobin sedikit terkejut bila Beomgyu sebut tentang itu.

"Kejap! Kau nak balik Korea? Cepatnya. Kau tak nak cuba kerja kat sini ke?" Soalnya.

Dia memang tahu yang Beomgyu tidak akan tinggal lama di Paris setelah habis belajar tapi tak sangka pula secepat itu.

"Hmm.. tak kot. Kau pun tahu kan aku ada mak aku je. Bila aku dapat tawaran belajar kat sini dulu, berat sebenarnya hati aku nak tinggal dia.. hampir je aku aku nak tolak tawaran belajar ni tapi mak aku yang nak aku teruskan jugak, dia nak aku habiskan belajar dan capai impian aku. Pasal kerja tu.. aku memang dah niat nak balik Korea and kerja kat sana je lepas habis belajar. Lain la kau.. family kau memang ada kat sini."

Air muka Soobin pun berubah mendung. Dia teringatkan seseorang..

"Tak jugak.." Ujarnya dengan nada yang mengendur.

"Selama ni aku tinggal kat Korea pun sebab dia ada kat sana. Aku pun sebenarnya tak decide lagi kalau aku nak terus stay kat sini atau balik Korea jugak."

Beomgyu jadi keliru dengan kata-kata Soobin. Memang dia tidak tahu banyak soal latar belakang rakannya ini.

Soobin memang seorang yang pendiam dan perahsia, sebab itulah perihal keluarganya jarang sekali dia nak bercerita kat sesiapa.

"Dia tu.. siapa?"

Macam tak patut pulak dia nak bertanya, tapi rasa nak tahu tu dia tak boleh nak sorok. Lagipun Soobin sendiri yang bukak topik tu, jadi rasanya tak salah kot kalau dia tanya... kan?

Soobin diam seketika bila mengenangkan saat dia ingin berangkat ke sini beberapa bulan yang lepas.

"Kirimkan salam sayang aku pada mama dengan papa.."

"Why don't you tell them by yourself. Ikut aku sekali balik Paris."

"You know i can't.."

"Come on.. it's been 6 years. Aku yakin mama tu takkan selamanya lah nak buang kau.. she loves you."

"Sebab dia sayanglah dia kecewa dengan aku. Aku dah bangkang cakap dia. Aku dah belakangkan dia.. tapi aku pun manusia biasa je Ad.. aku buat keputusan untuk ikut kata hati aku sebab aku yakin inilah kebahagiaan aku."

"How about our family? Kau tak nak ke keluarga kita balik macam dulu?"

"Jawapan itu ada pada mama. Aku pergi atas kehendak mama dan aku cuma boleh balik kalau itu mama mahukan. Bukannya aku tak sayangkan keluarga kita..tapi aku tak boleh tinggalkan dia jugak. She is also part of my life, my world.. and i can't live without her.."

"Soobin?"

Bayangan itu terus lenyap dari ruang ingatannya bila mendengar suara Beomgyu.

"Sorry.. um. Kau cakap apa tadi?"

"Takdelah.. aku tanya.. yang kau maksudkan 'dia' tu siapa? Tapi kalau kau tak nak cerita pun takpe.. aku faham." Ujar Beomgyu serba salah saat melihat wajah Soobin yang nampak seperti orang yang ada masalah.

Memang sah! Ada cerita disebaliknya, tapi kalau terlalu peribadi dia tak naklah memaksa pulak.

Dia pun ingin bangun dari kerusi, mahu membersihkan diri dulu sebelum pergi ke studio Han tapi suara Soobin mematikan niatnya.

"Dia.. abang aku."


•••




p.s note : a lil bit about Soobin since i didn't tell u guys tht much. I know its maybe boring to read about unrelated scene but i am someone yg sgt pentingkan detail so i tend to write(?) a long a** scene or chp.. tu sbb nnti supaya takde plot hole or anything yg korng tak paham nnti.. so i hope be there with me until the end oke even diri sndiri ni tak tahu bila story ni nk habis 😅


Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now