44

14 4 1
                                    

"Because i want you to be happy Saraléa.."

Kata-katanya itu ternyata memang memberi kesan kepada Sara.

"Kau jangan nak mainkan aku--"

"I'm not.."

Dia menghela nafas berat. Dia teringatkan apa yang Han pernah ceritakan padanya sebelum ini.

"I know what you've been through and i couldn't imagine how hard it for you. I'm so sorry because i caused you to feel that pain again.. Saraléa.. I'm truely sorry..  I shouldn't said that to you. Saya tak sepatutnya hakimi awak. Saya lupa yang awak pun manusia biasa yang lalui penderitaan sama macam orang lain tapi kerana saya angkuh, saya abaikan semua tu dan hanya menilai awak pada luaran saja sedangkan dalam hati... awak pun pernah terluka."

Dia memandang gadis itu. Dan pada masa itulah dia perasan ada jernih air mata di tubir mata Sara.

Terkedu dia melihatnya.

Sara menangis..?

"Saraléa..?"

Gadis itu cepat-cepat menyeka air matanya. Wajahnya kembali dingin.

"If you feel sorry, you can just ask for a apology. No need to waste your time nak berkawan dengan orang macam aku. Kau takkan boleh faham kesakitan aku because-- you.. are just like everyone else. You can't see my pain because you only see me as a bad person..."

Ada getaran pada suara Sara.. dan ia benar-benar memilukan hatinya.

Kali ini dia benar-benar dapat melihat sendiri sisi itu pada diri Sara.

Sisi yang rapuh dengan penderitaan.. yang pernah tewas pada ujian.

"Then give me a chance.."

Dia memadang Sara dengan penuh keikhlasan, mengharapkan agar Sara mempercayainya seperti dia mempercayai Fie dan juga Han.

"Kau nak cakap apa sebenarnya ni!?"

"I just want you to believe me."

"For what!?"

"Peluang untuk saya kenal awak.. sebab saya tak sanggup nak tengok awak dalam kesakitan."

Sara seperti tidak mengerti dengan maksudnya. Mungkin juga tidak menyangka itu adalah alasannya.

"Kadang kala.. bila kita tahu penderitaan seseorang.. kita mahu melindunginya dari kesakitan itu. Bukan kerana atas dasar simpati, tapi kerana niat ikhlas dihati mahu melihatnya gembira seperti orang lain.."

Jawapannya itu membuatkan Sara terdiam lagi. Lama dia begitu.. seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

Tapi melihatkan riak wajah yang dingin itu membuatkan dia sukar untuk mentafsir kemungkinan yang sedang gadis itu fikirkan.

"Masa kau kata kau nak berbaik dengan aku. Are you really meant it ? "

"Sounds like you still doubt on me."

Sara sudah mula buat muka menyampahnya.

"Tell me a very good reason kenapa aku perlu percayakan kau? Even pasal kau ni anak kawan papa aku pun kau nak berahsia. "

"Saya bukan nak berahsia dari awak. Saya cuma belum beritahu awak je."

Tajam je pandangan Sara padanya.

"Sama je tu!"

Tiba-tiba terlepas gelak kecilnya melihat Sara yang naik angin itu. Bukan dia sengaja, jauh sekali nak sakitkan hatinya.. tapi bila lihat wajah Sara yang tampak comel bila tengah marah tu dia jadi geli hati pulak. Rasa nak terus mengusik jeee gadis garang ini.

"Apa yang kelakarnya!? " Marah Sara lagi.

"Betul cakap Han. Awak ni sebenarnya gadis yang manja kan? Tak boleh gurau sikit. Terus nak melenting."

Melihatkan pipi Sara yang sedikit memerah itu dia jadi tersenyum. Suka pulak dia bila dapat mengusik gadis ini

"Cik Saraléa. Kalau saya nak berahsia saya takkan ajak awak datang sini jumpa dengan mama dan papa saya tau. Baik awak tahu sendiri masa hari saya bertunang je."

Sara diam. Mengiyakan kata-katanya la kot.

"Ada apa-apa lagi yang awak nak tanya?" Soalnya pada Sara tapi dia masih diam.

"Kalau macam tu.. biar saya yang tanya awak pulak."

Sara memandangnya.

"Why you so mad when i called you Amour?"

•••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now