04

26 8 9
                                    



Dari jauh lagi dia sudah dapat melihat kelibat kawannya itu. Punyalah kalut berlari sampai dilanggarnya seorang pelajar lelaki yang sedang berbual melalui telefon.

Fie hanya tergeleng melihat Sara. Dah langgar orang tu bukannya reti nak minta maaf ke apa.. ni tak.. main bla macam tu je!

Sara.. Sara... Tau pun nak kalut bagai, sapa suruh datang lambat! Ni kalau Yeonjun ada lagi kat sini memang berdesinglah telinga Sara kena kutuk dengan dia.

Saat Sara sudah menghampirinya, dia pun mencekak pinggang macam gaya mak tiri Cinderella.

"Asal kau lambat!? Kau tau tak sekarang ni dah pukul-"

"Tak payah nak start membebel! Dah jom!!"

Belum sempat dia mengudahkan ayat, Sara sudah menarik tangannya.

"Macam mana aku tak membebel! Kau tu! Suka sangat buat hal! Dah tau kelas tu pagi.. yang kau datang lambat apa pasal? Ni mesti kau melencong entah pegi mana lepas tu balik lambat, tido lewat makanya kejadiannya bangun pun matahari dah tegak!" Fie teruskan jugak sesi bebelannya meskipun sudah diberi amaran oleh Sara tadi.

Mana dia tak membebelnya, orang tengah geram tau tak! Menunggu dekat dengan sejam tu satu hal! Buatnya minah ni tak datang jugak macam mana? Alamatnya terpaksalah dia buat skrip kesian nak explain kat prof tu kalau ditanya pasal assignmentnya nanti.

Yalah.. takkan nak ponteng kelas pulak kan? Tapi itu pun sebenarnya dah masuk dalam Plan B dia jugak kalau nanti dia takde keberanian nak masuk kelas nanti.

Sempat pulak si Fie ni menyusun strategi sambil menunggu Sara tadi. Elok sangatlah dua orang ni jadi kawan baik. Bab nak lepas tengkuk sendiri memang panjang je akal masing-masing.

Mendengarkan itu Sara memandang Fie macam nak telan je.

Poyo lah! Macamlah dia tak tau yang minah ni sebenarnya takut kalau prof tanya pasal assignment dia! Tapi.. memang patut pun dia takut.. dah hari ni last day kena submit kot!

Dia sebenarnya bukan sengaja pun nak datang lambat okey! Tapi sebab dia terlajak tidur bersekang mata punya pasal nak siapkan assignment tu! Dah semalam jugak dia bergaduh dengan papanya, buat hilang mood je!

Nak dapat balik mood tu sampai ke pagi dia siapkan kerjanya. Apa tak cukup baik lagi ke kawan macam dia ni? Datang juga walaupun dia boleh je ponteng.

"Bising la kau ni!! Aku datang jugak kan even aku benci giler kalau nanti aku kena sound dengan prof perasan bagus tu! Kau ni sebenarnya risau pasal assignment kau je kan?!" perlinya selamba.

Ikutkan hati memang dia tak nak pun datang kolej hari ni. Tapi kerana fikirkan pasal rakannya yang sorang ni dia pun pasrahkan jugak diri ni kalau kena marah dengan prof tu nanti.

Fie mencebik bila diperli oleh Sara.

"Memang ah!! Habis tu kau nak aku masuk kelas dengan tak bawak assignment sambil jalan lambai tangan macam gaya catwalk Miss World? Kau gila? Dah la prof tu awal-awal dah kasi warning hari ni last day kena hantar. Patutnya dua hari lepas lagi aku dah submit tau tak tapi sebabkan kau kawan baik aku.. okeylah aku bagi jugak kat kau buat rujukan memandangkan aku ni baik hati kan..."

Fie pun menampar dengan lembut bahu Sara, rakannya itu berdecit.

"Tulah kau! Asyik hilang je bila ada kelas lepas tu bila time nak buat keje aku jugak yang kau cari". Balas Fie, dah macam gaya tak nak kalah dalam debat.

Sara memandangnya. "Oo... sekarang ni kau mengungkit!?"

"Mana adalah! Aku cakap je! Sensitif la kau ni.. cakap sikit nak koyak!"

Sara berdegus lalu melajukan langkahnya.

"Cepatlah! kang nanti kau salahkan aku pulak kalau kita masuk lambat" ujarnya geram.

Fie hanya mencebik. Langkahnya ikut sama berlari menyamai Sara yang sudah pun ke depan meninggalkannya.

Ngek betul dua dorang ni. Dah tau lambat tu sempat lagi nak bergaduh.

Kalau Yeonjun ada ini yang akan dia cakap,'Dua-dua sama je perangai.. dua kali lima masuk air!'

Maka berlarilah dua sahabat itu menuju ke kelas mereka yang bila-bila masa saja akan bermula.

Berdoa jelah moga pensyarah mereka itu belum masuk kelas.

Kalau tak... its gonna be a longggg dayyyy

•••••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now